Ron97 vs Ron95

(Apa kata Survey) Setuju tak Petrol Ron 97 lebih jimat & power dari Ron 95

View Results

Loading ... Loading ...

Petrol apa yang anda isi hari ni? Ron 97 atau Ron 95? Pernah tak dengar orang cakap Ron 97 lebih power dan tahan lama dan Ron 95 petrol jimat tapi berkualiti rendah? cepat habis?

sebenarnya Abg Juju dah lama dengar khabar angin ni, tapi tak ambik port sangat, biasalah kita ni dalam zon selesa, yang mana lebih murah itulah pilihan kita, kan?

tapi hasil ujian di kereta sendiri mendapati Ron 97 memang lebih berkuasa, tahan lama (lambat habis) dan secara automatik lebih jimat berbanding Ron 95. Setelah bertanya dengan kawan² di facebook dan twitter, ramai yang mengiyakan fakta ini

tapi sebelum membuat sebarang konklusi apa kata baca fakta yang sempat Juju list kan di bawah ini

+ RON bermaksud Research Octane Number

+ Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

+ Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

+ Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius

+ Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

+ RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

+ Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Fakta ini diambil dari petikan akhbar Kosmo yang ditulis oleh IRWAN ASRI MOHD NOR @ majalahkereta.com.my

So apa pendapat korang lepas baca fakta atas ni jom komen kalau tak puas hati.

Juju tetap sokong Ron 97 biarlah mahal sikit takpe janji puas hati, alah membeli menang memakai.. juju kan kaya wakaka.

+ kredit= www.rileks.info

Incoming search terms:

  • ron95 vs ron97
  • ron 95 vs ron 97
  • ron 97 vs ron 95
  • petrol ron 95 vs 97
  • RON97 vs RON95
  • petrol 95 vs 97
  • ron95 vs ron97 petrol
  • ron97 vs ron 95
  • petronas ron 95 vs shell ron95
  • petrol 97 vs 95

34 thoughts on “Ron97 vs Ron95

  1. pakcik aku manager kt petronas pn pakai ron 95 petronas jer,,dia ckp wtpe pkai yg mahal hehehe

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    saya dah kembali pakai ron 95, harga dah naik, mana tahan hehe, sekali sekala boleh la

    [Reply]

    joebalok Reply:

    Myk petronas bersih+power

    [Reply]

  2. kalo ron 97 diberi harga 1.80 kan best.. hari2 aku guna hijau, kuning buat tak nampak :P

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    bijak jugak gomen ni, taknak naik harga minyak dia kasi yg ron95 punya, ron 97 jadi premium, ron 98 (shell v power) tak jual dah

    [Reply]

  3. hi singgah sini frm blog penyubiru..
    xpenah lg try ron97 sebab mahal..lgpn nak g keje dekat je ulang alik tiap ari..maybe leh cuba pasni bru leh compare

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    try lah banding kan mula isi ron95 then isi pula ron97, perhatikan perbezaan, pecutan dan berapa lama minyak tu boleh bertahan (setiap enjin berbeza seleranya hehe)

    [Reply]

  4. wah thanx bro for the info..aku xtau sgt sal ron2 ne..almaklumlah sde kete g..at least entri ne dah bg aku input yg bmanfaat tu msa depn ble aku dah ade kete nnt,hehe..

    [Reply]

  5. Aku setuju dengan ramuan resipi rahsia company petrol. Aku guna RON97 Esso, tapi bila kadang-kala darurat isi RON97 Shell.. terasa macam Shell nyer lebih sket mileage leh gi. Tu tak tau le kalo V-Super hehe..
    .-= H+zizy´s last blog ..Home Sweet Home.. part 1 =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    tu la org kata minyak esso yg ok ron97 tak tau betul ke tak

    masa sembang kat kereta haritu, next day nya aku try ron97 padahal selalu isi ron95 jer thanx buddy

    [Reply]

  6. rasanya ron97 memang berbaloi dan bagus diguna tapi dulu masa kaya selalu la isi.. sekarang hanya mampu selang-seli isi. tapi dengar bulan mei naik lagi. so,bajet student paham-paham2 la..mana yang mampu je~

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    bulan mei naik tu dah cancel, ramai yg tak setuju, so teruskan dengan harga lama,

    oh student takpe kami juga pemandu seperti anda—iklan Esso

    [Reply]

  7. aku isi,

    kereta sendiri Ron 95 (shell)
    kereta projek 4X4 Diesel (shell)

    janji dapat claim balik setiap hujung bulan..

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    haha ni takleh challenge la, siap ada claim lagi, pernah pergi sampai Brunei tak bro isi minyak sana ke hoho

    [Reply]

  8. aku paling suka ayat last tu. hohoho — “juju kan kaya wakaka”

    lala ni mana tahu sangat pasal performance kereta. lala pilih RON95 je, murah. yang penting sampai

    lala baca dalam sisipan auto dekat berita harian dulu. kereta biasa pakai RON95 pun takpe, kalau kereta yang high performance je baru sesuai sikit pakai RON97. by default, dia cakap kereta biasa pakai RON92 pun takpe dah

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Juju kayap hehe :razz:

    Takpe just share pengalaman jer, aku dengar ko beli kereta baru yer aritu, New Saga feewit

    [Reply]

  9. Lama aku tak komen kat blog ko…ni nak rasmikan…taun ni aku komen kat blog ko…harap2 ko lupakan segala apa permasalahan aku dgn ko…OK…

    Bagi aku dua2 OK…tapi aku just tunggang motor jer…so RON95 jadi pilihan kerana murah…tapi member2 aku lebih suggestkan aku beli petrol kat Shell.katanya lambat habis la,power la…

    Bagi aku sumer minyak sama…RON95 la…hehe

    Selingan:RON97 RM2.05 tu…tu yg malas nak isi tu…mahal….hehe…
    .-= Mr Fathi´s last blog ..[DaLaM DiLEmMa] nak cashout Nuffnang,tapi… =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Selamat kembali Fathi Yaqin hehe, kalau naik motor Ron95 pon takpe,

    tapi motor aku pon aku bedal ron97 gak kaya la katakan hahaha

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: