HP Mini 210 (Black Dahlia)

May 8th, 2010 27 comments

Niat nak menggantikan laptop lama bang Juju kepada yang baru kini termakbul sudah. dan entri ini secara rasmi telah diupdate menggunakan netbook HP Mini 210 ni, so sempena itu, hari ini aku namakan ia sebagai Black Dahlia.

Beli masa PC Fair semalam, sebelum beli kita round-round dulu 1 dewan pameran kasi survey harga, dan petang nya secara gamble aku pergi beli, yeah amacam? hitam itu menawan kan, nasib baik kaler pink/putih takde, tidak dah sambar color tu dulu, pink? woot!

Kenapa beli netbook?
Sebab ia kecik, kiut, gaya, mutu, keunggulan, rasa cam pegang iPad, jadilah nak update blog jer pon kan? sambil-sambil tu login facebook dapat Rm100 wakaka,

bila dah guna netbook ni rasa macam jatuh cinta selepas kahwin pulak, eh bila ko kawen ni juju, pandai jer dia menggoreng ayat. takde la, masa beli tu takut juga kalau tak menepati citarasa, bila dah cuba-try-test baru terasa aura WOW tu datang, best juga barang HP ni.

kalau tanya aku apa yang aku suka tentang netbook ni, of coz design dia, keyboard comel dia, skrin dia, surf web laju n smooth jer, takde crash dah, yela barang muda la katakan haha

yang tak best pasal netbook ni yg aku nampak, dia takde CD driver (software HP), dan kena beli external DVD writer kalau nak play/burn dvd/cd, tapi tu semua bagi aku takde hal pon, dah lama gila tak beli dvd pirate, semua movie/drama sedut kat internet jer

ok ni spesifikasi netbook HP Mini ni, cekidaut..

HP Mini 210-1003TU
Intel Atom N450 processor (1.66 Ghz)
250GB (7200RPM) hard drive
1GB DDR2 SDRAM
Intel graphics GMA
Genuine Windows 7 Starter
6 cell battery Li-ion
Harga: RM 1299

p/s: Matila ada orang jeles pas baca entri ni, pastu makin bertambah la hutang kad kredit aku pasni huhu, cinta perlukan pengorbanan kan Black Dahlia?


Kenali Handphone cap ayam

May 1st, 2010 55 comments

Berberapa minggu lepas ada pameran jualan henpon & kamera murah di tempat aku, ingatkan leh la rembat blackberry/Nokia 5800XM satu (kalau murah) sekali yang adoo, henpon made in china yang banyak dijual. Gampang.

Memang ada beza antara yang ori dan klon, jangan mudah tertipu, kawan², camner nak tau tu hah mari kita skodeng..

Blackberry yer baaang

1. Harga mak-aii Murah Gila ya amat
Kalau penjual yang baik dia akan bagitau, ini bukan ori encik, tapi biasanya diorang akan bantai cakap ini AP Singapore la, AP China la, AP Zimbabwe la, pelbagai cara diorang akan buat untuk anda terpedaya, tapi paling bangsat kalau diorang cakap ini henset ori, tapi jual harga original (biasanya yg jual on the road= beware)

2. Bentuk 100% sama tapi dalam of coz TAK SAMA
Sebagai pengguna yang bijak korang kena tau serba sedikit tentang henpon yang nak dibeli tu, apa aplikasinya, bentuknya, color henpon tu. Surf website pengeluarnya, lihat video di youtube bagaimana henpon tu berfungsi dan ulasannya

3.Perhatikan Tulisan Brand henpon
Masa beli cuba perhatikan tulisan pada henpon/kotak, selalunya klon ni dia tiru sejibik macam yang ori, tapi ada kes macam dulu Nokia jadi NOKLA, Sony Erricsson jadi SCNY ERICSSON/Suny Ericssom, Blackberry jadi Blueberry (kah kah ini kes lain)

4.Dual Sim Kad siap ada TV & WIFI bagai
Henpon klon memang dicipta sebegini untuk menambah tarikan kepada pembeli, padahal bukan best sangat pon feature tu, kalau MEMANG nak beli yang klon silakan, tapi kalau nak yang original, wifi mungkin ada tapi TIDAK untuk TV dan support dwi sim kad, jarang henpon Ori ada TV+ Dual Sim.

