Sms dari Fathi
Seorang pembaca blog ini Fathi, ada hobi suka bertanya, ada jer benda dia nak tanya, dulu dia suka tanya kat emel friendster, pastu dalam blog ini dan kini secara sms pula, kekadang aku terasa macam bapak menteri pon ada, takpon rasa cam Profesor Serba Tau (Gila-Gila) pon ada jugak, entah betul atau salah info aku bagi kat dia, aku bedal jer.
Selalu Fathi sms aku jawab reply guna sms jer, tapi kali ni panjang sangat aku nak balas nya, ini sms dia, tanpa edit.
Bro kenapa org cina susah nk memahami konsep beraja? knpa org cina susah nak brgaul dgn kita? mngapa org cina bgtu kurang ajar? mengapa org cina perak bgtu berpuak? adakah mereka keturunan kongsi gelap? org india pun senang bergaul dgn kita, tpi org cina susah! why?( hrp bls kerana raja muda perak menegur org politik yg keterlaluan)—>Fathi de sanjung, Melayu, 18 tahun, tengah tunggu PLKN
harap jangan lah ada ada orang cina yang tersinggung, bukan ditujukan kepada semua kaum cina ya. segelintir sahaja.
Patutnya Fathi ko bertanya pada orang cina sendiri, aku bukan orang cina yang menyertai DAP atau nama ku bukan Lim Kit Malam, jauh sekali bukan Karpala Pusing, tapi aku jawab la jugak la untuk adik Fathi ku sayang.
Kenapa orang cina susah nak memahami konsep beraja (Raja berpelembagaan) ?
Fuh soalan kalah sejarah SPM nih, bukan diorang tak faham, tapi sengaja buat-buat tak paham, DAP sebuah parti demokratik sosial yang lebih ke arah sosialis, perjuangan mereka ialah cuba sama ratakan hak semua kaum di Malaysia ini sama seperti di Singapura, siapa PM singapura? Cina, so paham-paham sajalah apa yang mereka mahu, bila hak semua kaum di sama rata kan, hak ketuanan orang melayu sebagai bumiputera akan hilang, dan penghalang mereka sekarang ialah Sultan dan Raja Melayu kerana berkuasa menentukan siapa Menteri Besar siapa PM.
Kenapa orang cina susah begaul dengan orang melayu?
Bukan susah bergaul, ada juga orang cina yang pandai bergaul, ok pergi kat kawasan perumahan cukuplah, kebanyakan orang melayu tak suka jiran sebelah nya orang cina atau india, atas alasan jiran bukan melayu nya bela anjing lah, bising lah, takde kelas la, bau tok pekong lah, orang melayu suka tinggal dengan melayu saja, macam mana nak bergaul? lagi satu orang cina suka hantar anak diorang ke sekolah cina sahaja menyebabkan jurang ni terhasil sejak kecil lagi.
Mengapa orang cina begitu kurang ajar?
kurang ajar yang macam mana tuh Fathi? Terangkan kat aku lagi, subjektif sangat, kaum lain pun ada kurang ajar jugak.
Mengapa orang cina begitu berpuak?
Kaum lain pun ada puak jugak, BN-PAS, Tamil-Sikh, orang Cina aku tak nampak puak sangat cuma kalau BN-DAP, mungkin ya, Orang Cina aku nampak bersatu untuk membangunkan komuniti diorang, diorang tak bimbang pon kalau tak dapat bantuan kerajaan, malah ada persatuan yang akan bantu dalam kewangan kalau nak bukak bisnes, asalkan rajin, campak la mereka kemana pon diorang boleh hidup, orang melayu kena contohi sifat rajin dan bersatu mereka
Adakah mereka (cina) keturunan kongsi gelap?
Ko baca buku teks sejarah tak ni Fathi, ker memang tak minat sejarah nih? Orang cina dibawa masuk dari China oleh orang Inggeris yang menjajah negara kita dahulu untuk menjadi pelombong bijih timah di Kinta Perak, dan ada antara diorang adalah cina keturunan baba & nyonya dari Melaka, suku sakat puteri Hang Li Po dulu, takat tu je yang aku tahu, tang kongsi-kongsi gelap tuh, ko pergi jirat cina moyang diorang ko tanya sendiri wahaha.
Orang India senang bergaul tapi orang cina susah why?
