1Coretan 1raya 1Rjuna 2009

Sabtu 29 Ramadan
Aku dan keluarga siap siaga pulang ke kampung. Seperti tahun sudah, kami membawa 2 kereta, satu dipandu Ayah dan satu lagi dipandu bakal pemandu 1Malaysia Team F1 (aku lah tu). Perjalanan 6 Jam tanpa henti dari Sitiawan ke Muar, setakat ni boleh la aku handle, walaupun hujung2 perjalanan tu dah rasa cam lalok pun ada, biasala puasa kan?, time ni la sedap bukak fatwa.. Musafir boleh berbuka kalau letih. Kami pun selamat tiba dalam jam 3 petang, seperti yang dijangka, esoknya diumumkan hari raya hooray, berduyun lah jugak sms raya dapat malam tu, terima kasih yek, aku dah start rindu twitter dan fesbuk.

Ahad 1 Syawal/ 20 09 2009
Pagi raya kalau tak pekena ketupat memang tak sah, tambah kalau ada lodeh, ayam masak merah, kuah kacang, sambal bilis, serunding dan rendang pergh! memang king of juadah la pagi raya. Kat rumah atuk ada la 5 ketul ketupat aku dah bedal, tu belum masuk bab rumah orang lain pulak, kontrol kontrol kang terberak-berak boleh spoil mood raya, jangan cari pasal. Pagi raya macam biasa la mohon ampun dan maaf pada mak-bapak, kasi duit raya dan sesi bergambar bersama keluarga, tahun ni dapat gak duit raya dari mak, duit tu aku buat topup minyak balik dan beli dvd GENG hihi.

Bahrin's family Clanz

Isnin 2 Syawal
Biasanya raya ke-2 kampung aku ni ada Marhaban, tak tau marhaban tu apa? ok Marhaban ni kira tradisi orang negeri Johor, berkunjung-kunjungan memohon maaf sambil merapatkan hubungan antara penduduk kampung dan penduduk kampung yang lain, biasanya akan bergerak secara ramai-ramai berkumpulan, lelaki jer (yg perempuan ada jugak), uniknya Marhaban ni adalah pada bacaan lagunya yang memuji kebesaran Allah dan Nabi Muhammad, kadang tu lagu cindai pun diorang bantai buat melodi. Aku sempat merakamkan video Marhaban di sebuah rumah (sorila kualiti video mcm hamjadah), biasanya lepas lagu dinyanyikan tuan rumah akan sediakan sedikit juadah runcit runcit kudapan + air gas botol, kalau rezeki tuan rumah banyak.. dapat la merasa makan satey, soto, mee bandung. nasi impit, Tahun ni 17 rumah jer yang ambil bahagian, tapi aku ngelat pergi 4 rumah jer pastu balik sebab dah kenyang, bukan apa marhaban ni best kalau naik motor, kalau naik kereta rasa leceh n terhegeh-hegeh.

Selasa 3 Syawal
nasib baik mak aku cakap balik raya ke-3, kalau tak.. kerja aku lepak bilik pastu layan sepupu jadi geng budak-budak, apa leh buat sepupu kebanyakkan masih belum mumaiyiz, dulu masa kecik aku la rasa sebak nak tinggalkan atuk, sekarang atuk pulak sedih bila tengok 2-3 anaknya nak pulang se-awal raya ke-3. Skrip lama berulang kembali, ayah kembali menjaga Tok Yob, semua adik beradiknya lain melapaskan tanggungjawab ke bahu ayah, nak tak nak kami terpaksa telan juga dengan karenah adik beradik belah ayah ku ini, ayah aku memang tak banyak bunyik, dia hanya memendam rasa. Pernah jugak mak usulkan raya tahun ni kita raya kat Sitiawan jer, tanda protes, tapi ayah tak pedulikan, tetap balik kampung.

Kesimpulan
Raya tahun ni disambut sederhana tetapi meriah (tiru ayat Buletin Utama)

15 Malaysia bikin 1 Malaysia

15Malaysia

Mulanya aku di dedahkan oleh Blowie, satu klip video filem pendek arahan Ho Yuhang, Potong Saga tajuknya, gelak sakan aku tengok ending filem tu.

Rupa-rupanya ia projek khas 15 pembikin filem Malaysia menerbitkan 15 karya filem pendek mereka di internet menerusi laman web 15Malaysia.com. Tidak ditulis tujuan apa sebenarnya mereka mengumpulkan karya mereka disitu, tapi diyakini ia sempena sambutan Merdeka tahun ni, ye lah kan tema tahun ni 1 Malaysia.

Antara yang terlibat menjayakan projek ini ialah Pete Teo, Ho Yuhang, Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Amir Muhammad, James Lee, Nam Ron dan ramai lagi (sekadar menyebut nama yang dikenali)

Ketika artikel ini ditulis masih ada 9 klip video yang masih belum di tayangkan dan menunggu tarikh yang telah ditetapkan, so watch out.. justin timberlake!

Korang rindukan Yasmin Ahmad? Nak tengok Nik Aziz dan Khairy Jamaluddin berlakon jom ke 15Malaysia.comWatch More La!


Kah Kah Abang KJ Pemandu Teksi