Aku ingat pasaraya besar je ada perang iklan dan harga, rupanya berukband pon ada, takpe kadang2 meriah juga, melihat kebijaksanaan mereka menarik pelanggan melalui iklan, pelanggan menjadi juri kali ini.
P1 memulakan perang ini dengan iklan potong kabel telefon, ok kabel telefon siapa lagi kalau bukan TM, dan kabel kaler oren (warna korporat Streamyx) kah kah, bagus juga ada saingan, monopoly Streamyx harus dipecahkan, agar ia tak jadi barah ke seluruh negara.
Tergelak aku tengok iklan ni kat TV, Awesome!! kelakor lawak double-meaning diorang, kalau korang perhati ada makcik sebut ayat kegemaran Celcom, BERBALOI-BALOI haha sinis, ceh suh potong celcom berukband rupanya.
akhirnya TM dan Streamyx sudah tak tahan di perli, takut customer semua berpaling tadah maka 1 serangan dahsyat dilakukan terhadap P1, Oh tidak wakaka sebelum korang langgan.. periksa coverage P1 ada atau tak kat kawasan korang, kalau tak..jadi macam pak cik kat bawah ni..kesian..liputan kawasan nya lemah barangkali.
Bagi Rjuna..antara kedua iklan ini DUA KALI LIMA JER semuanya, internet kat Malaysia masih dikatakan lembab oleh orang luar
Pelabur risau Internet Malaysia LEMBAB (Malaysiakini)
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.
Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.
“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.
“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.
“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.
Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:
“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”
Aku dengar BAJET 2010 ada peruntukan untuk meningkatkan kualiti broadband negara, bagus lah, jangan duit tu buat taja konsert beyoncet sudeyyy..auuw Beyoncet :shock:
Incoming search terms:
- berukband malaysia
- jalur lebar nasional review
- perang p1 dan streamyx
- perbezaan celcom dan streamyx
Bukan dulu P1 pernah masuk dalam akhbar ke? Pasal x bersungguh2 nak sediakan coverage walaupun dah dapat tender? Dan kalau x dapat sediakan jugak, tender ditarik balik. Tu pasal la dia terhegeh2 skrg.
Tapi dalam masa yang sama, TM x bleh ke buat iklan yang senonoh skit? Aiii… x de akhlak langsung iklan camtu. Sewel.
Aku perasan sekarang ni Celcom broadband yang aku guna x de lagi notis amaran bila lebih had limit 5Gb tu. Dia takut pelanggan cabut kut?
Tapi la, kalau broadband ni x yah kongsi2 IP # / address kan ke bagus. Aiii
Kat Jepun dengar khabar kelajuan dia 100Mbps.
Streamyx = Screamyx
Broadband = Narrowband
[Reply]
emm..memang macam2 dah sekarang. Cuma aku harap, diorang leh wat sesuatu. Bagi laju sket la.. ;-)
.-= titan´s last blog ..Pay Per Lead Terbaru: 12Month Internet Millionaire =-.
[Reply]
klo dyorg perang lagi bagus..
arap2 leh improve..
[Reply]
Wired bband tu memang la stabil dari wireless, tapi yang tak stabilnye technician2 dari TenukMalaysia nye kompeni.
