Article

Maher Zain ~ Thank You Allah

Hai Assalamualaikum korang semua, rindu Abg Juju tak? Hehe sorry sebulan tak update apa-apa, bukan apa, kita update blog ni biar ikhlas, bukan kerana terpaksa kan?. eceh alasan juju ni

www.maherzain.com

Ni nak citer sikit, dapat jer gaji bulan oktober lepas kan, terus juju sambar CD Maher Zain sekeping. Wow penangan apakah sampai beli CD ori ni? hehe, lama wo juju tak beli CD ori, last beli CD Dewa 19 kot, yang lain semua pakat download saja.

Album Maher Zain ni padahal juju dah donlod mp3 full 1 album kat torrent, pastu dengar 2-8 kali eh banyak pulak lagu sedap, terus jatuh hati, beli ori lah satu.

Sejujurnya juju kenal Maher Zain melalui video yang di share kawan-kawan kat facebook jer, masa tu layan gitu-gitu jer, lagu Open Your Eyes, ada fans dia buat video klip pasal kebesaran tuhan, masih ingat?

dan ledakan minat tu bercambah dengan video klip Insha Allah, yang sangat memberikan motivasi dan kesedaran.

Masa dia datang Malaysia itu hari tak amik port pun, belum apa-apa dah habis tiket konsert. Takpe juju bukan kaki konsert punya orang, minat suara & lagunya saja.

Ok apa yang best nya album ni?
Bagi juju album ni ada suatu kelainan, di mana muzik arab dan muzik moden barat diadun menjadi melodi indah. Lagu-lagu nya memuji kebesaran Allah & Nabi Muhammad dan menceritakan keindahan Islam.

Antara lagu kegemaran juju dalam album ini ialah

Always Be There | Ya Nabi Salam Alayka | Insha Allah | Thank You Allah | Allahi Allah Kiya Karo | The Chosen One | Baraka Allahu Lakuma | For The Rest Of My Life | Open Your Eyes

lagu yang lain pun sedap juga,cuma yang atas ni sedap, ulang 8x pon takpe.

Yang tak best pulak ialah tiadanya lirik lagu dalam inlay CD ini, mungkin nak cut bajet kertas kot, tapi kan juju selongkar facebook+website maher zain pun takde lirik, oh azab ok.. terpaksa google nak cari lirik dia, nasib baik ada.

Dengan harga RM27.90 korang dapat berhibur sambil memuji kebesaran Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad, hiburan dapat pahala pun dapat.

sesuai pasang time drive kereta or time buat kerja, sesuai juga dinyanyikan bersama anak-anak, ajak mereka nyanyi bersama.

Berapa bintang nak kasi?
Daripada 5, Juju bagi 4 Bintang

Juju share lagu Ya Nabi Salam Alayka versi arab yang takde dalam album ni, jom nyanyi sama sambil berselawat

Maher Zain ~ Ya Nabi Salam Alayka (Arabic) by rjuna

Kata Juju= ok lepas ni nak update apa pulak erk!!

Leave a Comment

Article

Sekali Innity punya Malware daaa

Huru hara dunia blog seketika. Bila salah satu syarikat pengiklanan tempatan di cop sebagai penyebar Malware, Innity Ads.

Kesan Innity di Firefox

Apa itu Malware? senang cerita saya cakap virus la, ia boleh mengakibatkan komputer diserang virus dahsyat tahap king punya.

Ini bukan perkara main-main, pc saya pun pernah terkena dulu. habis kena format balik.

Ok kita terus ke topik sebenar, macam mana nak buang Malware Detected & Reported Attack Page! ni? (more…)

Leave a Comment

Article

Salam Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca sekalian,

Saat saya menulis perutusan ini, tinggal 2 hari saja Aidilfitri 2010 bakal menjelma. Hari kejayaan buat semua umat Islam yang berpuasa.

Di kesempatan ini Rjuna & Abg Juju ingin memohon ampun dan maaf dari pembaca sekalian, andai ada sebelum ni saya ada mengkritik korang sampai sentap (filem Metrowealth), kutuk korang tak hengat (Team Klik² Nuffnang), dan menganjing korang secara kaw kaw punya (Manchester Utd rival).

Maafkan saya sekiranya tulisan di Rjuna.net ada telah yang mengguris hati anda semua. Saya juga manusia biasa, tidak terlepas khilaf dan dosa. Kalau saya silap jangan takut untuk menegur kesilapan dan berpesan-pesan sesama kita. Semoga ada perubahan pada diri kalian semua selepas sebulan berpuasa. Semoga Allah SWT menerima dan memberkati amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Raya nanti jemputlah datang ke rumah saya di Sitiawan Perak, tahun ni buat julung kalinya saya sekeluarga tak pulang ke rumah atok kami di Muar Johor, kalau bab duit raya jangan tanya, saya bukan orang gomen hihihi.

SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN dari Rjuna.net, 0-0 ya :)

#Kredit= Banner Hari Raya seperti diatas boleh dapatkan di Ideas.Think.Share

Leave a Comment

Page 10 of 78« First...89101112...203040...Last »