RJUNA
HIDUP SEORANG BLOGGER
HIDUP SEORANG BLOGGER
Aug 7th

Terima kasih yang tak terhingga buat Sahabat, Kawan-kawan blogger, facebook dan twitter yang telah mengucapkan selamat hari jadi ku hari ni 7 Ogos, Ingat jugak korang kat aku yek, sayang korang semua
Oh ya terlupa..tak lupa juga, 7 Ogos juga merupakan tarikh blog Rjuna.net dirasmikan, sudah 3 tahun usia blog ini, aku ada sesuatu untuk korang…
Dengarkan rakaman suara pertama Abg Juju khas untuk pengunjung Rjuna.net, sempena hari jadi beliau hari ini.
Abg Juju ~ Selamat Ulang Tahun Sayang
(penyanyi asal :Imran Ajmain)
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
**********
Juri-juri sekalian komen please, nak puji atau kutuk, abg juju tak kisah hihihi, download mp3 akan disediakan jika ada permintaan gyahahaha, matila perasan suara sedap.
Semoga dengan doa-doa baik kalian buat ku di makbul kan tuhan amin, insyallah.
Jul 29th
Akhirnya impian aku untuk memakai jersi MU, tercapai sudah, selama ni asyik tengok fans/kawan lain pakai jer, kini giliran aku pulak sarung jersi MU ni, ni tengah pakai kat pejabat ni hehe, poyo giler.
Beli kat mana ni? United Direct (kedai online Man United), pehh

Believe it or not
Harga camner?
Jersi GBP 38.29, kos hantar GBP 6.95, Total= GBP 45.24, kalau tukar duit Malaysia, dalam RM 215 (ikut rate masa aku beli tu la), bandingkan harga kami hihi, Al-Ikhsan RM 259
tiada kos tambahan bila dah sampai malaysia, tunggu jer dalam seminggu dah sampai, 1 minggu awat lama sangat? sebab pakai pos air mail biasa jer, nak cepat dia caj ko lebih pakai pos kurier.
Ingat nak beli yang pirate jer, tapi malangnya takde size 3XL, yang ada cuma size M & XL, kalau kat Al-Ikhsan tu, yang ada size M, XL, 2XL jer, maklumlah abg juju kan debab, 2XL tu kalau pakai muat.. tapi sendat
so cari² kat United Direct jumpa pulak size 3XL, tu yang gamble jer beli tu, beli pon pakai kad kredit untuk memudahkan segala urusan per-hutang-an ngeh ngeh (hutang je ko juju),
psst ni la baju termahal yang aku pernah beli.

made in Indon, beli kat UK, hantar ke Malaysia, apakah?
Apa? pakai jersi United, haram? makruh? [ baca sini ]
Aku tak nafikan betul apa kata Mufti tu, bagi aku simple jer benda ni, kalau jersi tu ada salib jangan la beli, kalau ada gambar syeitan boleh beli banyak² tapi jangan bawak pergi solat, lagi pon kita beli jersi sebab kita sokong team bola, bukan sembah syeitan kan kan kan haa
gambar syeitan memang macam kat logo MU tu ke? siapa leh tunjuk kat aku gambar syeitan yang sebenar, nak gak tengok
Harapan kepada team United season 2010/11 ni?
Hope player yang baru dibeli, macam Smalling dan Chicharito menyerlah, Berbatov tidak lagi dikutuk Babitov, skuad bermain dengan lebih baik, rampas kembali kejuaraan liga musim baru ni dan kalau menang Liga Juara² itu sudah bonus
Rival?
Manchester Bandor, Chelshit, Liverfool, Ahsengal
Glory Glory Man United 3x, and the red go marching on on on
Jul 24th
Apa itu VLog?
Vlog ialah blog yg diupdate menggunakan video, kalau korang pernah tengok filem Avatar, perasan tak, hero filem tu Jack Sully (Sam Worthington), update perkembangan hidup dia guna blog berbentuk video
Sebelum ni pernah tengok blog Melromeo dan Ariff Shah buat, nah sekarang giliran aku pulak mempraktik kan nya, ate korang bila lagi? kalau korang segan, aku lagi la segan,
tengok je la video bawah ni, muka tahan gelak, tahan malu, tak serius, gabra semua ada, macam haram, ia dirakam secara spontan, itulah aku yang sebenar, tak perlu jadi orang lain, kan?
Aku tunggu vlog korang pulak pasni, yeah selamat bergelak ketawa dan mencapub, aduh malu syial kah kah
Komen Korang