Article

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Syukur kita di pertemukan lagi dengan Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan yang Mulia ni teman nak mintak maaf la kat korang semua para pembaca Rjuna.net yang ku sayangi,

mana yang terkutuk, tercarut, tercuri sayur barn buddy-happy farm, terkasar bahasa, mohon la di ampunkan ya.

Malam ni jangan lupa Tarawih malam pertama, datang awal beb, sure penuh orang datang surau, yang tak pernah nampak pon tetiba muncul, kalau surau jadi sempit, hah solat tepi longkang lah kamu.

hari pertama puasa mestilah letih & kelaparan, tapi lepas tu maintain ok jer, hebat woo orang Islam di bulan Ramadhan.. siang puasa malam boleh tarawih sampai 8-20 rakaat, kalau bulan biasa suh buat 8 rakaat pon, gerenti aku mengelat dah,

syhhh.. selalu bila pertengahan bulan puasa kan, aku ngelat tarawih buat 4 rakaat jer, ada ceramah jer aku cau balik umah hehe (kalau penceramah tak best la), nak ngelat tak pergi takleh, sure mak aku bebel punyer.

Semoga amal ibadah puasa kita di bulan Ramadhan tahun ni diterima Allah ya..Amin.

p/s: camnerlah sambutan Merdeka di bulan puasa ya, ada kawad juga ka?

Leave a Comment

Article

Diari Rjuna: Tok Yob

Ting! Ting! Ting! kedengaran bunyi loceng dari bilik tok Yob.

Ayah segera ke bilik atok, kerana atok sudah tak mampu berjalan lagi, umurnya sudah lewat 80-an, cerewet dan mengalami sakit orang tua

Sebelum ni atok pernah duduk kat rumah kami dalam 2-3 tahun jugak la, kemudian di jaga oleh anaknya yang lain di Johor selama setahun, tapi minggu lepas atok kembali ke rumah kami, sebab anak yang menjaganya tu nak menunaikan haji, haji hotak pak hang la weh, puasa pon belum lagi ni, alasan macam cilaka.

benarlah kata orang.. anak 10 orang belum tentu dapat jaga mak-bapak mereka bila tua nanti, dan itulah yang berlaku dalam keluarga tok Yob, yakni keluarga belah ayahku

Ayah memang penyabar dan seorang anak yang bertanggungjawab, walaupun tahu adik beradik nya lain sengaja cari jalan tak nak jaga atok dah, ayah sedia memikul tugas berat ini,

dari Perak turun ke Johor, bawa balik ke Perak, toksah cakapla bab minyak dan tol tu, tugas mencabar menunggu bila dah sampai rumah nanti

Mandikan atok= ayah
Pakaikan baju= ayah
Pakaikan pampers= ayah
cuci berak & kencing= ayah
urut badan= ayah
ubat-ubatan= ayah
Makan minum cerewet= mak

Semua ini dilalui ayah setiap hari= Pagi, Tengahari, Malam

Aku dapat melihat ayah agak tertekan juga melayan karenah tok yob, cerewet atok makin menjadi-jadi sekarang, sikit-sikit bunyi loceng, takleh berak bunyi loceng, ayah aku nak makan pon tak senang, kadang tu ayah aku dimarahnya,

sampai satu tahap aku rasa nak bunuh jer atok aku ni, kang jadi kes lain pulak, bila ayah tertekan sangat ayah lepaskan marah dia tu kat kami, tak pasal-pasal jer kena maki, aku tak marahkan ayah, kerana aku paham situasi dia

jangan risau ayah, sampai masa nanti kalau ayah-mak dah tak mampu berjalan, aku sedia menggalas tugas ni, ini bukan janji tapi pasti.

buat ayahanda ku yang tercinta, anakanda dedikasikan lagu ni buatmu, moga perngorbanan ayahanda dibalas syurga dari Allah kelak Amin.

Leave a Comment

Article

Bela Wonderpet dalam blog

“Wonderpet..wonderpet kami datang..membantu blogger-blogger yang kebosanan” :smile:

Macam-macam cara orang buat untuk cantikkan blog mereka, tapi kali ini Abang Juju nak ajak korang semua membela haiwan peliharaan di blog, ia berasaskan flash dan sesuai untuk di letakkan di ruangan sidebar blog, kalau nak pelawat korang stay lama di blog, try la bela menatang kat bawah ni, kiut-miut leh bagi makan pulak tuh.

Caranya mudah saja, copy-paste code dibawah pet tu, dan adjust size dia ikut space yang korang nak letak, contoh sidebar Abg Juju ni width dia 220, paste kat sidebar korang taaraaa..

Warna untuk hamster dan ikan boleh ditukar dengan klik logo aBowman yang ada disitu, setting nak letak berapa ekor menatang dlm 1 page tu juga boleh klik logo AB tersebut.

Pantang Larang: kalau korang nak letak code flash kat ruangan entry blog pastikan edit, di bahagian HTML or Edit Html sahaja, kalau edit kat Visual or Compose, sumpah tak jadi punyer.

Selamat Mencuba :up:

1.Hamster


{Klik sini untuk bela Pet yang lain adik manis..}

Leave a Comment

Page 30 of 78« First...1020...2829303132...405060...Last »