Cik..Nak Rayeeer October 11th, 2008

Suatu pagi di hari raya ke-5..

“cik..nak rayerrr..ting tong (loceng pagar dibunyikan), cik nak rayeeer ting tong”

Aku toleh wajah mak, mak balas “biarkan jangan bukak..diorang bukan datang nak beraya pon..nak kumpul duit raya jer”

Bila aku pikir-pikirkan kembali, ada betul juga kata emak tu, kita tak kenal pon budak2 tu siapa, mak bapak nya siapa, buat penat saja layan karenah mereka,

tapi kalau dipandang sudut lain pulak budaya kunjung mengunjung kini semakin terhakis, contohnya mudah saja, aku sendiri secara jujurnya tak kenal pon nama jiran sekitar rumah aku, bukan tak kenal langsung, kalau pandang muka, aku senyum kambing juga, di bandar style nya begitu kot, ada open house baru nak berkunjung kunjungan (itupon kalau dijemput).

Ulasan berita TV “Sambutan raya Aidilfitri tahun ini di sambut sederhana”, aku pulak cenderung kata raya tahun ni tak best, apa agaknya yang jadikan raya korang tak best?, nak kata baju raya tak buat sudah buat, nak kata tak dapat merasa ketupat rendang, dah dapat, nak kata tak dapat balik raya tahun ni 2 kereta lagi balik, ish ish tak bersyukur kita ni agaknya yek, ada je yang masih tak puas, dunia dunia.

Dalil mengapa Raya tahun 2008 ni tak best bagi aku
1.aku bukan kanak-kanak lagi
2.Dulu terima duit raya, sekarang beri duit raya (aku beri ke? wahaha ceh)
3.Tanda-tanda Puasa anda tak diterima Allah SWT
4.Tak dapat main mercun
5.Sibuk layan TV dari beraya ke rumah kawan
6.Kawan2 ramai dah kawen, susah nak jumpa lagi
7.Dilanda demam selsema sebelum raya
8.Cuti tak panjang , raya ke 3-4-5 dah ramai yang pulang ke bandar semula
9.Tak dapat gaji bonus raya (huhuhu aku bukan kerja gomen)

Salam Idulfitri September 26th, 2008

Selamat Hari Raya dan Salam lebaran, minggu ini aku menerima kad kad ucapan hari raya aidilfitri dari kawan, sahabat dan awek-awek skandal, ceh nampak cam banyak jer, padahal 4 keping jer terima, ok lah tuh ada jugak orang ingat kat aku.

Mana 1 best? kad raya digital atau kad raya sebenar? mestilah kad raya sebenar beb, feel dia masih ada, ko bayang orang susah2 beli kad raya, beli setem, tuh belum campur penat puasa dan duit minyak nak uruskan semua tuh, peh aku terharu beb, memang salut la kat korang2 yang hantar kad ucapan kepada aku, terima kasih tak terhingga, siap dapat duit raya yang tak tahan tu hihi, jangan risau yek aku dalam proses membalasnya.

Ko tau apa perasaan nya bila tengok ada kad raya tertera nama korang kat dalam peti surat, seronok-dua-tiga ronok beb, biar la orang nak kata aku old skool ke jiwa jiwa ke, aku suka kad raya sebenar, dan nak tau tak, aku masih simpan kad2 raya yang aku terima 2-3-4 tahun lepas hehe buat apa? buat perkasam.

Sebenarnya impian aku nak hantar kad raya kat semua pengunjung blog aku ni, tinggalkan alamat rumah korang dan kemudian aku hantar kad raya khas dari Rjuna.net, malangnya fulus ku tidak mencukupi untuk itu semua, mungkin lain tahun agaknya.

Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf, andai tulisan2 aku dan kutuk-kutukan aku sebelum ini mengguris jiwa korang, aku cuma manusia biasa,penuh dengan kesilapan.

Selamat Hari Raya Idulfitri dari Rjuna, berhati-hati di jalan raya, semoga Allah menerima dan memberkati ibadah puasa kita pada tahun ini Amin.

p/s= Terima Kasih buat Khairul Aza (Igg Plus), Nurul Lyzah, Khairul Hazizy dan Khairur Rijal, kerana hantar kad raya kat aku tahun ni dan tak lupa juga kawan2 yang hantar kad raya digital di Friendster, thanx yek

Bersama kita lagi dalam ruangan tutorial bersama Abang Debab, kali ni abang akan mengajar adik-adik bagaimana mencipta nada dering (ringtone) henfon sendiri tanpa perlu mengeluarkan se-sen pun wang korang ya.

Ok mula-mula lawati www.zedge.net, dan daftar (Sign Up) sebagai user secara percuma.

Perhatikan di sisi kanan laman web klik try it now itu atau boleh klik Create–Ringtone Maker di bahagian bar menu.

ikuti langkah berikut satu-persatu, *jika browser anda belum install shockwave-flash mungkin bermasalah sedikit ketika memuat naik lagu, seterusnya lagu boleh di cut atau crop terus dalam laman web zedge, perhatikan di bawah..

Adik2 boleh gerakkan butang START dan END tu untuk memilih bahagian mana dalam lagu tersebut yang adik mahu jadikan nada dering atau bunyi mesej kesukaan, klik PLAY untuk mendengar bahagian yang bakal adik2 cut/crop, Klik DONE sekiranya sudah berpuas hati, kemudian adik-adik akan dibawa ke ruangan download untuk muat turun nada dering yang telah siap,

Selamat Mencuba..

Testimoni buat Zedge
Bagi aku Zedge merupakan syurga buat pemilik2 henfon seluruh dunia, aku bagai tak percaya laman web 2.0 yang cantik sebegitu memberi user diorang themes, ringtone, wallpaper, videos dan games secara PERCUMA di ulang PERCUMA beb, menggunakan konsep share sesama user, aku percaya korang akan bookmark and save link Zedge lepas ni, hidup Zedge

Pstt= Kalau nak theme henfon yang BAIK PUNYER, pergi bahagian Themes, di bahagian Category pilih Babes, peh leleh wa cakap lu, mantap tu jo. ( Bulan puasa ni mil..batal puasa ko kang hehehe)

Page 3 of 31«12345»...Last »