Article

Misteri Topeng Putih

Antagonis= watak jahat/hitam/ganas/makan budak/gagah perkasa

Protagonis= watak baik/hero/pembela/skema/suka cium awek cun

Dalam filem atau drama watak Antagonis tak semestinya jahat dan Protagonis tak semestinya adiwira, kali ni aku senaraikan watak jahat dan baik yang menggunakan topeng putih sebagai medium untuk menyembunyikan identiti misteri mereka,

sebab apa mereka sorok identiti? hah.. itu yang kita tak tahu, mungkin..
-sebab tak hensem
-muka jerawat/muka pecah rumah
-inginkan privacy
-takut kena selsema babi
-mereka berwajah jambu auww.

{paiseh panjang sangat lah pulak, klik sini yer adik manis}

Leave a Comment

Article

Kenali robot-robot dari Transformers 2 Revenge of The Fallen

“Transformers..More Than Meet the Eye”

Filem yang paling ditunggu tahun ini hampir tiba, Transformers: Revenge of The Fallen, sebuah filem untuk mat-minah robotik dan pecinta Megan Fox hehe.

Aku telah menyenaraikan nya sebagai filem wajib tonton tahun ni, sila tempah-beli tiket awal-awal geng, berebut orang nak tengok ni, jangan hari tu nak tengok haritu nak beli, alamat beratur panjang la korang,

Sebelum pergi menonton apa kata meh berkenalan dulu dengan robot-robot dalam filem ni

Autobots

1.Optimus Prime (Peterbilt Truck)
Yang ni siapa tak kenal memang nak kena la tu, Ketua bagi pihak Autobots, dalam trailer kelihatan Optimus melawan robot paling besar Demolishor (yg tayar besor bapak tu), baru perasan tangan Optimus dah ada pisau

2.Bumblebee (Chevy Camaro 2010)
Robot yang ditugaskan menjaga Sam Witwicky di bumi, sangat setia.

3.Ironhide (GMC Topkick)
Pakar senjata berat Autobots dan agak baran

4.Ratchet (Hummer H2)
Robot perubatan untuk Autobots

5.Sideswipe (Chevy Corvette Stingray Concept)
Robot ni cam ganas tangan ada pisau, tapi yang tak tahan kakinya ada roda, terus rasa ganas tadi bertukar menjadi lawak.

6.Arcee (Motorsikal pink)
Robot berjantina perempuan pertama yang merubah menjadi motorsikal kepunyaan awek Sam, Mikaela, badan Arcee dikatakan boleh bertukar menjadi 3 robot

7.Jetfire (Jet SR-71 Blackbird)
Bekas ahli Decepticons yang berubah menjadi baik, robot paling tua dalam Transformers, dikatakan akan bergabung dengan Optimus Prime

8.Jolt (Chevy Volt)
Robot baru dalam autobots, (tidak banyak fakta dinyatakan tentang robot ini)

9.The Twins=Skids & Mudflap (Chevy Beat & Trax)
Dua robot kembar yang berperangai keanak-anakan, suka bergaduh hal yg tak penting dan bodoh-bodoh alang.

{jom kenali Robot Decepticons pulak}

Leave a Comment

Article

XOX 010 FUN, untuk cina je ke?

Telco baru..telco baru

SayTweet badge

XOX Com Sdn Bhd telah melancarkan produk sulung mereka iaitu Pek Sim Prabayar XOX 010. Prabayar ini disasarkan untuk komuniti remaja berusia 13 hingga 28 tahun.

Dengan menjalinkan kerjasama bersama Celcom, XOX menawarkan liputan meluas ke seluruh negara, kadar bayarannya juga dilihat mampu bersaing dengan telco sedia ada, baik dari segi sms, mms, gprs mahupun 3G.

Cuma yang menjadi persoalan ialah, benarkah prepaid ini hanya dikhaskan oleh komuniti remaja cina sahaja? sebab tengok logo pon ada tulisan cina, kalau itu dah target pasaran XOX, kami kaum lain tak kisah, XOX la rugi, sebab menghadkan pasaran kepada 1 kaum sahaja.

testing

Apa yang di tawarkan XOX 010?

-Sim Pek RM8.80 anda dapat RM89 Percuma (Free 1200 sms x 7sen plus Air Time RM5)
-Call Family n Frens 8 orang tak kira telco apa RM0.20/min

xox prepaid rate

Mana nak dapatkan pek sim ni?
Yang ni tak di beritahu dalam website XOX, mungkin masih baru dan dalam perangkaan mencari dealer yang berminat, berminat jadi pengedar sila hubungi dealers@xox.com.my atau di talian 1 300 888 010

Maklumat lanjut sila rujuk www.xox.com.my

p/s= sesiapa nak buat telco baru lagi..015 masih kosong, jom pakat dengan Ananda Krishnan pulak :razz:

Leave a Comment

Page 34 of 78« First...1020...3233343536...405060...Last »