Sian kat aku, dri speed 1200++kbps drop ke 800+-. Datang tech dia marah2 kat aku sbb kerap sangat buat report. Yang dia tahu guna hujah 70% dari speed pakej. Maknanya aku takleh wat per2 la sbb speed tu dlm lingkungan 70%. Bukannya diorang pegi check pon kat line tiang tepon. Datang tgk2 wat speed test, hujah 70% dia. Takkan la line yang berkemampuan 1200++ tiba2 bleh drop jd 800+- tanpa sebab. Lepas tu aku cakap baik aku potong je line kalau speed tak dapat cam dlu. Dengan sinisnye diorang suh aku potong sbb menyusahkan diorang nak datang check. Dalam banyak2 report aku buat sekali je tech dia datang bawak laptop ngan modem nok uji line aku. Sblum ni datang selai sepinggan je. Ni la sikap technitian dari Kelantan. Memang ade dengar pon pasal ni. Tapi ni baru kena kat aku. Kerajaan pon bukannya nak amik peduli ngan masalah berukband di Malaysia. Benda ni dah lama bernanah. Sikit2 menteri keluarkan kenyataan nak siasat la nakmengkaji la. Last2 senyap cenggitu je…. Nasihat untuk korang kalau technician TM datang, pastikan korang ada orang lain yang boleh backup korang pasal masalah korang. Kalau tak, korang hanya akan diperkotak katikkan je, cam orang bodoh je dibuatnye. Q_Q
[Reply]
Can’t potong la. No P1 coverage in my place. :hampeh:
.-= Jayce´s last blog ..Samsung i8000 Omnia II Review =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
October 31st, 2009 at 7:24 am
Dont Potong if no coverage in your area, this is business marketing only,
i think wired broadband more stabil better than wireless
[Reply]
Rasa macam nak ‘potong’ la hahahas.. nak beralih ke P1 pula. Tapi P1 ni ok ke?
.-= Kobot´s last blog ..Liverpool menang disebabkan nasib? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
October 27th, 2009 at 3:58 pm
Lawat website http://www.P1.com.my, dan klik bhg coverage, tengok kawasan ko ada ke tak,
kalau takde jangan buang duit kawan hehe
[Reply]
aku tak tahan gelak time pengantin lelaki cakap “of course”.
.-= naz´s last blog ..I can cook, so can you? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
October 26th, 2009 at 11:42 pm
aku gelak yg pompuan tu gi tanya laki dia, aduyai tak sabar nampaknya haha :grin:
[Reply]
xkisah la perang ape2 berukband…setia saje dgn streamyx…sbb menumpang tenet org je…haha!
.-= Piston Pecah´s last blog ..10 Jutawan Internet Termuda [edisi bahasa english] =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
October 26th, 2009 at 11:41 pm
bagus la ko ada jiran yg memahami leh kongsi wifi, tapi tak bebas, kalau jiran tak on, balik kg, kita mati kutu kena lepak mamak pulak kan hehe
[Reply]
Iklan P1 tu mengelirukan sikit. Sebabnya adalah bukan semua kawasan ada coverage P1 WiMax. Mesti ada yang kecewa dengan iklan tu.
.-= Dr House´s last blog ..Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
October 26th, 2009 at 11:38 pm
betul betul betul :up: wimax n berukband, cek coverage dulu sebelum melanggan, jgn main langgan jer pastu slow maki hamun orang/operator
[Reply]
hahahaha…saye nak pkai brukband memang hampes laa..try gune kawan punya celcom brukbend..lagi lembab dari dial-up..
sungguh mengecewakan sebab percaya ckap orang yang brukband lagi laju dari dial up..hohohoho
.-= acap2405´s last blog ..pengalaman sebagai pra mangsa MLM =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
October 26th, 2009 at 11:48 pm
yeke? patutlah yg kat Giant tu cam tak laku jer, aku tengok, tak lama lagi ada Tesco depan Giant tuh hoho
[Reply]
tau pun diorang..bengap sangat..org luar lame dah jengkel ngn malaysia..even foreigner tmpt aku study ni kutuk2 tenet malaysia..negara je maju. tapi internet mundur..huhu..nampak lebih rasional dari paklah dulu..
.-= Roslan Nazri´s last blog ..New Blog & New Car, Gadget & Alza =-.
[Reply]
bukan taja konsert.. jgn masuk poket owg2 yang berkenaan sudah la ya.. kata 1Malaysia.. rakyat di dahulukan.. hak3 :mrgreen:
[Reply]
P1 mesti terasa terok tgok iklan streamyx nie :P
hahahaha
.-= hazim´s last blog ..Persoalan Aku Dekat Korang ? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
October 26th, 2009 at 11:44 pm
ada blogger lain kata muka yg iklan tuh sama dgn pengasas P1 haha gila kejam Streamyx balas
sampai laptop bawak ke luar, iklan radio pon dah ada aku dgr tadi, lawan jgn tak lawan hehe
[Reply]