R J U N A - Part 2

Diari Rjuna part 2

Assalamualaikum dan hai kawan2 semua, semoga kalian sihat-sihat hendaknya, maafkan aku kerana jarang-jarang update, pada yang selalu lawat blog aku ni setiap hari setiap waktu setiap jam dan saat, aku tabik spring toing kat korang,

Blog ini semakin menghampiri usia setahun jagung nya, kalau ada input atau cadangan, jangan segan2 nak komen, aku di rjuna.net tidak sekali-kali men-delete komen korang tanpa sebab, komen jangan tak komen. kali ini aku rangkumkan sedikit apa yang terjadi dalam kehidupan ku akhir-akhir ini, fungsi asal blog juga seperti diari sebenarnya, tulislah apa yang terbuku di hati korang asalkan jangan menabur fitnah dan menulis cerita bohong.

kerja part time
aku mencari kerja part time sebenarnya mahu menyelesaikan hutang2 kad kredit ku, yeah aku lah manusia bodoh kerana membelanjakan wang riba untuk kesenangan diri sendiri, kini hutangku sudah mencecah RM6k, dan aku sudah serik, masa pinjam memang la seronok, tapi time nak bayar huh memang sakit.

buat masa ni masih belum dapat kerja yang bersesuaian dengan masa kerja yang aku mahu, target nak part time kat 7 Eleven, tapi dah disambar orang lain, Giant pulak tak buat part time kata HR dia, mungkin lepas ni tumpuan aku ke arah McD or KFC, tak pun berniaga di lelong or ebay, ya Allah bantulah aku melangsaikan hutang piutang ku ini.

cek Nuffnang

cek ke-dua Nuffnang
Yeah cek kedua Nuffnang sudah sampai, keyakinan aku bertambah-tambah terhadap potensi pegiklanan online mereka, berbanggalah kamu ahli kelab eksklusif Glitterati, kali ini aku menyiarkan jumlah yang aku terima, bukan nak menunjuk tapi sekadar bukti blogger main2 pon leh buat duit apa, pada yang belum lagi cukup amaun untuk cash out, berusahalah, wang takkan datang bergolek, tapi pakai posmen hahaha.

cinta yang tak dianggap
yeah akhirnya sampai bab cinta dalam blog aku, aku jatuh cinta pada seseorang, namanya biarlah aku saja yang tahu, kami pernah sekolah rendah bersama dahulu, jumpa kembali dalam YM, dan pernah keluar bersama sekali Jun lepas, cuma akhir akhir ini aku mula perasan yang cintaku macam aku sorang je yang feel, dia tak pernah pon ambil tahu pasal hidup aku atau ambil tahu latar belakang keluarga ku, aku pulak yang lebih lebih, jadi aku ambil keputusan berterus terang dari memendam rasa, sekarang semuanya sudah jelas dan setelah berbincang, kami masih kawan dan skandal hehehe (aku lama tak update blog sebab tengah angau la beb wakaka, patutlah)

Tips:
Bila bercinta jangan berikan 100% hati anda pada si dia, nanti berlaku apa-apa di masa hadapan anda tak rasa sakit hati sangat, beri pada si dia 50% sahaja, 50% lagi beri bila dah kahwin nanti. ewah pandainya dia.

Tags: , , ,

Pak Cik Kayo Rebet

Walaupun aku kutuk Pak Lah ituhari, bab duit kita jangan campur dengan bab politik, nanti ia di panggil politik wang, yes aku dah dapat rebet tunai dari kerajaan RM625. pak cik kayo!!

fuel rebet malaysia

Tapi kalau gomen pikir wang ini mampu menutup mulut pemilik kenderaan-blogger seperti ku, mereka silap, aku takkan berdiam diri, kutuk tetap kutuk, kenaikan harga minyak yang melampau harus ditempelak, ditentang dan di-anjing-kan, sebelum gomen pijak kepala kita, kita berak-kan kepala Pak Lah dan Najib dulu.

seperti kelihatan di gambar, mamat hensem itu tengah kaya sekarang, jom ajak dia berfoya-foya, main go-kart, futsal, karok 4-5 lagu, nonton wayang, main bowling, dating dengan awek, hahaha weh siapa kata rebet tuh untuk minyak petrol, petrol harga sama jugak, tak turun-turun sejak dulu.

Camner nak tuntut Rebet?
Ok semua dah tahu yang gomen hanya beri rebet untuk PEMILIK KENDERAAN sahaja, yang takder kenderaan, korang boleh start kutuk Pak Lah gila kuasa tu sekarang, harga barang naik apa cer?

eligible vechile for rebate

Pembayaran Fasa 1
Ok pembayaran fasa 1 ni untuk pemilik kenderaan yang RENEW road tax antara 1 April 2008 hingga 31 May 2008, oleh kerana ramai yang tak paham, beratur panjang lah kome, kesian, sampai kat kaunter hampa, “pakcik punya road tax ni renew Januari 2008 jadi pakcik boleh claim rebet ni bila pakcik renew Januari 2009 ya” kata teller pos malaysia itu.

Pembayaran Fasa 2
Fasa ke 2 pula untuk pemilik kenderaan yang RENEW road tax antara 1 Jun 2008 hingga 31 March 2009, tuntutan boleh dibuat di pejabat pos bermula 1 Julai 2008.

Apa yang perlu dibawa?
Bawa telur, Mykad atau Ic Polis/Tentera, borang tuntutan boleh ambil di kaunter pejabat pos, isi lah Nama, Alamat, no.IC, dan No.plate kenderaan dengan tepat, itu sahaja.

Pemilik kenderaan sendiri perlu hadir untuk menuntut rebet TUNAI, kalau wakil yang datang, kiriman wang pos akan di hantar ke alamat yang ditulis oleh wakil.

Teller di pejabat pos akan menyemak data di dalam sistem JPJ untuk menentukan samada anda layak atau tidak, kalau layak senyum lebar lah anda, bayar cash tuh, kalau tak layak, maki lah dalam hati.

Ok selamat membuat tuntutan.

Tags: , , , , , , , , ,

Taksub Pemimpin

Gara-gara aku mencaci Perdana Menteri Malaysia,  Abdullah Ahmad Badawi dengan kata kata kesat, Babi punya Pak Lah, peti komen ku diserang seorang penyokong kuat nya dari kalangan rakyat biasa, hairan juga masih ada jugak yang menyokong kenaikan harga  minyak petrol dan diesel baru baru ini, masih ada rakyat yang taksub dengan pemimpin mereka,

hey apa yang korang dapat dengan menyokong Pak Lah? Dapat rebet lebih ka? dapat isi minyak harga murah ka? atau dapat jadi menteri hah?

komen dari Babi Punya Paklah

Wahai saudara Amirul kalau ko marah pon maki lah aku ni, aku yang kutuk Pak Lah, yang ko gi kutuk pemimpin lain tu buat apa, macamlah aku ni orang kuat Pakatan Rakyat, adohai poyo lah ko ni Amirul

Ok kawan-kawan mari kita berkenalan dengan Amirul, dalam komen diatas Amirul mendaftar komennya atas emel sebagai amirul_ikbn@yahoo.com, kalau nak tengok wajah hensem dia, boleh search pakai emel dia kat Myspace, Friendster atau Facebook, cepat sebelum terlambat.

Wau hensemnya Amirul, lelaki melayu terakhir you, auww peminat Siti Nurhaliza tuu, sweetboy, 28 tahun lagi, hensem siot, wakakak.

Tags: , , , ,