Adat Meminang Dan Bertunang | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Pinang dan Tunang

Semalam 17 Safar 1429 aku menghadiri majlis pertunangan seorang teman bernama Nursaliza. Sebelum ni banyak menghadiri majlis perkahwinan dan akad nikah je, tapi untuk pertunangan, inilah kali pertama dalam seumur hidup aku, jadi aku mengambil peluang ini untuk mengutip segala pengalaman di masa depan hehe :))

Selalunya majlis pertunangan akan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja, tapi oleh kerana aku dah dijemput, datanglah jugak. Pertunangan adalah antara adat orang Melayu yang masih lagi diamalkan sehingga kini, malah menjadi kejanggalan jika berkahwin tanpa ikatan pertunangan.

meminang

Majlis tunang akan dijalankan selepas adat merisik dan kadangkala ia dijalankan serentak, pihak lelaki yang diwakili sanak saudara si lelaki akan berkunjung ke rumah si perempuan dengan membawa dulang hantaran dalam angka ganjil termasuk cincin tanda sebagai tanda perminangan, majlis akan dimulakan dengan sapaan pantun kepada wakil tuan rumah, tapi majlis yang aku hadiri semalam tidak berpantun atas alasan mahu berterus-terang sahaja, wakil akan berbual2 kosong seketika untuk berkenalan dengan tuan rumah dan ahli keluarganya.

Kemudian majlis diteruskan dengan pihak lelaki akan menyebut nama si lelaki dan perempuan yang akan ditunangkan,  kemudian melihat calon tunangan perempuan, kemudian disusuli dengan bertanya adakah pihak si perempuan setuju menerimanya ataupun tidak, jika menerima pihak perempuan akan menyebut berapakah syarat wang hantaran, mas kahwin yang ditetapkan, juga berapa bulan/tahun janji tunangan diikat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua bersetuju.

Tunangan perempuan dibawa berjumpa dengan Ibu si lelaki untuk disarungkan cincin pertunangan, tanda si perempuan sudah dimilikki dan menjadi tunangan orang, pihak perempuan juga akan membalas dulang hantaran si lelaki dengan jumlah yang sama atau ganjil.

saliza n friends
Ewah-ewah pose tak hengat korang yek

Majlis kemudian di akhiri doa selamat semoga jodoh dipercepatkan dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.amin

Untuk rujukan sila lawati adat meminang dan bertunang orang melayu

Posted on 25 February '08 by Rjuna, under Personal, catatan. 13 Comments.