Mahu jadi komando? Pikir 8 kali

Ada orang kata jadi tentera ni loser, tapi aku tetap suka dan bangga, apa taknya ayah aku sendiri seorang bekas tentera, pernah jugak masa sekolah dulu ada hati nak jadi komando, pengaruh filem Rambo kuat masa tu.

Badan tegap, muka celoreng, hanya dengan sebilah pisau, korang mampu hidup berdikari di hutan, memporak-perandakan musuh, hidup dan mati hanya diabadikan buat bangsa dan negara. Itulah lah kebolehan seorang komando, tapi tahukah anda bagaimanakah seorang komando dipilih dan di lahirkan, mungkin Malaysia perlu menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai dunia komando ni, dulu Majalah 3 pernah buat sikit.

Kalau korang rajin godek² youtube, dapat la lihat sikit bagaimana diorang di rekrut untuk masuk ke dalam skuad khas itu, dibiar dalam hutan berminggu-minggu, badan disalut lumpur, makan beruk panggang, berkubang dengan lumpur malam hari. Pendek kata mimpi indah hanyalah semalam.

dan video di bawah hanyalah secebis latihan yang cuba di politikkan, video di bawah adalah latihan asas bagi menguji seseorang komando jika ditawan pihak musuh, adakah musuh akan membelai manja tawanan? dan bagaimana kalau rahsia seluruh skuad di ketahui pihak musuh? Saksikan..

video komando di dera

Sedut video ini dalam fail 3gp | Flv

Kredit Screenshot= Syahril A.Kadir

Cinta Messenger

Ozi (Shaheizy Sam) seorang jejaka obeisiti, walaupun punya kerjaya sebagai ketua programmer di syarikat IT abangnya Aman (Rusdi Ramli), dia ada masalah untuk mendapatkan teman wanita gara² saiz badan nya yang gemuk.

Kasanova XXL

Kerana malu dan kurang yakin pada diri, dia mencari awek di laman sembang seperti YM. Yang kelakornya si Ozi ni, sanggup gunakan gambar abangnya yang hensem sebagai umpan untuk mengorat awek di internet, ate macam² la nama awek yang lekat, Mila Vanilla la, Siti Esmerelda la, dan paling latest Merpati Blu.

Jenuh la abangnya pulak kena terkam dek wanita² yang tak dikenali, dan terbaru abangnya kena menyamar jadi Ozi berjumpa awek idaman dia.

Bila tengok siri drama ni  teringat kisah lama aku di YM. tersenyum aku sendirian, walaupun aku bukanlah kasanova macam Ozi tu, tapi tak tergamak pulak nak kasi gambar orang lain menggantikan aku, sebolehnya jujur la bila berkenalan di internet, anda tak rugi apa² atau menyusahkan orang lain, jadi lah diri sendiri,

Pada yang badannya mantop macam aku dan Ozi, jangan berasa rendah diri dengan kelemahan ini, sebenarnya ia satu anugerah dari tuhan yang tidak kita sedari, cuba bayangkan kegemukan anda sebenarnya adalah cermin untuk melihat sejujur mana kawan² anda berkawan, seikhlas mana kekasih anda menerima anda seadanya. kalau mereka tak dapat terima sah itu bukan kawan/kekasih, pasti ada niat lain. hemo-hemo dah macam pakar motivasi la pulak .

Khas untuk pembaca Rjuna.net aku kasi korang ringtone henfon macam Ozi dalam drama ni hehe selalu kasi mp3 je kan, kali ni kita tukar sikit, selamat menyedut.

Nada Dering Ozi Kasanova XXL= Baby Bash Cyclone

*Saksikan Kasanova XXL setiap Selasa jam 11 malam di TV3, leh nonton di youtube, mahupun di website tv3 kalau tertinggal.

Klik sini untuk menonton episod yang telah lalu dan terkini (youtube)

Pesanan penaja= Sebenarnya aku lagi suka kalau Afdlin Shauki yang pegang watak Ozi tu, lagi natural kegemukannya, citer ni cam citer Betty tu kot, last last Ozi ni kurus dan hensem hehehe kasi spoil mood korang.

Lompat si Najib Lompat

Sempena 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, akhirnya dicemari drama politik+tikus, oh inikah hadiah kamu buat sultan ya.

Aksi lakonan dimulakan dengan babak Adun Bota Datuk Nasaruddin (Be End) tiba² melompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Januari 2009, suka lah Pakatan Rakyat (PR) kerana sokongan nya bertambah kukuh dengan 32 Kerusi DUN, Be End tinggal 27 Kerusi, negeri Perak  semua ada 59 kerusi jer.

Bagaikan adegan filem Cicakman, tiba² keesokan harinya Dua Adun  Pakatan Rakyat (PR) tiba² je lesap, hilang tanpa khabar berita, ada kemungkinan besar ke-dua² Adun itu telah di klon oleh Profesor Najib Klon

Fakta: Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Kapten (B) Osman Jailu sebenarnya masih dalam kes tuduhan Rasuah Seks, patut la Profesor Najib Klon suka (ada dua anak murid baru ya)

“Nanti kita kasi cancel tuduhan rasuah tu ya anak murid ku” kata Profesor Najib Klon.

{Klik sini untuk teruskan membaca}