Article

Nad punya tag

Aku berada di kafe siber lagi (kes kecurian kabel), 15hb janji elok dibaiki, siap ada nombor report lagi, tapi hidup² gua di-tipah oleh operator TM, yang curik kabel lagi usah citer la, memang pukimak, siap la kalau aku jumpa, nih rasa nak join Rukun Tetangga nih

Ok mari jawab tag dari si Nad ni dengan aura kemarahan tahap 78 petala langit.

1. Anda rasa anda HOT?
Huh memang hot la tak hengat, ko tanya hot apa nih, Hot Fm gua jarang dengar, untuk soalan ni aku pinjam tagline XFm (xfresh) Kami tak Hot kami Cool :cool:

2.Letak gambar kegemaran anda

abang debab yg kool, cute kan

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Kerana aku rasa aku comel di saat itu, gambar ni di ambil saat nak pulang beraya di kampung tahun 2008, baru baik demam, tapi steady jer drive toyota passo merah tu balik Johor hehek

4.Bila kali terakhir makan pizza?
Eh kenapa lari topik nih, cis haha, last makan pizza awal tahun 2009 kot, makan sorang²,  sensasi delight rm7.95* sebelum cukai hihi, tak syok arr makan sorang beb, mana awek gua nih, hmm :cry:

5.Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
Korek hidung sambil membelai burung, nasib baik awek cun kafe siber sebelah gua tadi tak nampak sebab dah balik.

6.Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
kalau awek biasala, Abang, Sayang, Kanda, Abe Jamil, Bang, kalau laki panggil camni aku lempang, kalau laki sila panggil Encik Jamil, Jamil, Abang Debab, atau Samseng.

7. Soalan dari diri sendiri= Apa yang paling anda benci dalam dunia nih?
Aku tak dapat berkompromi dengan PENIPU, Kaki Kelentong, Talam dua muka, orang munafik, walaupun orang tuh ada alasan baik sekalipun, aku mungkin hilang hormat dah lepas tuh.

8. Sebarkan Tag ni pada 6 orang kawan anda
Hazizy, Ejoy, Apek, Maryam, Kak Kasih, Azmil

Selamat menjawab tag dari ku kawan² , ok Nad aku dah jawab tag ko, sila hantar sekotak choki-choki yang besor.

Leave a Comment

Article

Jangan Tegur

jangan-tegur

Masa sekolah asrama dulu, kawan pernah nasihat, kalau nampak apa² atau bau² yang pelik jangan tegur, dikhuatiri syaitan atau jin akan mengekori kita pulang, nasihat aku kalau jumpa benda pelik² tengah jalan, jangan balik ke rumah dulu, singgah la minum² sekejap pastu baru pulang

Sabtu lalu aku pergi menonton filem Jangan Tegur, bosan duduk rumah beb hujung minggu, tengok wayang la kita sorang², awek takde, kawan pon cam bz, so lebih baik nonton sendirian, bebas, dapat duduk sebelah awek hahaha

Kisahnya seorang wanita kampung bernama Baizura (Nadia Mustafar) telah dirasuk makhluk halus, setelah pulang menjenguk ibunya yang telah meninggal dunia, gadis itu kemudian telah hilang dari kampung entah kemana setelah cuba dipulihkan orang kampong

Dalam kisah lain pula, Natasya (Julia Ziegler) telah kemalangan jalanraya, kerana mengelak 1 kelibat yang melintas di hadapan keretanya, akibat kemalangan itu dia koma, setelah sedar dari koma dia mengalami halusinasi dan dihantui mimpi seseorang bernama Baizura telah datang kepadanya, Baizura seolah-olah ingin memberitahu sesuatu tentang dirinya.

Filem ini penuh dengan elemen kejutan dan suspen, seram jugak bulu-bulu roma badan aku bila tengok haha, paling seram babak Julia di ganggu dalam hospital, fuh sunyi satu pawagam kejap beb, menunggu kejutan dalam ke-seram-an, sekali.. tu dia nala.. kepala hantu terjojol wooo hui

Apalagi menjerit la kaum wanita 1 pawagam, siap ada melatah pon ada, kelakor pulak jadinya, yang laki senyum2 gelak macam aku, padahal dalam hati cuak gak tadi

Babak Baizura kena rasuk sampai muka biru tu pun seram gak, cam real jer, kena rasuk memang muka jadi biru ya

Apa yang berlaku pada Baizura? Mampukah Julia mengatasi masalahnya? Anda perlu saksikan sendiri.

bagi aku ini filem ini telah berjaya menyeramkan aku sekejap dan cara olahan jalan ceritanya juga menarik

Rating= :up: :up: :up: ( sesuai bawak awek sekali kat panggung, dapat kena peluk wahaha)

*Updated= Gua dengar David Teo sampai eksiden, tuh dia wa sulah cakap jangan tegur lu degil :evil:

p.s= update di kafe siber, line telefon gua di curi maling :eek:

Leave a Comment

Article

Kasi lawa Musang Berapi

Bosan kan kalau tengok browser web kita asik sama je tiap hari, dalam desktop aku memang ada browser lain macam Opera, Google Chrome dan paling kuno Internet Explorer 6 (masih guna Win XP),

Kalau diberi pilihan membuat perbandingan semua browser ni, Firefox adalah pelayar web terbaik masa kini.

Tapi hari ni aku nak tunjuk korang sekarang firefox dah boleh tukar skin pelayar nya, kool bukan? Nak cuba? meh aku tunjukkan caranya..

musang-berapi-tukar-kulit

{klik gambar untuk skodeng}

1.Mula-mula pergi website ni www.getpersonas.com

2.Install add-on klik Get Personas for Firefox-Free

3.Restart firefox dan pergi balik getpersonas.com

4.Pilih theme mana yang korang minat kat Gallery, pastu klik Wear This pada skin tuh, syabas hehe :smile:

Pada yang terer design leh la cuba submit design korang dalam GetPersonas, klik kat bahagian Create Your Own.

Kini pengguna Internet Explorer 6 ada sebab untuk bertukar ke Firefox,

p.s= IE6 pelayar ranking ke 2 banyak melayari blog aku nih,  Firefox 3 di ranking pertama :cool:

Leave a Comment

Page 40 of 78« First...102030...3839404142...506070...Last »