Article

Asas membuat banner GIF

Tutorial ini telah diminta oleh saudara Mohd Isa, haritu dia ada buat pertandingan buat banner, aku tak sempat nak join, hope apa yang aku akan kongsikan ni dapat di manfaat bersama.

Apa yang aku tunjuk ini simple sahaja, kalau korang dapat tangkap dan kreatif, korang boleh buat lebih gempak dari ini.

Bahan-bahan yg diperlukan
- Software Photoscape
- Gambar background
- Font yg sesuai

1. Sediakan gambar background untuk banner (bedal aje wallpaper yg cun)

2.Pergi ke Photoscape–> Editor

3. Untuk tutorial ni kita akan buat size 125 x 125, Resize gambor background tadi kepada size ini

contoh size banner 125x125

4.Dah siap Resize.. sila buat copy background tadi dalam 2-3 keping

5.sekarang mula letakkan huruf atau gambar, ok contoh aku dah buat bawah ni, pepandai korang la nak adjust design korang nanti

Rjuna banner tutor riang rjuna tutor banner rjuna banner cun

6 Pergi ke Photoscape–> AniGif

ANiGif Rjuna dot net

7. ok seret design korang tadi ke tempat kosong, lihat semudah ABC jer kan, set kan masa, set kan efek..wokeh dah siap Taraaa!!

rjuna banner tutorial

Banner kalau dah siap leh la upload ke hosting sendiri atau boleh guna khidmat Photobucket/Imageschack

Untuk code-copy-paste kat atas ni link dia.. korang edit nanti ya, tang nak buat kotak tu hangpa kelik kat blog Abg Juki ni (sorila textarea wordpress ada masalah pulak)

Aku harap tutorial ni dapat bantu korang buat banner sendiri pasni, kalau ada masalah komen dibawah, kalau awek kontek je ym, kalau lelaki jerit kat shoutbox ya hehe :razz:

Leave a Comment

Article

SETEM: Jilat.. Lekat.. Pos.. Hilang?

Apa korang akan buat kalau korang memilikki setem bernilai USD 4 Million (RM 14 Juta)?

setem 2009
www.setemmovie.com

Cerita bermula bila sekeping Setem kepunyaan Gabenor Melaka (Lord Arthur Baring tahun 1847) telah di bawa kembali ke Malaysia oleh generasi nya Charles Baring.IV.

Setem Baring tersebut dianggarkan bernilai USD 4 Juta, lantaran nilainya begitu tinggi ramai pihak yang berminat mahu mencurinya termasuk Geng Anak Yatim, Geng Tosai, Geng Piranha, Geng Bakso dan Yang Teraniaya

{kelik sini untuk baca lagi..adik manis}

Leave a Comment

Article

Rjuna.net Butang Banner

Hari ini dalam sejarah

Secara rasminya kawan melancarkan banner rasmi untuk blog ini. Kalian boleh kopipes butang banner di bawah ini ke blog kalau suka, kalau tak suka?.. jikalau orang tak suka tak apa–eh eh karok pulak dia.

Kawan buat butang banner ni guna software Photoscape sepenuhnya, dibantu artikel tutorial dari blog Marzuki Jalil (psst juki kawan nak iklan free di blog kamu boleh tak? keh keh),

banner dibawah ni akan digunakan untuk tujuan promosi blog ini. mungkin kuar modal sikit kot beli ads spot kat web/blog yang punya trafik lebat. Ini juga salah satu dari kaedah menjana trafik pelawat ke blog anda.

Kalau ada sesiapa yang nak exchange banner blog, boleh komen dibawah atau klik ke ruangan contact diatas, banner korang mungkin akan diletakkan di ruangan kosong di bawah sana, di ruangan links atau mungkin di kawasan antara artikel dan ruangan komen sana, eh berapa banyak mungkin daaa.

Setakat ni format iklan size 125 x 125 atau 175 x 80 atau 80 x 31 sahaja diterima, trafik blog ini pun tak lebat sangat jadi buat masa ini kawan tak kenakan bayaran pun.. FREE jer (Terhad untuk banner blog sahaja, bukan banner bisnes ya)

So apa komen korang mengenai butang banner dibawah ni, burok ke, lawa ke, terlampau hyper ke sila komen jangan malu-malu yer.

Jom exchange banner :suka: :kiss:

Leave a Comment

Page 32 of 78« First...1020...3031323334...405060...Last »