Tinggal berberapa hari sahaja lagi rakyat Malaysia akan membuang undi, aku melahirkan rasa kesal kerana tidak daftar awal sebagai pemilih untuk edisi kali ini, ini bermakna 4 tahun lagi baru aku boleh merasa nikmat mengundi, umur time tuh 29 tahun? WTF
Berikut merupakan kerusi DUN dan Parlimen yang dipertandingkan untuk kawasan aku, selamat mengundi, buat lah pilihan dengan bijak, undi anda ialah rahsia.
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=WhWW5hTpS7s&feature=related 400 300]
Ubah Gaya Hidup atau Ubah Kerajaan?
N50-Sitiawan
Ting Siew Chee (BN) vs Ngeh Koo Kam (DAP)
Ramalan= Kawasan ini kubu kuat DAP kerana Majoriti 79% penduduk disini ialah cina, jika penduduk Cina mahukan pembaharuan, mereka perlu memilih BN, sudah lama pekan Sitiawan terpinggir dari arus pembangunan, pengundi melayu 100% takkan menyokong Parti Roket.
N51-Pasir Panjang
Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) vs Datuk Dr. S Vasan (BN)
Ramalan= Adalah satu perkara yang tak masuk akal bila BN meletakkan calon India, di kawasan yang majoritinya 65% Melayu, aku meramalkan kerusi kawasan ini akan dirampas PAS, kerana calon India sebelum ni M.Ramachandran mempunyai salah laku melibatkan kewangan rakyat.
N52-Pangkor
Datuk Dr Zambry Abd Kadir (BN) vs Pkhrazi@Pakhrazi Musa (PKR)
Ramalan= Pangkor dibawah Datuk Dr Zambry memang terbukti berjaya, tiada sebab pengundi mahu bertukar kepada calon PKR, kerana umum mengetahui Dr Zambry ialah seorang yang kaya, senang nak pinjam duit/ mintak derma nanti kan?.
P74-Lumut
Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
Ramalan= Dengan pembangunan yang jelas dapat dilihat di LUMUT, calon PKR dilihat sukar memenangi kawasan ini, apatah lagi Datuk Kong Cho Ha merupakan menteri kabinet dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Azhar Ahmad= penting kita kenal siapa calon pemimpin yang hendak kita undi
Syamsulariff= ya ampun mana aku kenal semua beb, ko undi kawasan mana pon aku tak tau, lagipon ko undi pos kan hehe
[Reply]
gile hebat admin blog ni..boleh saudara komen keadaan dikawasan saya pulak? :P
[Reply]
huhuhuhuhu…. menarik sungguh… Hummm, nantilah saya check saya nyer parlimen dan dun
[Reply]
chot= ambik je bro hehe
saharman= tak pernah dengar ceramah politik, kesal sekali tak dapat mengundi bro, aku hanya dapat memberikan pandangan sahaja, tunggu saja 4 tahun lagi
[Reply]
Laa awat hang tak register… ni yang aku takut ni..ramai yang gi dengar ceramah tu tak register mengundi. Sokong sokong jugak tapi tak leh pangkah macam mana tu bro..
[Reply]
aku pinjam youtube tu oi..
[Reply]
Buatlah pilihan dengan bijak, anda mampu mengubahnya.. (pesanan ini tidak dibayar)
[Reply]
Rjuna Reply:
March 5th, 2008 at 1:08 am
Kita sudah berada di landasan yang betul
Sama-samalah kita terus maju
Undilah untuk Malaysia
Barang Naik X
Risiko-Skandal Seks-Rasuah
(iklan ni akan di claim jika BN Kalah)
[Reply]
jom2… :D
[Reply]