Pasca kecurian kabel
Hai korang semua
Alhamdulillah line telefon dirumah sudah kembali pulih, cuma yang dekat ofis jer masih lumpuh 90%, kenapa aku cakap lumpuh, cuba bayangkan..dah la line telefon takde, orang nak call tak boleh, Fax memang out sama sekali, nak hantar quotation pun tak boleh dan paling stress kalau takde internet, alamatnya kalau datang pejabat, main mp3 n games jela, merasa la buat opis kat cyber cafe seminggu.
Gejala ni aku anggap serius dan TM patut lakukan sesuatu (cth: pasang kabel fibre optik bawah tanah), kalau harap rukun tetangga jaga memang tak berkesan sangat, diorang ni licik, kadang tu subuh pagi diorang curi, malah lagi pro siap berlakon jadi kontraktor TM kita ingat diorg tengah betulkan, rupanya tengah curik kabel baik punyer.
ok kali ni aku nak kongsikan jenis-jenis kecurian yang aku anggap memang sangap, pelik dan jarang-jarang kita dengar.
Curik Meter Air

Kejadian ni berlaku kat ofis aku tahun lepas 2008, memang sangap betul pencuri ni, entah berapa sen la jual meter air tu, bila kita report kat Jabatan Air Perak, diorang pulak suruh ganti pakai duit sendiri..aik?, time ni la pencuri tu kena carut-marut dengan aku, kemudian start pasang besi macam kat gambar tu, kalau dia nekad curik lagi sekali, memang aku bawak hal ni ke bomoh siam, kasi santau sama dia.
Curik besi penutup lubang Jalan
hah ni baru berlaku kat ofis aku selepas kecurian kabel telefon, mak aih kawasan opis aku banyak pencuri pelik syial, memang naya kalau kereta lalu kat lobang tu, alignment boleh lari, rim 17 leh bengkok, tayar pancit, sejak besi jadi mahal ni, semua benda besi nak disapu nya.
Curik Helmet
Ni aku tak pernah kena lagi, tapi sahabat aku dah kena masa bulan puasa lepas, setahu aku Apek pakai helmet murah jer, tu pun kena kebas alahai apa nak jadi la, curik kat kawasan sekolah pulak tu, nekad betul, tapi hikmahnya Apek menjadi kaya lepas tu, dia sambar helmet cap KHI.. fuh kaya (lain kali amik Arai terus full face haha)
Curik Tongkat mimbar masjid
MARANG – Misteri kehilangan 23 batang tongkat mimbar milik beberapa masjid di daerah ini sepanjang Ramadan lalu akhirnya terjawab.
Rupa-rupanya, kesemua tongkat itu dicuri oleh seorang warga emas berumur 55 tahun yang mendakwa berbuat demikian untuk meningkatkan ‘darjah keimanannya’. Malah, lelaki itu mendakwa menerima arahan daripada suara ghaib yang memintanya mencuri sebanyak 200 batang tongkat mimbar masjid bagi membolehkannya mencapai darjah keimanan yang dihajatkan. Menggelarkan dirinya ‘wali termulia’, lelaki itu mengaku masuk ke masjid-masjid berkenaan sambil berpura-pura mahu bersembahyang sebelum membalut tongkat tersebut menggunakan serban yang dipakainya sebelum melarikan diri.
kah kah ni aku baca kat berita kosmo bulan lepas kot, ada jugak orang curik tongkat mimbar masjid, mak aih apa punya pencurik daa, dahla curik dalam masjid pastu dalam bulan Ramadan pulak tuh, dia baru sempat curik 23 tongkat, pencurik tu kata dia nak kena kumpul 200 tongkat untuk meningkatkan darjah keimanan, wow dahsyat, ajaran siapa ni Ayah Pin atau Rasul Melayu nih cepat cakap.
Curik line WiFi
curik line wifi memang biasa dah kita dengar, sebenarnya aku tak kisah pun kalau nak curik line wifi kat umah aku, memang aku open, mula nya aku tak perasan ada orang curik line, tapi bila line jadi slow selalu, dan bila nak tutup modem, modem masih berkelip-kelip, jeng jeng rupanya mamat navy yang sewa depan rumah aku curik line, haha kantoi, apalagi aku block ip dia padan muka.
Curik Coli & Seluar dalam wanita
aku pernah baca kat suatu majalah yang orang yang suka curik coli & seluar dalam ni dipanggil fetishma, diorang ni jenis suka bau-bauan dari baju dalam wanita, bau kaki, hoho memang pelik ni, mungkin ada 1 dalam 1000 orang jenis seksual dia macam ni, so pandai-pandai la orang pompuan cover masa sidai kat ampaian ye auww haha
Ok cukup sampai situ je, kalau ada kengkawan nak tambah lagi, jom berdiskusi dalam ruangan komen,
Akhir kata dari aku STOP! la mencuri gaya nekad camni, menyusahkan orang lain, dapat duit entah berapa sen sangat pon, tak kaya pon mencurik, bertaubatlah segera, rezeki yang haram akibat nya neraka la tempat dia.
Baca lagi topik-topik hangat
- Skodeng IP Address anda
- Untukmu Palestin
- V3 Samseng Tahi Kucing
- (Diari Rjuna) Kenangan percutian 3 Sahabat
- Tokong dan Menteri Besar
- Saman Mahkamah
- Apo? Apocalypto

kat kg aku, slalu je ada kes curi kabel..cam hampeh je..last2, TM dah fade up dh..smpai skrg xpsg2 pun kabel..hehe
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 7th, 2009 at 10:54 pm
tuu dia sampai TM pun fedup, memang dasar pencurik kabel iblis kampung,
kalau kampung ada line henpon takpela, payah tu kalau kena kat pendalaman hah jenuh bila ada kecemasan
[Reply]
tp yg paling dasat adalah CURI TULANG.
ramai yg curi tulang tp wat rilek jek..mcm xde hal! time keje main tenet..curi tulang la 2.. halal ke rezeki cam 2??
LU PIKIR LA SENDRI!!
p/s:aku pon pencuri tulang juga.hahahaa

nad´s last blog ..~JAUH~
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 7th, 2009 at 10:51 pm
errk ko sindir aku yek, aku pun pencurik tulang tegar, line clear jer main fesbuk-twitter, apa nak jadi entah
[Reply]
azwan
Reply:
October 12th, 2009 at 12:08 am
ya allah. ampunilah dosa2 ku yang banyak mencuri tulang samada yang disedari mahupun tidak
[Reply]
kt belakang umah aku pun ada hilang penutup lubang yg indah water tu..
br perasan ms dok kemas2 n tnm pokok hehehe..
kalo curi line wifi kt umah tu mmg biasa la..
tp nsb baik la aku wat password so diorg tk leh la curi hehehe..
azmil´s last blog ..Kejutan Kepada Aku
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 7th, 2009 at 10:50 pm
buat tanda bro kat lubang tu, kang naya pulak ada orang jatuh dalam lubang tu
wifi buat masa ni aku open, nak guna silakan, coverage 200meter jer hehe jiran aku bukan kaki internet rasanya
[Reply]
pkai wide area networkla(WAN) kat manjung.br best.
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 7th, 2009 at 10:47 pm
Ada ke, ko biar bebenor, orang lepak mamak ada la mana nak WAN nya ingat KL ke leh wimax
[Reply]
Curik Helmet:minggu akhir ramadan lalu helmet MS gua baru je kene rembat.helmet free bai ngan visor skali…huahua dah la tgh syok shopping raya ngan member,sblm balik rumah bli helmet baru…
Curik line:selalu aku curik line wifi.aku komen ko ni pun guna line orang.hehe.passwordnyer senang je. a sampai e.stiap huruf 2 kali tekan.hehe
curik penutup longkang:cilabai pencuri.ni masa aku form 2,nak g beli paper kat kedai Ah Sieng tepi restoran mamak kat Tg karang tu,ntah sape rembat penutup memang aku sumpah jadi penutup longkang!!!disebabkan ini aku mengalami keretakan di tangan…huhu dah la tgh mid exam….
Mr Fathi´s last blog ..sebulan sudah Tangkas Kendiri berlalu
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 7th, 2009 at 10:45 pm
Oh kasihan ko Fathi..aku pura-pura memberi simpati, hehe helmet MS88=helmet kegemaran mat rempit
Ini dia pencuri wifi tegar, hati hati jiran Fathi, kalau rasa slow line tu maknanya Fathi tengah sedut porno
[Reply]
Mr Fathi
Reply:
October 9th, 2009 at 3:19 pm
nak sedut boleh tapi lembab tahap cilabai!!!
baik dengar lagu nasyid kat YouTube.ohh syahdunya… 

Mr Fathi´s last blog ..sebulan sudah Tangkas Kendiri berlalu
[Reply]
pawaka
Reply:
October 9th, 2009 at 4:49 pm
pkai helmet yg brand xterkenal je mcm index,apollo mhr je hehe
[Reply]
Mr Fathi
Reply:
October 9th, 2009 at 4:56 pm
pawaka,dah berlalu biarkan jer.Mungkin pencuri tu dah buat harta atau jual kat orang.
Slmt dino royo,
Nngapuro lahir batin
(masih boleh lagi kan??)
Mr Fathi´s last blog ..sebulan sudah Tangkas Kendiri berlalu
[Reply]
azwan
Reply:
October 12th, 2009 at 12:12 am
password tu macam biasa gua guna je. itu password tuk modem jenis aztech kalau tak salah aku la. ramai yang tak tukar password asal tu
[Reply]
Mr Fathi
Reply:
October 13th, 2009 at 8:16 pm
agaknya la.selalu orang pakai aztech…

Mr Fathi´s last blog ..Unfulfit???SUARA helium ala2 chipmunk???
[Reply]
Jenayah membawa padah!
[Reply]
Helmet.. pernah dicuri.
WiFi – jiran rumah aku ada free WiFi. Dia tak buat WEP.. aku connect jer..
Mus´s last blog ..Aksi Mikail Di Animasikan
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 7th, 2009 at 10:40 pm
kalau jiran tak buat wep itu tanda jiran suka bersedekah, contoh macam aku, haha
siapa nak internet free silakan guna, tapi jangan lenjan donlod bukan2 sampai tuan punya line slow, itu boleh mendatangkan marah hehe
[Reply]
Curi idea. Idea pun boleh kena curik gak.
Dr House´s last blog ..Mimpi apa malam tadi?
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 9th, 2009 at 10:04 pm
Yup curik Idea memang ada, tapi kalau anda bijak curik idea tu jangan sampai orang perasan.. ubah ikut gaya sendiri + baiki kelemahan idea tersebut
dah tentu ia juga sebahagian idea anda juga, eh apa yg aku merepek ni haha
[Reply]
Ish-ish memang susah jika ada makhluk kuat mencuri, toyol pun dah tak bley cari makan. Sekali mencuri mesti mau mencuri lagi.. syok o diorang ni dapat tiket gi neraka.
H+zizy´s last blog ..Sori Lambat Update.. Raya 1430H
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 9th, 2009 at 10:06 pm
Yang tak syok bila orang lain yg curik, kita pulak disyaki, memang panas hati la, mood boleh berubah
[Reply]
bang, curi awek ada dak? wakakkaka.. memang sempoi ko tulis nih.. hoho..
kalo kat m’sia nih ada hukuman potong tangan, tobat la depa semua takut nak curik. hohoho
luthtextile´s last blog ..Malique – Kau Yang Punya Ft Najwa
[Reply]
Rjuna
Reply:
October 9th, 2009 at 10:02 pm
Curi awek memang ada, tp kalau tepuk sebelah tangan memang tak berbunyi kan, terpulang pada kesetiaan awek itu haha
Allah itu maha mengetahui, tak dapat kat dunia..kat akhirat pasti kena
[Reply]
sume kes curi aku pernah dengar..
tapi klu curi tongkat mimbar memang kes baru..
tapi sekarang rasul melay dah bertaubat…
sapa punya kerja plak ney..
[Reply]
Nsib baik area umah aku blom ada org rembat wayar TM.. Kalau x mmg haru la jadinya..
LAP ckp pasang sndiri meter baru? Pelik..
Wat repor kt reporter.. Kompom LAP ganti ASAP.. =)
KertaZ´s last blog ..PMR Suck’s! Jom bakar dewan!
[Reply]
punya la nak mencuri sampai tongkat mimbar pun jadi mangsa
huh
zaman sekarang ni apa2 pun boleh dicuri
teh´s last blog ..Kain Batik dan Perempuan
[Reply]