Article

Pesta TAG Merdeka

rantaian bendera malaysia

Ahh Tag lagi, asik-asik tag, korang mesti dah meluat atau benci melihat blog aku ini, hoho jangan lah begitu abang dan adik manis, aku kena lunaskan tag ni, karang si penghantar tag memandang serong seraya memuncung mulutnya terhadap ku hahaha.

Hari kebangsaan hampir menjelma, tahun ini sudah 50 dekad kita bebas berdiri di bumi merdeka ini

mealyu cina india bersatu
lihat kita bebas duduk semeja, makan bersama, kandid hehe

Aku bangga jadi rakyat malaysia kerana di negara ini ada pelbagai kaum, suku dan puak yang hidup rukun damai dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, kau boleh rasa macam-macam jenis masakan, dan meraikan perayaan pelbagai kaum, cuti kat negara ni pon banyak.Bayangkan kalau ko duduk dalam sebuah negara yang ada 1 bangsa yang sama je, kan boring, rasa nak pindah keluar je kan, orang yang cuba merosakkan hubungan rapat ini patut dibuang negara.

Bangga negara ini terus membangun pesat dengan ekonomi yang baik, cakap apa saja yang takder, F1 ada, Menara berkembar ada, Kereta buatan sendiri ada, Internet jalur lebar cap ayam ada, Advertlets ada aik haha malah nak ber-kasino juga ada (kalau ko suka dosa). Pelabur dan peniaga bebas menjalankan urusan jual beli di negara ini. Peluang pekerjaan juga banyak, kita patut bersyukur, rakyat negara lain terpaksa berhijrah ke negara kita semata-mata ingin mencari wang

Bersyukur azan masih berkumandang walaupun ko duduk dalam sebuah taman perumahan, masih ada surau, majlis tilawah masih ada, Akademi quran juga ada, pendapat ulama juga masih didengar walaupun berdesing telinga pemimpin negara menahan amarah dan malu, jika ada sesuatu yang melampaui batas agama, cepat sahaja ia disebarkan, 1 negara leh jadi gempar.

Tatkala negara lain masih berperang, negara kita masih aman damai, tiada pengganas yang menghantui anda bila keluar dari rumah.Ya walaupun ada kes meletupkan orang, rampasan senjata api, rompakan dan perogol dimana-mana namun ia masih terkawal, terima kasih buat pasukan keselamatan, cuba kalau Malaysia membenarkan penjualan senjata api secara terbuka? Tak aman woo, kita patut bersyukur hal ni.

Jadi takkan aku sorang je kena Tag, mana leh jadi, syarat tag ini ialah kena sebarkan pada 5 blogger terpilih yang kita suka, dan karangan anda itu mestilah panjaaaang, kata si pembuat Tag laa

Mulakan karangan anda dengan ayat ini, Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana..

5 blogger yang saya mahu tag ialah

Chot
Cikgu Isa
Fawari
Areyoung
Balqis

Incoming search terms:

  • foto hidup rukun
  • gambar hidup rukun
  • orang cina makan
  • esei saya bangga menjadi rakyat malaysia
  • hormat - menghormati
  • karangan saya bersyukur menjadi rakyat malaysia

10 Responses to “Pesta TAG Merdeka”

  1. abdfatah
    September 7, 2007 at 9:34 pm #

    merdeka ke 100 pada tahun 2057

    [Reply]

  2. abdfatah
    September 7, 2007 at 9:33 pm #

    selamat menyambut hari merdeka ke 100. wuahahhaaa…

    [Reply]

  3. WaWa
    August 30, 2007 at 5:36 am #

    dah jawab! :)

    [Reply]

  4. Budiey
    August 29, 2007 at 12:54 pm #

    selamat hari merdeka buat rjuna & all pembaca blog ni…

    semoga merdeka ini kita semua diselamatkan dari segala penjajahan luar dan dalam…

    rjuna, take care & always smile ya.

    [Reply]

  5. WaWa
    August 29, 2007 at 3:38 am #

    omg! aku kena tag! haha! adoii. kalo x sbb incoming links tu, aku mmg tatau.

    sape buat tag ni? haha. adoi, adoi. esok aku buat! :D insyaAllah.

    [Reply]

  6. chot
    August 28, 2007 at 11:52 am #

    alamak..aku mmg failed menjawab tag lebih dr 250 patah perkataan…

    [Reply]

  7. Rjuna
    August 28, 2007 at 10:03 am #

    Acai-wah acai mengepost Entri nya disini, aduh kenapa lah aku tak tag ko dalam senarai tu tadi

    Abdfatah-bagus juga tag ni, 2 hari lagi sebelum merdeka, jadi yang kena Tag tu, anda sangat bertuah :D

    [Reply]

  8. abdfatah
    August 28, 2007 at 9:29 am #

    wuahahahaa…. itu labanon punya citer tag. sampai ke mana entahnya tag merdeka ini sudah menyusuri blog2 bloggers sekalian…?

    [Reply]

  9. acai
    August 28, 2007 at 9:12 am #

    yup, betoi2 sgt tu..aku sgt setuju terutamanya tang race tu.,.kalau ikut statistik yg byr tax, sbnarnya bukan melayu contributed more than 60% of our national income..ini termasukla perniagaan diaorg sume yg secara tak langsung memakmurkan negara kita..

    sesetengah org ckp berderau kerajaan tak buat itu ini, kutuk sane kutuk sini, bazir duit rakyatla..padahal diorg tak penah byr taxpun..zakat pendapatan jauh skalilah..jln2,infrastruktur dan sekolah2 yg dibinapun hakikatnya byk duit daripada org2 cina yg membayar tax..itulah beza mesia ngan negara lain..sbb tu kita kena ada perpaduan…jg sensitiviti kaum dan agama bagi kekalkan keseimbangan ni..

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Ada apa dengan Malaysia? -- FaWaRidotNet - August 30, 2007

    [...] telah di-tagged oleh Rjuna, sempena hari kemerdekaan 50 tahun Semenanjung Malaysia (dahulu Tanah Melayu). Tag ini [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: