Pentingnya trafik ke blog anda

Apalah guna korang menampal iklan, tapi takde siapa pon melihat/klik iklan tu, penat je korang menunggu duit iklan, tak masyuk masyuk jugak, akhirnya korang salahkan pihak penganjur iklan, tak bayar lah, tipu lah, dah lama pasang iklan duit tak naik naik jugak lah, mulalah korang mencarut-carut dan menabur fitnah yang bukan bukan.


Statistik blog aku yang suam2 kukus jika dibandingkan dgn blog Mohdismail.net

Aku ingin berkongsi tips bagaimana korang boleh mengubah situasi tersebut, tahukah anda trafik pengunjung adalah sangat penting, bila mana anda membina sebuah blog yang mempunyai iklan didalamnya.

Membina trafik pengguna ke blog anda

1.Penulisan yang menarik dan seronok dibaca
penulisan blog yang menarik ditambah susun atur blog yang cantik dapat memikat pengunjung untuk datang untuk kali ke-2 ke-3 dan seterusnya, tak perlu menceritakan kisah peribadi anda yang kosong dan meleret leret sangat, berikan pembaca ilmiah pengetahuan atau pengajaran dalam tulisan korang.

2.Promosi link blog korang
Anda boleh promosi blog dengan bertukar-tukar link dengan kawan blogger lain, letak link blog mereka dalam blog anda, bina persahabatan antara mereka, korang juga boleh promosi di Twitter, Friendster, Facebook, Myspace, YM, Email, Forum, selitkan link blog korang, trafik pengunjung akan datang dari situ, jangan takut untuk menjadi popular.

3.Rajin Komen blog kawan anda
Lagi ramai kawan blogger anda itu sudah bagus, korang ada 100 atau 1000 link kawan blogger? setiap kali diorang update blog, jangan lupa lawat dan berikan komen bernas untuk mereka, letakkan sekali link blog korang ketika mengisi ruang komen, kawan blogger ko dan pengkomen yang lain pasti datang membaca blog ko pulak, percayalah.

4.Sertai laman Social Bookmarking
Peranan website seperti Negaraku atau Layann mampu meningkat kan trafik blog anda, contoh jika entry blog anda diundi sebagai entry yang popular dan favourite, top 10 contohnya, ramai akan klik blog anda kan?

5.Tulis dalam Bahasa Malaysia dan English
kalau anda menguasai bahasa inggeris, korang mampu menarik trafik pengunjung yang lebih besar dari dalam dan luar negara, malah kaum Cina dan India juga pasti membaca blog anda, hebat bukan?

6.Peraduan di blog
Adakan peraduan dengan hadiah menarik dan lumayan, contoh adakan ruangan Top Commentator, Kuiz kenali anda, atau peraduan cipta kad hari jadi anda, dengan adanya peraduan, blogger2 lain secara automatik akan menghebahkan link blog korang kepada orang lain dengan pantas, lagi best kalau hadiahnya konsol PSP atau Iphone 3G, lagi mencanak la trafik ke blog korang beb.

7.Mp3 dan Lirik Lagu
Secara dasarnya teknik ini sangat tak profeisional untuk memikat pengunjung, tapi aku dedahkan juga, dengan berkongsi MP3 dan lirik lagu di blog anda, blog korang akan menjadi tumpuan penyedut-penyedut mp3 diluar sana, tak percaya? cubalah, letakkan lagu yang susah nak cari atau paling top, blog anda pasti dikunjungi mereka

8.Gunakan kata carian popular
ok teknik ni aku belum pakar lagi, tiap kali update entry baru, selitkan kata carian popular dalam ruangan tags, contoh tajuk filem, nama pelakon yang berpengaruh, minyak naik harga, Datuk Shah Rukh Khan, Scha Al Yahya, Pak Lah.. fikirkan kata2 carian yang mungkin orang akan search di google atau yahoo dan selitkan, opps jangan spam kata carian yang takde kena mengena dengan entry yang anda tulis.

9. Kontroversi-Gosip- dan Gempak
korang ada maklumat rahsia politik, atau gosip hangat selebriti, jadilah blog yang pertama menulisnya, contohnya Minyak Naik Harga atau Gambar model terbaru MPV proton, oh ya pastikan korang tak menabur fitnah dan mengadu domba.

10.Update selalu
Huhu inilah teknik mencari trafik pengunjung yang aku lemah sekali, nak dapat seminggu sekali pon payah, paling baik ialah update sehari sekali, atau 2 hari sekali ke, tak kasihankah anda? hari hari kawan anda klik blog anda tapi belum ada update terbaru, pasti mereka kecewa dan tak berkunjung lagi, huhuhu sedih dan touching nya part ni.

Ada sesiapa yang pakar dalam bab ni, sila tambah kat ruangan komen, kongsikan pengetahuan anda , kalau korang tak paham, aku pon tak paham apa yang aku tulis sebenarnya, biol jap otak aku hahaha, tips ini hanya pendapat aku saja, jadi siapa tak puas hati kita fight kat simpang sila tegur jangan malu2 hehe PEACE.

Diari Rjuna= Ada saja dugaan 2-3 hari ni, tensen aku, dengan saman mahkamah la, pecat pekerja la, sunyi dan sepi pulak jiwa ni aduh, ya tuhan cukuplah dugaan Mu, jika ini satu ujian, aku redha.

24 thoughts on “Pentingnya trafik ke blog anda

  1. NAK CUBA LA…
    THANKS FOR SHARING…
    JADI APA TUNGGU LAGI?

    JOM RAMAI2 KITA KE BLOG DAUS….
    HEHEHE….
    SORRY…
    PROMOTE…

    Rjuna= selamat mencuba daus, nak promote blog sambil komen dibenarkan di blog ini, asal jangan spam sudah ya

    [Reply]

  2. Pingback: Sorotan 2008: Rjuna.net | R J U N A

  3. Sensasi= wah :shock: copy-paste entri blog orang lain, (entri blog aku pon ko copy jugak), pastu claim korang punya, korang dapat duit iklan,

    Halal ke Haram duit yg ko dapat tuh beb, tulis lah entri sendiri baru halal :twisted: :mrgreen: :mad: :shock:

    [Reply]

  4. Khai= blog ko yg selalu bermasalah, popular la katakan hehe, petua diatas biasa biasa je, aku masih muda remaja (walaupun badan mcm bapak orang)

    Eriyza= Haha popular la dulu dengan plugin Akismet ku

    [Reply]

  5. patut la trackback kat atas tu tak sampai.. sbb blog kau dah tambah /blog kat bahagian domain.. huhuhu

    neway bro thanks.. thanks dgn link tu.. thanks juga dengan petua orang tua2 tu.. hehehhee…. tp ko muda lagi kan? hehehe

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: