Urusan seri paduka

Kepada yang mengikuti twitter aku, mungkin dah mengetahui yang aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah kolej milik penuh kerajaan. Sijil jer dalam bidang Multimedia Kreatif, tapi kena study 2 tahun sepenuh-masa, tarikh mendaftar 21 Julai 2009.

Surat dapat 27 May yang lalu, jadi untuk mengesahkan tawaran tu aku perlu mengembalikan 1 surat jawapan dalam masa 14 Hari, ketika diari ini ditulis, tinggal 5 hari saja lagi untuk submit, tapi aku masih belum mempersiapkan apa-apa.

Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk menolak tawaran kolej tu, aku tolak  sebab terikat dengan hutang-hutang macam hutang kereta, hutang kad kredit, dengan ASB lagi, tak boleh lari beb. Kalau nekad mau jer aku bebankan masalah ni kepada mak-bapak aku, tapi tak sampai hati pulak, patut aku yang kasi duit kat diorang, aku taknak bebankan diorang lagi, dah dewasa ni baik berdikari.

hidup ni biar kita susah takpe.. tapi jangan kita susahkan hidup orang lain—Bonda

Masa ambil borang dulu memang tak pikir sangat hal ni, saja terjah test power, last last dapat, dah dapat pastu tolak pulak haiya, Rjuna..Rjuna rasa bodoh pulak, aku buat camni, walaupun berat hati ni menolak, aku terpaksa memilih kerjaya aku sekarang, kerja yang aku tak minat.

Aku mintak maaf pada bahagian pengambilan pelajar kolej komuniti, berilah tempat aku tu pada orang lain.

Next projek mungkin cari kerja part time, untuk langsaikan baki hutang kad kredit, then baru pikir bab part time study, sorry bab-bab kawen tolak tepi la untuk 4-5 tahun mendatang ni, cintaku hanya pada duit sekarang.

Barca 2-0 United: Terimalah Kekalahan

gol..Samuel Eto’o minit ke 10
gol..Lionel Messi minit ke 70

MU?= Telur.. Haram jadah

manutd UCL 09 loser

Dan bergumbiralah pembenci MU diluar sana, United gagal merangkul piala idaman ke-4 musim ini Piala Uefa Champion League, amacam puas hati dah?

kalau anda dari penyokong team Arsengal, Chelshit dan Liverfool yang tetiba sokong Barcelona, toksah la bangga sangat bukan dapat apa pon.

Aku meramal kemenangan MU 2-0 tanpa penalti, tapi tuhan menentukan sebaliknya, Barca yang menang 2-0 bukan MU, apa yang boleh aku simpulkan ialah MU ditewaskan oleh sebuah pasukan yang lebih baik iaitu Barcelona,

Tahniah Barcelona dan skuad kendalian Pep Guardiola, memang mereka patut menang, kalau tak berhati-hati diorang boleh menghasilkan 3-5 gol malam tadi

Mari kita melihat kenapa MU kalah dalam perlawanan final UCL 2009 malam tadi ?

{klik sini untuk baca lagi}

Barca V United

Barcelona Vs United

Ramai fans United dah apply cuti Khamis esok, yang benci United pun pakat cuti ramai² sokong Barcelona (memang selalu camtu), seandainya UNITED menang ini bonus buat kami dan kalau kalah itulah adat pertandingan, kalah kena la ngaku beb.

Ini pertembungan 2 kelab Juara yang terkenal dengan corak menyerang yang digeruni, ianya sudah pasti menjanjikan kepuasan tahap maksima, ibarat buku bertemu ruas la katakan, aku harap perlawanan kali ni tak ditamatkan secara penalti macam tahun sudah, kalau tak .. subuh berjemaah kita di Mekdi beb (yo lah tu)

Aku dan Isa akan berada di Mekdi Manjung jam 2.45 pagi nanti, siapa nak jumpa aku jom, jom pakat ramai² memeriahkan suasana Final Liga Juara² ni, tak maskulin la tido awal wei, aper barang tengok bola kat rumah sorang² je kan?

Glory² Man UNITED :evil: :up: