Semasa mencari gambar untuk entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini. Saya terjumpa gambar kartun kat bawah tu di google images.
Ssecara ringkasnya, begitulah lazimnya HIDUP SEORANG BLOGGER waktu mula-mula kenal apa itu blog. Dalam dunia blogger pun ada pangkat dan gelarannya tau.
Ada yang digelar Pro Blogger, Part Time Blogger, Blogger Tegar, tapi hari ni saya mahu membawa anda mengenali HIDUP SEORANG BLOGGER jadi-jadian.
Apa itu Blogger Jadi-Jadian?
Senang cakap, orang lain ada blog, dia pun sibuk nak ada blog jugak. Hamboi lazernya ko Juju. Kiranya blogger jenis ni memang lalang, dan tiada matlamat bila membina blog mereka.
Terdapat ramai blogger jenis ini di luar sana. Lebih lebih lagi bila diorang tahu yang tulis blog ni boleh buat duit.
Jom kita selami peringkat demi peringkat HIDUP SEORANG BLOGGER spesis ini dalam edisi cerita bergambar pula.

“Adeh benci nya menaip, kalau blog ni bukan sebab duit, jangan harap aku duduk depan laptop ni tau, baik main PS2 lagi bagus, apa jadah nak taip ni dude? ”
“Inilah blog pertama ku” yea dah siap. Jadilah dari takde langsung kan. Hope esok dapat buffered ads. Yeah gua dah jadi seorang blogger yeop!

Suka bila entri dapat perhatian/pujian pembaca, trafik datang mencurah-curah, walaupun merepek-meraban je isi nya. Tapi bila blogger otai (baca: blogger feymes) tak datang baca dan beri komen, mulalah meroyan, sindir menyindir, dikatanya pulak Blogger Otai/wordpress sombong, Blogger OTAIK la :hampeh:

Bila dah lama sikit ber-blog, ramai la pembaca/ follower, siap ada fanpage lagi kat fesbuk gitu. Tambah kalau blogger hensem/cun lagi la naik saham nya.
Pembaca mesti dihargai dan dibelai manja baru boleh jadi blogger yang feymes katanya. Feymes waklu.

Bila dah feymes, mula la hidup busy terkejar-kejar, mana lagi nak buat kerja opis, mana nak update blog lagi, nak balas komen pembaca lagi. Alih alih kerja opis tak siap, kena caci maki lagi dengan bos. Hidup tak terurus. Tidur lewat pagi. Mata dah macam panda.
Bila matlamat tak seperti yang diharapkan (duit iklan dapat ciput katanya), blog mula terbiar sehari demi sehari, seminggu, sebulan, setahun. Pembaca pun lari dan akhirnya blog itu mati begitu saja.
Tuan blog pergi mana? sibuk main fesbuk/twitter, lagi best katanya, Alahai blogger jadi-jadian.
Kepada blogger yang terasa, aku mintak maaf la, sebenarnya aku pun 2×5 macam tu juga asalnya wakakaka.
Begitulah tamatnya, HIDUP SEORANG BLOGGER, kalau korang (blogger) mampu bertahan hingga hari ini, tahniah korang memang blogger sejati yang tegar.
Bertemu lagi di lain masa, renung-renungkan dan selamat berblogging ;)
Entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini merupakan Contest SEO yang saya sertai anjuran blogger Denaihati.com, dan ditaja oleh eQurban.com.
Jika anda sukakanya sila kongsikan pada pada teman-teman anda ya, Terima kasih


