Article

Pasca kecurian kabel

Hai korang semua :smile:

Alhamdulillah line telefon dirumah sudah kembali pulih, cuma yang dekat ofis jer masih lumpuh 90%, kenapa aku cakap lumpuh, cuba bayangkan..dah la line telefon takde, orang nak call tak boleh, Fax memang out sama sekali, nak hantar quotation pun tak boleh dan paling stress kalau takde internet, alamatnya kalau datang pejabat, main mp3 n games jela, merasa la buat opis kat cyber cafe seminggu.

Gejala ni aku anggap serius dan TM patut lakukan sesuatu (cth: pasang kabel fibre optik bawah tanah), kalau harap rukun tetangga jaga memang tak berkesan sangat, diorang ni licik, kadang tu subuh pagi diorang curi, malah lagi pro siap berlakon jadi kontraktor TM kita ingat diorg tengah betulkan, rupanya tengah curik kabel baik punyer.

ok kali ni aku nak kongsikan jenis-jenis kecurian yang aku anggap memang sangap, pelik dan jarang-jarang kita dengar.

Curik Meter Air

meter air dicurik

Kejadian ni berlaku kat ofis aku tahun lepas 2008, memang sangap betul pencuri ni, entah berapa sen la jual meter air tu, bila kita report kat Jabatan Air Perak, diorang pulak suruh ganti pakai duit sendiri..aik?, time ni la pencuri tu kena carut-marut dengan aku, kemudian start pasang besi macam kat gambar tu, kalau dia nekad curik lagi sekali, memang aku bawak hal ni ke bomoh siam, kasi santau sama dia.

Curik besi penutup lubang Jalan
hah ni baru berlaku kat ofis aku selepas kecurian kabel telefon, mak aih kawasan opis aku banyak pencuri pelik syial, memang naya kalau kereta lalu kat lobang tu, alignment boleh lari, rim 17 leh bengkok, tayar pancit, sejak besi jadi mahal ni, semua benda besi nak disapu nya.

Curik Helmet
Ni aku tak pernah kena lagi, tapi sahabat aku dah kena masa bulan puasa lepas, setahu aku Apek pakai helmet murah jer, tu pun kena kebas alahai apa nak jadi la, curik kat kawasan sekolah pulak tu, nekad betul, tapi hikmahnya Apek menjadi kaya lepas tu, dia sambar helmet cap KHI.. fuh kaya (lain kali amik Arai terus full face haha)

Curik Tongkat mimbar masjid

MARANG – Misteri kehilangan 23 batang tongkat mimbar milik beberapa masjid di daerah ini sepanjang Ramadan lalu akhirnya terjawab.

Rupa-rupanya, kesemua tongkat itu dicuri oleh seorang warga emas berumur 55 tahun yang mendakwa berbuat demikian untuk meningkatkan ‘darjah keimanannya’. Malah, lelaki itu mendakwa menerima arahan daripada suara ghaib yang memintanya mencuri sebanyak 200 batang tongkat mimbar masjid bagi membolehkannya mencapai darjah keimanan yang dihajatkan. Menggelarkan dirinya ‘wali termulia’, lelaki itu mengaku masuk ke masjid-masjid berkenaan sambil berpura-pura mahu bersembahyang sebelum membalut tongkat tersebut menggunakan serban yang dipakainya sebelum melarikan diri.

kah kah ni aku baca kat berita kosmo bulan lepas kot, ada jugak orang curik tongkat mimbar masjid, mak aih apa punya pencurik daa, dahla curik dalam masjid pastu dalam bulan Ramadan pulak tuh, dia baru sempat curik 23 tongkat, pencurik tu kata dia nak kena kumpul 200 tongkat untuk meningkatkan darjah keimanan, wow dahsyat, ajaran siapa ni Ayah Pin atau Rasul Melayu nih cepat cakap.

Curik line WiFi
curik line wifi memang biasa dah kita dengar, sebenarnya aku tak kisah pun kalau nak curik line wifi kat umah aku, memang aku open, mula nya aku tak perasan ada orang curik line, tapi bila line jadi slow selalu, dan bila nak tutup modem, modem masih berkelip-kelip, jeng jeng rupanya mamat navy yang sewa depan rumah aku curik line, haha kantoi, apalagi aku block ip dia padan muka.

Curik Coli & Seluar dalam wanita
aku pernah baca kat suatu majalah yang orang yang suka curik coli & seluar dalam ni dipanggil fetishma, diorang ni jenis suka bau-bauan dari baju dalam wanita, bau kaki, hoho memang pelik ni, mungkin ada 1 dalam 1000 orang jenis seksual dia macam ni, so pandai-pandai la orang pompuan cover masa sidai kat ampaian ye auww haha

Ok cukup sampai situ je, kalau ada kengkawan nak tambah lagi, jom berdiskusi dalam ruangan komen,

Akhir kata dari aku STOP! la mencuri gaya nekad camni, menyusahkan orang lain, dapat duit entah berapa sen sangat pon, tak kaya pon mencurik, bertaubatlah segera, rezeki yang haram akibat nya neraka la tempat dia.

Leave a Comment

Article

1Coretan 1raya 1Rjuna 2009

Sabtu 29 Ramadan
Aku dan keluarga siap siaga pulang ke kampung. Seperti tahun sudah, kami membawa 2 kereta, satu dipandu Ayah dan satu lagi dipandu bakal pemandu 1Malaysia Team F1 (aku lah tu). Perjalanan 6 Jam tanpa henti dari Sitiawan ke Muar, setakat ni boleh la aku handle, walaupun hujung2 perjalanan tu dah rasa cam lalok pun ada, biasala puasa kan?, time ni la sedap bukak fatwa.. Musafir boleh berbuka kalau letih. Kami pun selamat tiba dalam jam 3 petang, seperti yang dijangka, esoknya diumumkan hari raya hooray, berduyun lah jugak sms raya dapat malam tu, terima kasih yek, aku dah start rindu twitter dan fesbuk.

Ahad 1 Syawal/ 20 09 2009
Pagi raya kalau tak pekena ketupat memang tak sah, tambah kalau ada lodeh, ayam masak merah, kuah kacang, sambal bilis, serunding dan rendang pergh! memang king of juadah la pagi raya. Kat rumah atuk ada la 5 ketul ketupat aku dah bedal, tu belum masuk bab rumah orang lain pulak, kontrol kontrol kang terberak-berak boleh spoil mood raya, jangan cari pasal. Pagi raya macam biasa la mohon ampun dan maaf pada mak-bapak, kasi duit raya dan sesi bergambar bersama keluarga, tahun ni dapat gak duit raya dari mak, duit tu aku buat topup minyak balik dan beli dvd GENG hihi.

Bahrin's family Clanz

Isnin 2 Syawal
Biasanya raya ke-2 kampung aku ni ada Marhaban, tak tau marhaban tu apa? ok Marhaban ni kira tradisi orang negeri Johor, berkunjung-kunjungan memohon maaf sambil merapatkan hubungan antara penduduk kampung dan penduduk kampung yang lain, biasanya akan bergerak secara ramai-ramai berkumpulan, lelaki jer (yg perempuan ada jugak), uniknya Marhaban ni adalah pada bacaan lagunya yang memuji kebesaran Allah dan Nabi Muhammad, kadang tu lagu cindai pun diorang bantai buat melodi. Aku sempat merakamkan video Marhaban di sebuah rumah (sorila kualiti video mcm hamjadah), biasanya lepas lagu dinyanyikan tuan rumah akan sediakan sedikit juadah runcit runcit kudapan + air gas botol, kalau rezeki tuan rumah banyak.. dapat la merasa makan satey, soto, mee bandung. nasi impit, Tahun ni 17 rumah jer yang ambil bahagian, tapi aku ngelat pergi 4 rumah jer pastu balik sebab dah kenyang, bukan apa marhaban ni best kalau naik motor, kalau naik kereta rasa leceh n terhegeh-hegeh.

Selasa 3 Syawal
nasib baik mak aku cakap balik raya ke-3, kalau tak.. kerja aku lepak bilik pastu layan sepupu jadi geng budak-budak, apa leh buat sepupu kebanyakkan masih belum mumaiyiz, dulu masa kecik aku la rasa sebak nak tinggalkan atuk, sekarang atuk pulak sedih bila tengok 2-3 anaknya nak pulang se-awal raya ke-3. Skrip lama berulang kembali, ayah kembali menjaga Tok Yob, semua adik beradiknya lain melapaskan tanggungjawab ke bahu ayah, nak tak nak kami terpaksa telan juga dengan karenah adik beradik belah ayah ku ini, ayah aku memang tak banyak bunyik, dia hanya memendam rasa. Pernah jugak mak usulkan raya tahun ni kita raya kat Sitiawan jer, tanda protes, tapi ayah tak pedulikan, tetap balik kampung.

Kesimpulan
Raya tahun ni disambut sederhana tetapi meriah (tiru ayat Buletin Utama)

Leave a Comment

Article

Salam Eid Ul Fitr

e-kad raya jer

Assalamualaikum,

Tinggal berberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal, Rjuna sekeluarga akan pulang ke kampung di Muar Johor dalam 3-4 hari jugakla, pulang rumah atok di sana, dah lama tak berjumpa sanak saudara, time Raya ni la nak jumpa kan?

Persiapan raya tahun ni aku buat ala kadar jer, baju melayu pakai yg lama, kopiah lama, belanja ikut keperluan, cuma beli sehelai t-shirt baru, jeans hitam dan sandal cap ayam, insyallah akan beli lagi sebelum pulang beraya, sebab dapat bonus raya dari big boss, nak duit raya? tunggu bulan oktober aku nak buat contest runcit-runcit.

Dulu masa kecik kalau cakap nak balik raya jer semua macam tak sabar-sabar nak balik kampung, nak berkubang di parit, nak main mercun, nak kumpul duit raya, tapi bila dah besar ni rasa cam tak best pulak nak balik kenapa yek? mungkin ini perubahan seorang remaja menjadi dewasa barangkali, okey leh start fikir pasal nak kahwin pulak kah kah

Insyallah kalau ada cerita best aku akan update guna Live Blogging, Twitter, Twitpic dan Fesbuk, semua nya melalui henpon ajaib pemberian doraemon k810, kalau kampung aku ada streamyx/berukband memang bertuah la sangat kan (jgn harap)

Selamat Hari Raya Aidlifitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog Rjuna.net, jemput datang beraya ke rumah di Sitiawan Perak, lepas raya ke 4 insyallah aku ada la kat rumah, semoga amal ibadah puasa kita semua diterima Allah taala amin.

p/s: Jom beli stock Thunder Clap (bakar duit)

Leave a Comment

Page 28 of 78« First...1020...2627282930...405060...Last »