Article

SETEM: Jilat.. Lekat.. Pos.. Hilang?

Apa korang akan buat kalau korang memilikki setem bernilai USD 4 Million (RM 14 Juta)?

setem 2009
www.setemmovie.com

Cerita bermula bila sekeping Setem kepunyaan Gabenor Melaka (Lord Arthur Baring tahun 1847) telah di bawa kembali ke Malaysia oleh generasi nya Charles Baring.IV.

Setem Baring tersebut dianggarkan bernilai USD 4 Juta, lantaran nilainya begitu tinggi ramai pihak yang berminat mahu mencurinya termasuk Geng Anak Yatim, Geng Tosai, Geng Piranha, Geng Bakso dan Yang Teraniaya


Geng Anak Yatim
Sid (Rashidi) & Joe (Afdlin) dipaksa mencuri setem tu, atas arahan Pak Ramli (Aziz Satar) bekas penjaga diorang masa dibesarkan di rumah anak yatim dulu. Apabila keadaan terdesak niat tiba-tiba boleh menghalalkan cara

Geng Tosai
Mani (Indi Nadarajah) baru dilepaskan dari penjara, tertekan dengan Isteri yang tak mahu berjumpa dengannya lagi, dia nekad ingin merompak setem bernilai tersebut setelah mendengar.. Vellu (Sathia) mengatakan syarikat keselamatannya akan menghantar setem 4 Juta tersebut ke suatu tempat,  lalu pakatan pon bermula.

Geng Piranha
Seorang kuncu geng ini, telah mendengar perbualan Sid & Joe semasa di kelab malam, lalu geng ni cuba menangguk di air keruh dengan mempergunakan Sid & Joe demi kepentingan mereka, geng ini diketuai oleh Piranha Lim (orang cina loghat kedah)

Geng Bakso
Aryanto (Isma Yussof) pendatang haram Indonesia secara tak sengaja telah melarikan Setem tersebut lalu berjumpa dengan Marcello (Harun Salim Bachik), Marcello pula ambil kesempatan menjualnya kembali pada orang yang sanggup membelinya dengan harga tinggi.

Yang Teraniaya
Iskandar (Que Haidar) tinggal berdua dengan kakaknya Alliya (Vanidah Imran), seorang jururawat, Ditakdirkan Setem yang menjadi rebutan itu telah masuk ke dalam beg keyboard Iskandar di perhentian bas, banyak kebetulan tak logik berlaku..hingga lah Alliyaa telah menggunakan setem itu untuk menghantar surat.

Menarik tentang filem ini
-Kerja kamera dan aksi yang cun, pendek kata tak rugi korang kuar duit RM 8, 10, 12 untuk tonton filem ni, gua gerenti.

-Sathia memang lawak gila dalam filem ni, ada jer telatah dan ayat yang keluar dari mulut dia buat penonton ketawa

-Polis Malaysia telah diperkotak-katik kan dalam filem ni, bermula dengan babak Mani sindir warden penjara dan situasi tembak menembak Burn (Bront Palarae) polis tembak 1 pon tak kena haha, kawan dah baling bom tangan pon leh ushar dulu tuh.

-Babak Azwan Ali (Pengurus Restoran) kena tipu tu aku suka betul, patut tiau sampai 10k pon takpe, padan muka ko nyah gebusss

Yang Tak Menarik
-Bermula babak setem tu terbang-terbang aku pikir tak logik dah, banyak kebetulan di rumah Yang Teraniaya, entah macam mana Setem tu ada belakang kolar si Iskandar.. hah itu yang kita tak tahu, pelik sungguh.

-Filem ni agak panjang.. part dekat dekat nak abis tu aku rasa macam sedikit bosan (kalau panjang lagi gua tertidur) #hobi aku tidur dalam bioskop jgn tak tau.

-Babak endiing ada ditunjukkan apa aktiviti diorang lepas tu, tapi pawagam tempat aku tak tunjuk abis terus di off nya..hampeh mungkin ada sekuel ke-2 kalau ada sambutan.

Rating aku: :up: :up: :up: :up: Mesti Tonton.. Justin Timberlake!

(Sesuai ditonton oleh peminat filem Ocean Twelve, Italian Job, atau yang dah muak tengok filem Melayu try filem ni, filem ni semua kaum ada 1Malaysia la katakan)


Ramai orang tanya pasal Justin Timberlake, nah perhatikan babak akhir trailer ini, korang akan paham

Incoming search terms:

  • cara lekat setem
  • geng piranha
  • setem baring

16 Responses to “SETEM: Jilat.. Lekat.. Pos.. Hilang?”

  1. Mus
    August 23, 2009 at 5:41 pm #

    Batal tak puasa kalau menjilat setem dibulan puasa bro?
    .-= Mus´s last blog ..Balik Kampung! Naik Flight ke Drive? =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Err rasanya tu bukan perkara yg membatalkan puasa kan, so boleh rasanya.

    [Reply]

  2. Mus
    August 16, 2009 at 9:44 am #

    Belum sempat nak tengok.. yang pasti scene Justin Timberlake tu akan di tunggu..
    .-= Mus´s last blog ..Anak Perempuanku Suka ‘Terbang’ =-.

    [Reply]

  3. ejoy
    August 9, 2009 at 10:05 pm #

    Klu aku ada setem bernila banyak camtu… sure aku jualnya bleh jadi kaya beb pastu orang panggil aku orang kaya ejoy hahahhaha duit tu aku nak sedekah ckit kat anak2 yatim n orang miskin… bagi la depa rasa sikit kesenangan dari aku…

    Oh ya.. mil nagn apek, klu nak tgk citer ni ajaklah aku hahahah tadi ko cakap kat apek suh bawa aweks skali kan hehehhe
    .-= ejoy´s last blog ..Jerebu dan H1N1 =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Ko dah tak bujang lagi, nak jadi ayah pulak tu mana leh join kelab bujang tranf tang tang lagi hehe

    [Reply]

  4. KampungBoy
    August 4, 2009 at 8:49 pm #

    aku tunggu dvd copy ajla..
    lmbat pun lambatla….

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    tempat takde pawagam yek, apa boleh buat, dvd oh dvd,

    lanun pun pakai blu-ray dah aku tgk, hebat

    [Reply]

  5. Y n n
    August 4, 2009 at 8:33 am #

    best laa nk tgk la fuh2
    sebelum balik unisel kene tgk dlu wyg :P :grin:
    .-= Y n n´s last blog ..Tutorial ; rainbow link. =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    ajak pakwe ko sekali.. kikis duit dia haha

    [Reply]

  6. mimie
    August 4, 2009 at 1:16 am #

    huhuuu…klako :up: mmg ar tpi sgt nyampah :mrgreen: part stem tuh terbang2 :twisted: ..cam nk gi koyak2 je..mengapekah??? :shock:
    .-= mimie´s last blog ..Da kaWeN pOn naK mEnGgataL LaGik keR!!! =-.

    [Reply]

  7. APEK
    August 3, 2009 at 11:17 pm #

    waa.. baik punya review ko.. akan ku pertimbangkan utk tontonnya nant..

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Apa timbang2 lagi bai, jom menonton, ajak la awek sorang teman baru sempoi keh keh

    [Reply]

  8. mimie
    August 3, 2009 at 5:38 pm #

    haha..tgk gak cite nih aritu…
    sgt klako…

    lgik2 part justin timberlake..adehla hampeh tol haha
    .-= mimie´s last blog ..Da kaWeN pOn naK mEnGgataL LaGik keR!!! =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Hai Mimie Kih Kih lawak kan, nanti dvd kuar nak beli buat koleksi

    [Reply]

  9. chokilala
    August 3, 2009 at 12:13 am #

    wow. review ko buat aku rasa nak tengok la. tapi dengan sapekah di kala utem sedang bercuti ini? :roll:
    .-= chokilala´s last blog ..Earning Pertama Chokilala dengan ChurpChurp =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Ajak la atok tengok wayang, ko kan nak balik kampung hehe

    ataupun tggu fashar ko dtg masa bestday hihi

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: