Suatu Masa

Cerpen ini adalah hasil nukilan saya untuk Pertandingan Menulis Cerita Berilhamkan Lagu, anjuran saudara Ezany-kun

Di suatu subuh yang hening, di sebuah kampung tinggal Mak Jah dan anaknya Adnan. Ramadan sudah menjengah hari yang ke 15. Jam pula menunjukkan jam 5.00 pagi. Seperti biasa Mak Jah lah yang akan bangkit awal, mengejutkan anak bertuahnya itu bangun sahur.

“Nan bangun Nan, bangun sahur dah pukul 5.30 ni, cepat bangun dah nak waktu imsak ni” kejut Mak Jah

“hah!! 5.30″ kata Adnan yang terkejut. Lantas dia bingkas lalu berlari-lari anak ke dapur.

Mak Jah kelihatan tersenyum melihat telatah anak bujangnya itu meneguk 1 botol air sejuk dari peti ais dengan lahapnya. Tapi Adnan kelihatan pelik bila terlihat ibunya belum menjamah sedikit pun, makanan yang ada di meja makan.

“Baru pukul 5.00 lah Nan, kih kih” ujar Mak Jah yang mengekek ketawa bila anaknya kehairanan melihat jam di dapur. Tatktiknya sudah mengena.

” Mak ni… kalau tak usik Nan 1 hari tak sah” balas Adnan yang buat muka merajuk.

“Alah mak bergurau je la, meh duduk sini makan, ni lauk berbuka semalam boleh makan lagi” pujuk Mak Jah

” Mak tengok anak mak ni, 2-3 hari tersenyum-senyum sorang², gembira je, ada apa² ke?” tanya Mak Jah sambil menyuap makanan.

“Eh mak ni, pandai-pandai je, mana ada orang senyum sorang²” jawab Adnan yang cuba menidakkan serkap jarang ibunya itu.

“Alah Nan dengan mak pun nak sorok ke, mak ni yang lahirkan kamu, mak tahu la, tengah jatuh cinta kan?”

Tersedak Adnan pabila mendengar ayat terakhir ibunya itu, memang sejak akhir-akhir ini, dia sedang di landa perasaan cinta yang membunga. Pergi kerja pun smart-smart, wangi-wangi. Dalam hati ada taman la katakan.

Kalau boleh dia segera nak bagitahu ibunya, siapakah gerangan gadis yang telah mencuri hatinya saat ini, tapi apakah ibunya akan menerima calon, merangkap bakal isterinya itu, dia sedikit gusar.

“Nan oh Nan oiii.. ewah mengelamun pulak dia, betul kan? siapa orangnya, mak nak berkenalan boleh” serkah Mak Jah mengejutkan anaknya itu dari lamunan.

“Err..err nanti lah Nan kenalkan dia dekat mak” jawab Adnan ringkas dengan perasaan serba salah, dia pasti ibunya akan terkejut, kalau dia menyebut nama buah hatinya itu.

“Siapa Nan budak kampung ni ke?, agak² mak kenal tak?” soal Mak Jah yang kelihatan gembira, anak bujangnya sudah menemui pasangan hidupnya.

“Nanti lah mak, suatu masa nanti, mak akan kenal juga” jawab Adnan yang membiarkan ibunya itu berteka-teki.

Azan subuh mula berkumandang, perbualan Mak Jah dan Adnan terhenti di situ. Mereka dua beranak solat subuh bersama.

**********************

Di suatu kawasan perumahan lain, Sarah dan Ibunya Mak Tom sedang giat menyiapkan tempahan kuih raya pelanggan mereka, Sarah yang kebetulan baru habis belajar di universiti, pulang membantu ibunya. Biskut mazola, cornflakes, almond london, tart nenas, batang buruk, sebut saja semua ada.

Tiba-tiba ibunya bersuara..

“Dah takde orang lain ke, ko nak jadikan suami Sarah, kau tahu siapa Adnan tu kan?” tanya Mak Tom yang kurang bersetuju dengan hasrat anak daranya itu ingin bersuami kan Adnan.

“Sarah cintakan dia mak” jawab Sarah yang mula tak ceria dengan pertanyaan ibunya itu.

” Dengan penjual burger tu?, eh mampu ke dia bagi ko makan nanti sarah hah?” Mak Tom mula meninggikan suaranya dengan tegas.

Sarah diam membatu, dia hanya tunduk menyiapkan acuan biskut, dia sudah mengagak ibunya itu takkan bersetuju dengan perhubungan mereka berdua.

“Cinta saja tak cukup sarah oiii, mak ni cuma nak tengok ko senang je sarah, mak taknak ko hidup susah macam mak ni” sambung Mak Tom lagi

“Lagipun dari segi agama kan tak digalakkan, tak sekufu, Adnan tu kan sepupu kau, dah macam adik beradik dah” tambah Mak Tom lagi.

