Hai Assalamualaikum korang semua, rindu Abg Juju tak? Hehe sorry sebulan tak update apa-apa, bukan apa, kita update blog ni biar ikhlas, bukan kerana terpaksa kan?. eceh alasan juju ni

Ni nak citer sikit, dapat jer gaji bulan oktober lepas kan, terus juju sambar CD Maher Zain sekeping. Wow penangan apakah sampai beli CD ori ni? hehe, lama wo juju tak beli CD ori, last beli CD Dewa 19 kot, yang lain semua pakat download saja.
Album Maher Zain ni padahal juju dah donlod mp3 full 1 album kat torrent, pastu dengar 2-8 kali eh banyak pulak lagu sedap, terus jatuh hati, beli ori lah satu.
Sejujurnya juju kenal Maher Zain melalui video yang di share kawan-kawan kat facebook jer, masa tu layan gitu-gitu jer, lagu Open Your Eyes, ada fans dia buat video klip pasal kebesaran tuhan, masih ingat?
dan ledakan minat tu bercambah dengan video klip Insha Allah, yang sangat memberikan motivasi dan kesedaran.
Masa dia datang Malaysia itu hari tak amik port pun, belum apa-apa dah habis tiket konsert. Takpe juju bukan kaki konsert punya orang, minat suara & lagunya saja.
Ok apa yang best nya album ni?
Bagi juju album ni ada suatu kelainan, di mana muzik arab dan muzik moden barat diadun menjadi melodi indah. Lagu-lagu nya memuji kebesaran Allah & Nabi Muhammad dan menceritakan keindahan Islam.
Antara lagu kegemaran juju dalam album ini ialah
Always Be There | Ya Nabi Salam Alayka | Insha Allah | Thank You Allah | Allahi Allah Kiya Karo | The Chosen One | Baraka Allahu Lakuma | For The Rest Of My Life | Open Your Eyes
lagu yang lain pun sedap juga,cuma yang atas ni sedap, ulang 8x pon takpe.
Yang tak best pulak ialah tiadanya lirik lagu dalam inlay CD ini, mungkin nak cut bajet kertas kot, tapi kan juju selongkar facebook+website maher zain pun takde lirik, oh azab ok.. terpaksa google nak cari lirik dia, nasib baik ada.
Dengan harga RM27.90 korang dapat berhibur sambil memuji kebesaran Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad, hiburan dapat pahala pun dapat.
sesuai pasang time drive kereta or time buat kerja, sesuai juga dinyanyikan bersama anak-anak, ajak mereka nyanyi bersama.
Berapa bintang nak kasi?
Daripada 5, Juju bagi 4 Bintang
Juju share lagu Ya Nabi Salam Alayka versi arab yang takde dalam album ni, jom nyanyi sama sambil berselawat
Maher Zain ~ Ya Nabi Salam Alayka (Arabic) by rjuna
Kata Juju= ok lepas ni nak update apa pulak erk!!