Bagi aku 2×5 jer, masalah utama aku rasa= bahasa dan dan jarang diberi peluang bergaul sama, sekolah pun ada jenis kebangsaan Tamil, jenis kebangsaan Cina, kebanyakan orang cina malaysia lebih fasih bertutur dalam bahasa cina dan bahasa inggeris, melayu sikit-sikit dan pelat, kalau cakap pon hal-hal penting aja,
nak salahkan 100% orang cina tak adil juga kalau orang melayu sendiri taknak bergaul, cuba tanya kawan atau mak bapak kita, berapa ramai kawan cina yang diorang ada? kat situ ada jawapan dia
Penafian= kami Rjuna.net bukan mahu membangkitkan isu perkauman, tujuan kami memperjelaskan apa yang ditanya oleh pembaca kami, jika info yang diberikan tidak benar dan bercanggah sila komen di bawah untuk memperbetulkannya
p.s= ada sesiapa nak bertanya lagi? sila emel rjuna7 at gmail dot com atau sms kosong satu dua lima tujuh lima tiga lima tujuh tiga :roll:
dari pengalaman xde la susah nak bergaul dgn kaum cina/india ni atau bangsa yang lain cuma memang ada la sesetengah golongan yang agak konservatif dan tak ‘open minded’ sebab ada sebahagian mereka walaupun boleh bergaul tapi tetap mempunyai sekelumit persoalan ‘sensitif’ mengenai agama kebiasaannya.takut sangat keturunan mereka tertarik dengan agama islam walaupun tidak ada yang memaksa.biasanya mereka tak nak menanggung malu akibat pertukaran agama nenek moyang mereka sekiranya diketahui oleh kaum kerabat yang lain.yang penting kenalah ikhlaskan diri bila nak bergaul dengan bangsa lain sebab bangsa melayu sendiri pun ada masalah dalam pergaulan,contohnya berkawan kerana nak sesuatu atau sebab2 yang lain yang biasanya menjadi masalah/persoalan bangsa melayu sendiri. :!:
[Reply]
dh mcm sessi lecturer dan student la plak lagak nya… syabas2 inspektor shahab heheheheh :D
[Reply]
hmmm…. bagusla bro…. at least budak tu dah appoint bro jadi tempat rujukan die…..pengiktirafan tu..
[Reply]
hehehe..hg pun skali tgk cam nerd gak kn..pandai lak tu cik yam =)
[Reply]
haha.
jawab sesuka hati aku je.
mati aku kalau ada org Nerd respon balik.
[Reply]
Fuhhh… pandainya ko jawab soalan… mcm pensyarah subjek sejarah plak hehehhehe
[Reply]
Hai, saya orang Tanjung Karang jugak.
Masa sekolah dulu saya ramai jugak kawan Cina.
Selalu pergi kedai Cina.
Jiran nenek saya kat Taman Seri Jaya tu pun ramai Cina.
Sekarang saya dah pindah Kuala Selangor.
Jiran saya pun ramai Cina.
Ok je Cina-Cina ni.
Kawan saya yang Cina masa sekolah dulu pun baik je.
Saya pun ada banyak kawan India.
Masa saya kecik, jiran sebelah rumah saya ialah bangsa India.
Selain itu, saya selalu main roller blade kat rumah kawan saya yang berbangsa India di Quaters JPS.
Masa saya balik sekolah jalan kaki, selalu je India tegur saya.
Cina pun ada tegur.
Ok je.
Yang tak faham konsep Perlembagaan, Undang-undang, whatsoever tu hanya segelintir yang memang poyos.
Mereka yang tak menjaga sensitiviti Bangsa Melayu memang sangat tidak patut.
Mereka patut di halau daripada Malaysia.
Tapi, kalau mereka dihalau daripada Malaysia, mereka nak pergi ke mana?
Sebab mereka dah berkurun duduk di Malaysia yang tercinta ini sejak dari dulu.
Kalau mereka balik ke China atau India, mereka tiada tempat lagi di sana.
Mereka sangat kasihan kan?
Nak kasihan sangat pun tak boleh sebab mereka mencari pasal di Tanah Melayu.
Arrghh.
Saya pening.
Saya nak belajar pandai-pandai.
Nanti saya nak kerja best-best.
Lepas tu kumpul duit banyak-banyak.
Nak beli tanah berekar-ekar.
Ye.
Saya mesti belajar bersungguh-sungguh daripada asyik melihat kesilapan dan kesalahan orang lain.
Saya mesti beli tanah banyak-banyak walaupun saya tau tanah memang tak boleh bawak ke alam barzakh.
Saya nak beli tanah banyak-banyak sebab nanti bila saya sudah tiada di dunia ini, saya akan wasiatkan tanah itu untuk anak cucu saya ataupun dibuat wakaf.
Saya lihat Bangsa Melayu suka jual tanah kat Bangsa Cina. Lepas tu nak salahkan Bangsa Cina curik tanah.
Saya memang tak faham hal ini.
Jadi,
saya harus belajar bersungguh-sungguh sekarang.
Mesti.
Bye.
Nak baca buku.
MInggu depan ada peperiksaan.
Hihi.
Rjuna= panjangnya dia komen, semoga adik Fathi mendapat gambaran jelas, hal berkenaan kaum cina ni menerusi pengalaman kawan-kawan disini
kalau ada orang cina yang susah nak bergaul, biarkan diorang, masih ramai orang cina lain apa, kan Maryam?
[Reply]
biasa la tu..aku sendiri pun beli umah kawasan melayu..bukan ape..takut kalo ada rusuhan ke..kang aku xleh masuk umah lak kalo tempat bangsa lain..hehe..
Rjuna= meh datang Taman Krishnan, dapat rasa suasana muhibbah, berbilang kaum duduk sekali, takde masalah pon
[Reply]
2 sumer biasa…. akak dl skolah cina, idup dikelilingi kaum cina, keje gan bangsa cina… mmg drg sgt2 look down kat melayu… betul!!!
mereka hnya nk pergunakan melayu dgn melabur duit ringgit mereka, sekadar meminjam nama tuk mendptkan hak istimewa org melayu…
org2 melayu di penang selalu ditindas mereka tp kami org melayu xprnh mengaku kalah tuk tunduk pd suruhan mereka…
bercampur la dgn mereka demi tuk mendptkan segala imlu dan kepandaian, tp jgn smp kita tergadai maruah dan hak kemelayuan pd mereka….
[Reply]
thanx Rjuna…
Maaf sumer kenyataan aku hanya segelintir saja.bukan semua.sori nak tulis mesej yg aku anta kat ko
Kenyataan ini bukan aku sorang yg cakap
member gua yg berbangsa cina pun ada cakap…
dia dok kelas pertama lagi beb
dia kata kat kelas dia ada yg berpuak
yang pandai ini yang kurang pandai ini
so, adalah sedikit pertelagahan..
sebab tu dia kawteam ngan aku n member berbangsa Melayu yang lain
dalam hepi2 ni ada juga syak wasangka ngan aku…
dia dapat Science A2
tapi aku dapat A1!!!!huhuhu
dia pun berseloroh “ni mesti cikgu Melayu yang rait”
aku apa lagi,hanya mampu tersenyum dan berkata “dah takdir,nak buat macam mana…”
selingan: ‘dia’ tu adalah member cina saya.amoi la.namanya Sofea Tan.harap maklum
Azmil aku bukan dok Manjung tetapi Tanjong Karang.mu wong jowo porak ki??
Rjuna= amoi tu minat kat ko kot Fathi, memang wujud perkauman di mana² tapi di Malaysia kita berkongsi hidup aman ni selagi kita dapat menerima fahaman kaum lain
[Reply]
fuh..pjg lebar gak jwpn ko..klu org la, berpeluh gak nk jawab ;p
Rjuna= ko tak tau, 2-3 hari jugak kumpul ayat tu semua
[Reply]
wah..pnjg lebar ko bg jawapan kt dak fathi nie..aku pun nk bg soalan gak la kt hg hehehe..wei, hg manjung umah hg kat area mana yek?
Rjuna= silakan azmil jgn malu² dan segan, kalau aku dapat jawab, aku jawab
[Reply]
RJUNA, LUCU LA NAMA KARPALA PUSING…
:???:
:evil:
BETUL KE NAMA TU?
YG PASTINYA…
KO REKA JE KAN…
CAKAP PASAL CINA…
AKU TERINGAT BUDAK CINA YG GIGIT AKU DULU…
AKU TANYA DIA NAMA APA?
DIA TERUS GIGIT AKU…
BUDAK TU UMUR DIA DALAM 10 TAHUN CMTU LA…
HISH…. :mrgreen: :neutral: :twisted: :arrow: :shock:
Rjuna= nama pun budak daus, takkan ko ambil hati, maafkan jer, nasib ko tak baik la hari tu
[Reply]