Article

Kenapa Rjuna tak update?

Akhirnya update jugak blog abe Rjuna nih, mesti berjanggut u olls tunggu kan?

Bukan apa I  sebenarnya busy yang teramat sangat, kekadang kul 7pm baru sampai rumah, peh gila kerja I sekarang, biasala cari makan dik non, mak ni pon nak kawen gak nyah gebus oit (kah kah keluar ayat keji) :lol:

Meh sini Mak nak show off bisnes baru yang mak buat sekarang, memang malatop & mantop u, dik non yang nak join silakan..ada mak kesah haha

{dik non belum habis lagi la..baca lagi sini}

Leave a Comment

Article

Warning: Low Memory (Firefox 3.5)

Hai bertemu lagi :)

Kali ni aku nak menceritakan tentang masalah yang berlaku di browser firefox aku dalam seminggu yang lepas.

Untuk pengetahuan korang Firefox adalah browser kesayangan aku, sebelum ni takde masalah pon yang berlaku, pelayar ni berkhidmat dengan penuh cemerlang hingga tersebut-sebut dalam mimpi.

Tapi bila sudah upgrade ke versi 3.5 ni dia mula buat perangai, dah la twitterfox dia buat perangai haritu, sekarang dia pulak nak bermanja dengan aku, hei masalah betul, asal bukak web page yang berat sikit & ada javascript dia mula bagi warning macam kat bawah ni, bukak Redtube takde pulak dia warning, pelik sungguh.

warning low memory

macam-macam cara dah aku buat, check virus, buang cache & cookies sampai tahap uninstall delete pastu Install balik Firefox pon, warning diatas masih muncul mengganggu, stress pon ada sekejap, korang ada cara tak nak tasi masalah warning tu?

Kerana Firefox mula merajuk, kini aku mula berjinak-jinak dengan Google Ghrome dan Opera

Hasil Ujian aku mendapati

Firefox 3.5 (26.34mb) = Telah ditambah fungsi Tab macam Chrome, masih laju dan safety cuma ada masalah macam aku cerita diatas, hope mozilla dapat fix kan problem tu (atau aku punya laptop jer yg problem ni?)

Google Chrome (59.83mb) = Agak berat bila loading, sesuai untuk pc or laptop yang ada memori atau RAM yang besar, browser ni aku simpan je kalau ada keperluan.

Opera 9.64 (6.06mb) = Aku mula jatuh cinta dengan browser ni, pantas, ringan dan tak banyak songeh, mungkin aku akan beralih guna ni kalau firefox masih problem. Kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama kami jadi…sambung sendiri hehe i like :up:

Internet Explorer?= Lupa pulak haha sebenarnya aku dah lama tak guna IE, IE6 masih lagi ramai yang guna, sila bertukar ke IE7 or IE8 ya, ingat siapa guna IE6 buntut dia kurap.

Korang ada masalah cam aku tak? atau nak offer browser lain Safari ke Maxthon ker Flock jangan segan-segan nak komen di bawah  ya, buat cam blog sendiri yay!!

Updated : Masalah firefox 3.5 sudah selesai kalau korang mengalami masalah macam aku diatas, di bawah ini ada cara mengatasinya, kalau Firefox selalu crash pon leh cuba, ikuti langkah di bawah

Pergi Control Panel–> System–> System Properties–> Advanced–> Performanced–> Setting–> Performance Option–> Advanced–> Virtual Memory–> Changed–> Custom Size–> Tukarkan yg default Maximum Size kpd 1024mb atau 2048mb

virtual memory low solution

Selamat Mencuba :kiss:

Leave a Comment

Article

Diari Rjuna: Aku Pemalas

Hai pembaca sekalian, rindukan aku tak hehe, rasanya tak perlu mintak maaf kot, korang pon dah tau kenapa aku jarang update blog ni. Sebab apa? sila baca tajuk diatas kuat-kuat hehe

Masa sekolah rendah dulu aku ada seorang cikgu India ajar BI, selalu kena piat perut dengan dia sebab tak siapkan kerja sekolah yang dia bagi, tau apa dia tulis kat buku sekolah aku..LAZY besor-besor dengan pen merah+telinga kuali ?

Waktu sekolah menengah aku tak suka mata pelajaran Matematik, punya la tak suka sampai aku tak buat pon latihan yang cikgu berikan, merasa la berdiri atas kerusi sampai habis kelas, siapa suruh malas padan muka aku.

Waktu dah kerja pon penyakit malas tu masih ada, malah makin menjadi-jadi pulak, apatah lagi kerja aku yang setiap hari online di internet, mengulat jer kerjanya sampai kena sound dengan big boss, sekarang ni cam dah ketagih main Mafia War di facebook har har astaga padahal bukan best sangat pun.. saja nak bermalas-malasan, jangan tiru di pejabat ya adik-adik, nanti Don Rjuna belasah lu orang

jatuh saham bujang aku ni cerita perangai buruk sendiri dalam blog, takpe bukan ada awek manis nak ngorat pun, jangan bimbang sifat malas aku ni macam perempuan datang bulan jer, kadang-kadang jer, time angin rajin dia rajin sangat.

Ayat yang aku selalu gunakan ketika malas= Blur lah beb, Takde Mood la, Bosan nya harini

Korang ada Tips atau Petua menjadikan Rjuna rajin dan tidak malas lagi sila komen di bawah ya, bantu lah aku berubah kepada Rjuna yang lebih baik :up:

Leave a Comment

Page 33 of 78« First...1020...3132333435...405060...Last »