Perkataan sepupu itu mengimbas Sarah, detik kali pertama mereka bercinta dahulu. Percintaan secara senyap-senyap yang selama ini gagal di hidu oleh kedua orang tua mereka. Adnan & Sarah pernah bertengkar dan berbalah dengan isu kahwin sepupu ni. Namun kuasa cinta tak dapat membendung lagi gejolak perasaan dalam diri mereka, mereka harus segera disatukan.

**************************

Suatu petang di bazar Ramadan tempat Adnan berniaga

“Abang dah cukup duit ni nak masuk meminang Sarah, tapi cuba Sarah risik dulu dengan mak sarah, takut dia tak dapat terima je nanti” kata Adnan kepada Sarah yang juga berniaga di sebelah gerainya.

“Sarah takut lah bang, mak tu dah la garang, Sarah takut dia tak setuju nanti” jawab Sarah tentang pertanyaan Adnan.

” Cuba dulu, mana tau bulan puasa ni terbukak hati dia nak terima abang, abang pun akan bagi tahu mak abang nanti, boleh kan?” balas Adnan sambil mencuit manja dagu sarah

Sarah hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Jualan mereka berdua laku habis hari ini, Adnan dengan warung burger oblong nya, Sarah dengan biskut raya ibunya.

***********************

Ketika sedang berbuka Adnan mula menceritakan kepada Mak Jah siapa wanita yang membuat hatinya dilanda angau cinta selama ini.

Adnan ♥ Sarah

“Mak tak setuju Nan, kalau orang lain mak boleh terima , dia tu sepupu kau, kau sedar tak?” ujar Mak Jah yang sukar menerima pilihan hati Adnan. Dia terkejut sejak bila pula mereka bercinta.

“Tapi kan boleh mak, cuma tak digalakkan sahaja, tetapi tetap sah kan disisi Islam?” ujar Adnan yang berusaha memenangi hati ibunya.

“Habis kau ingat Mak Tom kau akan setuju, bila mak datang pinang anak dia nanti?” balas Mak Jah

“Jangan malukan mak.. Nan, kalau pinangan kau ditolak Mak Tom macam mana? mak yakin benar dia pun tak setuju” tambah Mak Jah

Selang berberapa hari kemudian Mak Jah telah berkunjung ke rumah Mak Tom untuk berbincang permasalahan anak-anak mereka. Akhirnya jelas Mak Tom juga tak bersetuju kalau Sarah dan Adnan di satukan, dan hubungan ini harus segera diputuskan. Berita ini telah memberi tamparan hebat buat Adnan dan Sarah. Sarah sudah tidak dibenarkan ibunya untuk berniaga di bazar Ramadan lagi. Begitu juga Adnan yang dinasihatkan ibunya supaya melupakan Sarah, dan cari saja wanita lain.

Ada jurang yang memisahkan kita

Hidup Adnan mula berubah sejak itu, dia sudah tidak seceria dulu. Pergi berniaga pon dah tak wangi-wangi, dah tak smart-smart macam selalu.

Mak Jah sedih dengan keadaan anak bujangnya itu. Muram selalu. Dah tak semangat nak berniaga. Mak Jah sedar kesepakatan dia dan Mak Tom lah, punca diri Adnan jadi begitu.

Pada suatu malam, Adnan sekali lagi meminta restu dari ibunya untuk meminang Sarah, dirinya bagai sudah tak berupaya lagi membendung rasa rindu terhadap Sarah. Hati nya sudah ditambat cinta.

Adnan memberi kata dua kepada ibunya, samada ibunya masuk meminang, atau Adnan akan keluar dari rumah ini dan kahwin lari bersama Sarah.

Mak Jah bagai tergamam dengan kata dua dari Adnan, ia bagaikan suatu ugutan dari anaknya itu, nasihatnya sudah tidak berkesan lagi. Anaknya sudah nekad.

Tetapi Mak Jah tetap dengan keputusannya. Adnan tidak boleh kahwin dengan Sarah.

“Mak tak restu ko kahwin dengan Sarah.. Nan, cari sajalah wanita lain Nan” rayu Mak Jah pada Adnan.

“Kenapa mak? Nan tahu ni mesti sebab  Mak Tom yang tak kasi kan? sebab Adnan ni penjual burger je kan? betul tak mak?” Adnan meninggikan suara tanda protes.

“Pap!” satu tamparan hinggap di pipi adnan, Mak Jah geram, anaknya itu harus diajar kali ini.

“Mak tak pernah ajar anak mak tinggikan suara pada orang tua tahu!! ” tegas Mak Jah sambil mata nya mula menangis

Adnan tak dapat menerima dia telah ditampar ibunya sendiri, sejak kecil Mak Jah tak pernah menampar apa lagi mencubit anak kesayangannya itu. Emosi Adnan mula menguasai akal fikiran. Beg yang sudah siap berisi pakaian sedia dicapainya.

” Baik lah mak, sekarang Nan akan buat keputusan sendiri, Nan tetap mahu menikah dengan Sarah, walau apapun yang terjadi” ujar Adnan yang kemarahan.

” Nan jangan buat macam tu Nan, maafkan mak, jangan pergi nan” pujuk Mak Jah yang cuba menahan Adnan dari keluar rumah.

“Maafkan Nan Mak, Nan dah nekad, mak suka atau tidak, inilah keputusan Adnan” ujar Adnan yang mula sayu untuk meninggalkan ibunya keseorangan.

” Nan janji, lepas semua ni selesai, Nan akan pulang semula ke sini semula, untuk jaga mak” pujuk Adnan yang mula goyah bila melihat ibunya menangis teresak-esak.

“Ingat nan selangkah kau pergi dari rumah ini, kau bukan anak mak lagi” ugut Mak Jah yang tak mahu, anaknya kahwin lari dengan Sarah.

” Mak!!” Adnan tersentak mendengar ugutan dari ibunya, tenyata ibunya bukan main-main. Kaki nya mula berat melangkah pergi.

Tetapi hati nya sudah nekad. Adnan segera melangkah pergi mendapatkan Sarah. Rupanya mereka dah lama merancang hal ini, pabila Mak Tom menelefon Mak Jah akan kehilangan anak dara nya

Adnan cintakan Sarah. Begitu juga Sarah juga sayangkan Adnan. akhirnya mereka di satu kan di Siam dengan bantuan seorang kawan.

**********************

Dua tahun kemudian..

” Termenung jauh bang, apa yang di tulis sejak tadi, habis bersepah lantai tu dengan kertas, tulis kepada siapa?” tanya Sarah yang menyiapkan kopi buat Adnan.

“Surat dengan Kad Raya ni haa, buat ibunda kita berdua” jawab Adnan.

“Sejak kita kahwin ni, mak tak pernah pun balas surat kita ya bang, dah 10 surat abang hantar, telefon pun tak angkat, kalau angkat pun, bila dengar je suara Sarah terus gagang diletak” kata Sarah.

“Agaknya kita ni anak derhaka ya bang?” tambah Sarah yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Adnan hanya terdiam membisu. Pertanyaan Sarah itu membawa nya kepada peristiwa ibunya, tidak mahu membukakan pintu rumah, bila mereka pulang untuk berhari raya tahun lepas.

Puas Adnan merayu di depan pintu. Dia sangka ibunya akan memaafkannya ternyata sangkaan nya meleset.

Begitu juga Mak Tom ibu Sarah, mereka dihalau bagai orang asing, menangis-nangis Sarah ketika itu, bila Mak Tom tak nak mengaku Sarah itu anaknya lagi. Sejak hari tu Adnan dan Sarah tidak pulang lagi ke kampung. mereka cuma mengirim khabar melaui surat

Adakah sinar kemaafan di Syawal kali ini? Adnan yakin, anak yang bakal lahir nanti, mampu melembutkan hati kedua orang tua mereka. Maafkan kami mak.

M.Nasir ~ Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Incoming search terms:

  • main dengan mak jah
  • mak nak batang
  • madah cinta
  • cara membuat burger
  • tapi ku percaya nanti suatu masa
  • Main mak jah
  • main dengan kak jah
  • kisah mak jah
  • cerpen cinta adnan
  • cerita mak jah

24 thoughts on “Suatu Masa

  1. aku berjaya habeskan cerpen ko bro..memang kuat btol la cinta adnan pada sarah ..bgtu juga dgn sarah..ni la dinamakan cinta sejati..x kira darjat dan keturuanan..tp yg x best nye snggp kawen larik plk..ades…
    azizan4444´s last [type] ..Esok Raya- Jom Balik Kampung Yay!

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    adakala cinta perlukan pengorbanan,

    aku sehabis boleh nak buat cerpen ni disukai oleh orang yg tak suka membaca, tapi sambutan cam kureng jer, ke cerita aku yg tak sedap, entah la haha

    [Reply]

  2. dh lama tak menulis cerpen…rasa rindu plak…camne la bleh terlepas kontest ni…aduhhh :cry:
    Mr Fathi´s last [type] ..Video klip Achik Spin

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Sebab masa tu ko tengah sibuk siapkan tesis mu fathi, ni pun aku submit last minit, dulu pon ko ada masuk kontest si dawie tu kan hehe

    takpe lain kali aku ajak ko join lagi kalau ada :smile:

    [Reply]

  3. pergh, bangga gila ada member pandai tulis cerpen…berbakat sekali…
    HIDUP SEORANG BLOGGER´s last [type] ..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    TQ ;-) Biasa jer Isa, suka mencuba sesuatu yang baru, mungkin akan datang tulis novel pula siapa tahu, mudah-mudahan hehe,

    thanx RT kat twitter ya tadi :suka:

    [Reply]

    HIDUP SEORANG BLOGGER Reply:

    pergh…nak tulis novel plak. aku nak tulis entri pun terkial-kial. ko dah nak tulis novel plak….mantap beb…lupa plak…ko kan rajin wat note. hehe
    HIDUP SEORANG BLOGGER´s last [type] ..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

    [Reply]

  4. Pingback: myebuzz.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: