Pinang dan Tunang

Semalam 17 Safar 1429 aku menghadiri majlis pertunangan seorang teman bernama Nursaliza. Sebelum ni banyak menghadiri majlis perkahwinan dan akad nikah je, tapi untuk pertunangan, inilah kali pertama dalam seumur hidup aku, jadi aku mengambil peluang ini untuk mengutip segala pengalaman di masa depan hehe :))

Selalunya majlis pertunangan akan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja, tapi oleh kerana aku dah dijemput, datanglah jugak. Pertunangan adalah antara adat orang Melayu yang masih lagi diamalkan sehingga kini, malah menjadi kejanggalan jika berkahwin tanpa ikatan pertunangan.

meminang

Majlis tunang akan dijalankan selepas adat merisik dan kadangkala ia dijalankan serentak, pihak lelaki yang diwakili sanak saudara si lelaki akan berkunjung ke rumah si perempuan dengan membawa dulang hantaran dalam angka ganjil termasuk cincin tanda sebagai tanda perminangan, majlis akan dimulakan dengan sapaan pantun kepada wakil tuan rumah, tapi majlis yang aku hadiri semalam tidak berpantun atas alasan mahu berterus-terang sahaja, wakil akan berbual2 kosong seketika untuk berkenalan dengan tuan rumah dan ahli keluarganya.

Kemudian majlis diteruskan dengan pihak lelaki akan menyebut nama si lelaki dan perempuan yang akan ditunangkan,  kemudian melihat calon tunangan perempuan, kemudian disusuli dengan bertanya adakah pihak si perempuan setuju menerimanya ataupun tidak, jika menerima pihak perempuan akan menyebut berapakah syarat wang hantaran, mas kahwin yang ditetapkan, juga berapa bulan/tahun janji tunangan diikat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua bersetuju.

Tunangan perempuan dibawa berjumpa dengan Ibu si lelaki untuk disarungkan cincin pertunangan, tanda si perempuan sudah dimilikki dan menjadi tunangan orang, pihak perempuan juga akan membalas dulang hantaran si lelaki dengan jumlah yang sama atau ganjil.

saliza n friends
Ewah-ewah pose tak hengat korang yek

Majlis kemudian di akhiri doa selamat semoga jodoh dipercepatkan dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.amin

Untuk rujukan sila lawati adat meminang dan bertunang orang melayu

Incoming search terms:

  • pantun tunang
  • pantun bertunang
  • pantun merisik bertunang
  • doa majlis bertunang
  • pantun majlis bertunang
  • doa bertunang
  • pantun untuk bertunang
  • doa majlis tunang
  • adat merisik
  • doa untuk orang bertunang

14 thoughts on “Pinang dan Tunang

  1. aku br jer hr tu lsat gi majlis bertunang bkl akak ipar..ms CNY hr tu hehehe..aku jd jurugambar tidak rasmi..nnt aku up kn gmbr2 nyer..takder ms lg mau up huhu.. (sbb nk kena edit sket2 dulu)

    [Reply]

  2. Wah cam best je majlis nie. sapa yg bertunang nie? hehe tak sekali je penah g majlis tunng nie. masa pakcik aku tunng. tapi takde la camni. simple2 je. tapi yg best hantaran balas dari pihak pempuan arr yg best. kitaorang hantar 7 dulang, deme balas 32 dulang.. haha amek ko. punye banyak.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Yang penting bukan aku yang tunang hehe, peh 32 dulang, sangat gembira kot, tuan rumah nak dapat menantu la katakan <:-P O:)

    [Reply]

  3. bertunang skang bukan simple2 dah eh? hehe..

    *ko bila lagi Rjuna?* ;p

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Haah bukan simple-simple dah, tapi ikut kemampuan pasangan dan keluarga masing2 la, pakat-pakat ya

    aku bila? huhu awek pon takde mail :(

    [Reply]

  4. sesekali hadiri majlis pertunangan ni seronok…
    paling seronok lepas majlis time nak buka semua hantaran, biasalah adat org melayu ni time bertunang hantarannya byk makanan & manisan…. best woooo dpt mkn :D

    pst… tak cari sirih bertemu urat dr sirih junjung hantaran tu? kalo dpt pastu makan org kata bagus… kot2 jodoh ko lak cepat nnt… hehehehe itu kata org2 tua la kan…

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Oh disini lain kak, hantaran tu diorang bukak untuk keluarga dan sanak saudara saja, saya hanya memeriahkan majlis je, segan dgn tuan rumah.

    p/s=tak pernah makan sirih :)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: