Masihkah kau ingat Cenderawasih
Belek belek arkib gambar dalam pc ofis, terjumpa satu blog header lama yang pernah aku buat dulu, ia mengingatkan kembali zaman aku masih bertatih dalam dunia blogging ni.Kalau tak silap aku dah mula ada blog sejak tahun 2003, tanya cik Maryam dan aida azura kalau tak cayer.
aku nak tunjuk bukti pon takde, sebab dah delete blog Cenderawasih tu (kenapa la aku delete..nostalgia tu ), yang tinggal cuma header blog sahaja. Zaman tu mana ada Photoscape..letak huruf pon pakai Paint je, time aku buat dulu rasa dah cantik sangat, sekarang bila tengok balik..mak aih huduh gila, logo love bersayap tu milik band Dewa (fanatik dulu), itu bukan burung cenderawasih ya, entah mana punya gambar burung aku sebat, mungkin itu burung twitter.
UPDATE!
Terima Kasih kepada Saudara Firdee.net kerana telah menjumpai, arkib blog lama aku, menggunakan kaedah Wayback Machine
jom melihat langkah pertama aku ke dunia blogging nih
Tahniah Liverfool 2-0 MU
Manchester United= Telur ayam
Liverfool= Toreh & Touch N'Gog
Malam tadi aku leh kawal lagi emosi n rileks, tapi pagi tadi..bila pikir balik rasa macam bodoh pulak MU kalah dengan team yg banyak masalah, dah kalah 4 kali dan kalah sebab bola beach ball. Terkubur sudah nak kasi hadiah kalah kali ke 5.
Padan muka MU, seronok betul tengok fool raikan kemenangan, macam menang Piala Malaysia jer, team Chelshit pon sama baru beza 2 mata kat atas liga dah bising macam kera, takpe liga masih panjang, season lepas kalah 4-1 dengan fool pon rileks je MU masih Champion haper.
Ok dah lah tu MU.. salahkan team sendiri, sendiri main tak score, sendiri defend kucar kacir, sendiri midfield tak assist jangan nak salahkan bola beach ball yang fans United bawak pulak.
Atok Fergie pasni beli player baru jangan kemut, jual Babitov tu pon takpe, gua dah benci.
Kat bawah ni aku ada sedikit ole-ole untuk Fans Liverfool, terimalah penghormatan dari kami.
Mascherano nak enterframe jugak, Rafa nanti ko jual mahal sikit mamat ni kat Barca
Fakta atau Auta= Down gila aku hari ni, biasa kutuk team orang berbakul-bakul, nah sekarang merasa habuan ko pulak Rjuna wakaka, Cool bebeh it just the game
Tokong dan Menteri Besar
Masa solat Jumaat di Masjid Kg Pasir Panjang (kawasan Nizar) semalam, aku ambil 1 pamplet mini yang diedarkan kepada orang ramai, bila di baca rasa pelik pulak bila tengok pemilihan lokasi dan jawatan penceramah, aku bersangka baik mungkin tersalah taip atau memang disengajakan.
Apa jadah buat perjumpaan kat Tokong?, dewan dah takde ke nak sewa? dan setahu aku la kan Menteri Besar Perak sekarang Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir
P/S: Aku tak sebelah mana-mana pihak ok, aku pengundi Parti Atas Pagar
Hantar gambar ke twitter guna handphone
Kuci Kuci Kuci Abang Juju in da blog!! , ya tibalah masanya abang juju nak kongsikan kepada anda tutorial ajaran2 sesat untuk dikongsikan bersama ya
Ada sesiapa belum ada akaun Twitter dan Facebook angkat ketiak, wah ramainya masih belum ada, ketinggalan zaman la korang nih, twitter dan facebook dah jadi fenomena sekarang.
Apa itu twitter? Twitter ialah burung pipit kah kah lawak jer, nah abg import tutorial Twitter dari abang Khai yang hensem, cara-cara nak guna twitter untuk newbie ( cara cara bermain burung wakaka)
Tutorial Twitter part 1 | part 2 | part 3
Aku pun ada tulis pasal twitter dulu, korang bukan nak try pon huh Twitter..poyo biar pada tempatnya
Facebook takde tutor ke Bang Juju? takkan tu pon abang juju nak ajar dik oit, abang ada Buku 5 jer..nak ker, ok gi daftar sana Facebook.com , pastu add la kawan2 yg dah ada facebook nanti ko akan paham dengan sendirinya
Ok berbalik pada camner nak hantar gambar ke twitter guna handphone, ni kira nak buat setting awal la
1. Pergi ke website Twitpic.com, login username id n pasword asal twitter anda
2. klik Upload Photo..kalau nak upload gambar terus melalui pc/laptop dah boleh dah, letakkan sedikit message di bawah gambar.

3. Ok perhatikan alamat email yg aku blur-kan tuh, setiap orang akan dapat email twitpic yg berbeza, so rahsiakan email tu dan save dalam contact handphone anda.
4. Now anda, di lokasi luar rumah, internet takder, ada gambar yang nak korang share bersama follower twitter dan rakan facebook, snap gambar tersebut dan MMS kan ia ke email twitpic korang tadi
5.Taraaa, gambar yang korang snap tadi kini dilihat sama oleh rakan-rakan dan follower, BTW mms tu kena bayar la sen sen jer nak free upload guna pc je jimat.


6. OK Selamat Mencuba dari Abang Juju

P1 memulakan perang ini dengan iklan potong kabel telefon, ok kabel telefon siapa lagi kalau bukan TM, dan kabel kaler oren (warna korporat Streamyx) kah kah, bagus juga ada saingan, monopoly Streamyx harus dipecahkan, agar ia tak jadi barah ke seluruh negara.