5. Cepat rosak dan tiada warranty sah dari penjual
Kenali pengedar sah jenama henfon terkemuka, Nokia pengedar sahnya ialah Zitron dan Avaxx, Sony Ericsson= Midland & Thorus, Samsung= FMG, henpon AP (Approve Permit) set selalunya ada warranty dari kedai itu sendiri,

Kalau henpon klon, nak warranty apa barang der? sebab tu elakkan membeli dari pameran handphone, online, mahupun individu tidak dikenali.

6. Kalau jual secara Online biasanya ditulis ALIKE atau LOOK ALIKE atau Replica
Elakkan berurusan dengan web jualan berisiko seperti Mudah.my di forum², laman sosial dan blog, sebaiknya beli dengan pengedar sah yang ada kedai, kalau pikir balik memang mahal sikit, tapi biar puas hati dan menang memakai bro, kalau beli cap ayam hati rasa tertipu, jiwa kacau, sudahnya henpon tu buat baling anjing, anjing pon tak mati.

Sama tapi tak serupa

Kalau anda rasa info yang saya tulis ini berguna, sebarkan/share pada teman² lain, sedih melihat bangsa sendiri tertipu, kerana henpon klon ini.

Kawan aku beria cakap telefon dia beli tu ori, tapi bila aku tengok..laaa klon rupanya, aku cuma senyum tapi dalam hati ada taman.. KESIAN, hidup² ditipu.


Update status Twitter ke Facebook

April 24th, 2010 25 comments

Twitter dan Facebook sudah diibaratkan adik beradik, rugi la kalau korang tak manfaatkan kedua-duanya sekali, ia menjimatkan masa korang sebenarnya,

contohnya bila nak update status, tak perlu login ke dua² akaun untuk update, guna akaun twitter jer cukup, lagi best kalau akaun twitter korang dah setup leh update pakai sms, lagi pantas.

Dulu bila orang tanya kat aku camner nak update status twitter ke facebook, aku akan jawab dengan sambil lewa jer, klik je la VIA TWITTER kat status tu.

Dengan harapan orang tu akan explore sendiri, sekali bila test sendiri, huh ada masalah rupanya aplikasi twitter yg asal tu, tak dapat nak login, siot punya twitter asli (mungkin dah ramai sangat yang guna kot)

jadi aku pon mencari alternatif lain, dan terjumpa lah aplikasi seperti dibawah, jom kita lihat hasil ujian yang telah dilakukan.

+ Selective Tweets
Semata² nak mencuba aplikasi ni, Juju terpaksa berkorban dengan membuang aplikasi asal twitter di facebook.

kelebihan= hanya status tweet yg ditanda #fb akan di update ke status facebook, sesuai untuk yang suka chat kat twitter

kelemahan= setelah lebih 10 minit try tweet dgn tanda #fb, status Juju tidak muncul sampai ke sudah, Lembab nak mampos.

+ SupaSync
kecewa dgn Selective, kemudian aku cuba pula aplikasi superhero burung twitter ni

Kelebihan= entah tak tau, status biasa pun tak keluar apa cerita? katanya sesuai buat korang yang privacy kan akaun twitter..

Super konon..hak tuih

kelemahan= sama macam selective, status tak update sampai ke sudah, tak tau dimana silapnya. Booo sama dia.

+ Smart Twitter (Recommended)
Akhirnya jumpa aplikasi lain yang cool ini, memang smart lah ko, pantas & cepat jer dia update status twitter ke facebook, rasanya kalau lumba siapa lagi pantas update ke facebook, app ni menang kot,

semua tweet korang yang asli tanpa RT, @ ataupun hash # tag tidak akan di update ke facebook, sebab nanti ada orang kutuk ko spam wall facebook pulak, kalau taknak tweet di update ke facebook just taip #t (contoh), dan tweet korang tidak dipaparkan

+ Yakket (Recommended)
Aplikasi ini telah diuji dengan cemerlang oleh aku sendiri, amat sesuai kalau korang ada masalah dengan Selective Tweets, app ni boleh mengawal status ke facebook dgn meletakkan keyword #hash tag contoh= #fb , berikan masa 1-2 minits delay.

Diharap info aplikasi facebook diatas dapat membantu korang memilih aplikasi yang sesuai dengan jenis tweet korang, ingat..jangan SPAM wall kawan anda dengan status korang, update yang penting jer sudah.

Masih belum ada akaun twitter? sila daftar percuma saja, pastu follow Abg Juju yang hensem ni @rjuna

kalau ada sesiapa nak cadangkan aplikasi lain, sila bagitahu di bahagian komen ya TQ :)