Jumaat lepas aku menonton filem Cicakman 2 ini bersama Isa, tak dinafikan expectation aku terhadap filem ini begitu tinggi supaya ia di bikin lebih baik dari yang pertama dahulu.
Promosi sudah gah, runut bunyi pon sedap, tapi apa yang aku dapat hanyalah sebuah filem yang suam-suam kuku sahaja.
Cak Cak Cak, ayuh kita ke alam kota Metrofulus, sebelum Danny (Yusri) mati dia telah mewasiatkan Hairi aka Cicakman (Saiful Apek) supaya menjaga Ibu dan Adiknya Imaan (Sharifah Amani).
Hairi terpaksa meneruskan hidup dengan bantuan antidot ciptaan Danny, agar tubuhnya tidak bertukar menjadi cicak sepenuhnya. Hidup sebagai adiwira menuntutnya berkorban demi kebahagian orang lain.
Tetapi Profesor Klon (Aznil) telah muncul kembali dari persembunyian, dan kali ini dia berhajat mahu menjadi Presiden Metrofulus, modus-operandi nya ialah dengan mensabotaj sumber air supaya menjadi hitam, kemudian berlakon konon2 meraih simpati penduduk Metrofulus.
Setelah kehilangan kembar Ginger Boys (Ac Mizal dan Adlin) kali ini profesor klon mengupah pembunuh upahan cantik bernama Rrama (Tamara Bleszynski) turut serta dalam rancangan jahatnya.
Untuk filem superhero begini, aku tak dapat lari untuk menyamakan Cicakman dengan Spiderman, Batman, Superman yang menuntut rekaan grafik CGI dan efek yang tinggi, namun alangkah sedihnya CGI untuk Cicakman 2 ini nampak amatur sangat dan kabur sahaja, kat bahagian bangunan je ok, tapi kat part aksi hampeh sekali. Efek untuk Ginger Ghost mengingatkan aku watak The Twin dari filem Matrix Reloaded, tiru ya?
Watak paling bangsat dalam filem ini ialah watak Tania (Fasha Sandha), camni.. ko dah tau Danny (dah mati) dan bukan Cicakman sebenar tapi masih jugak mau cari siapa Cicakman sampai sanggup apply jadi wartawan penyiaran, apa kes?, aduh jadi wartawan pun bangsat kali 12 la ko Tania, hak tuih lah weh, si Imaan yang buta pon leh tau siapa cicakman.
Ok aku ada sedikit cadangan, apa yang sepatutnya diperbaiki, kalau filem ni di bikin semula atau filem ke-3 nya menyusul (Yusri kata Cicakman ni filem Trilogi)
- Cicakman patut memperlihatkan kebolehan sifat cicaknya, patut buat la tangan atau kaki cicakman putus ke, pastu tangan dia boleh tumbuh semula, pernah tengok ekor cicak putus kan?,
- pastu lidah cicak patut takkan buat bergayut jer kerjanya, buat la lidah dia ada power leh belasah orang ke, capai orang jahat dari jauh ke, ada bisa lekit ke, itu baru identiti dia
- watak Rrama patutnya lebih seksi beb, tapi bila si Rrama nih gelak mengkekek, aku rasa sengal nak bagi penampor je, jadikan seksi itu bisa mengumpan Cicakman, Rrama pembunuh upahan yang seksi, barulah kami bernafsu nak ke panggung kan? hehe
- Kalau boleh aksi lawan biar nampak real, tak mau efek-efek slow motion ala Matrix lagi
- jadikan filem ini komedi superhero semula dan bukan aksi, atau nak buat parodi pon ok jugak.
Pujian aku berikan buat pereka kostum Cicakman, bagus nampak karisma, kostum Rrama ok jer, kostum baju besi Profesor klon hampeh.
Aku menyokong filem2 sebegini, walaupun di Malaysia ia masih baru, kepakaran itu boleh dibeli, untuk jimat kos mungkin boleh adakan kerjasama dengan produksi luar
Rating untuk filem ni:
(sesuai buat penggemar Cicakman dan kanak kanak)
Incoming search terms:
- grafik cicakman
ChekguBH= Yusry patut pikirkan setiap RM8 :$: yang penonton keluarkan untuk menonton filem ini,
macam orang berniaga makan la kan, tak sedap kita komplen :roll:
[Reply]
gile ah dingdong…mmg kritical viewer la ko nih…
sian kat KRU pictures kalau dorg dgr ko kondem dorg…nanges si Yusri kalau tau usaha CGI kaburnya dikesan dek Rjuna…haha…
ChekguBH’s last blog post..Di-tagg-in Si Blue Turtle
[Reply]
Ejoy= jadi penasihat dia? tak kot, aku harap kalau saudara Yusry singgah blog ini, dia dapat baca apa yang aku luahkan tentang filem dia :$:
wiwita= telur cicak masak kicap 1 ya witz, lapor nih, haip ngada-ngada ko yek, pukul kang :neutral:
[Reply]
:mrgreen: cpt laa update blog.. supaya x nmpk laaa pekataan “cicak” tu kt telokicap… ngiiii.. ngiiii :grin:
wiwita’s last blog post..Pc Fair … PART 1
[Reply]
Aku pun malas gak nak tgk citer ni… gimik je lebih tapi cam hampeh je… Betul cakap mil Yusry perlu banyak membuat perubahan jika dia mahu ceritanya ini menjadi lebih terkenal dan ditonton oleh orang ramai. Aku rasa baik dia ambil ko jadi penasihat dia hahahahah
ejoy’s last blog post..Reunion
[Reply]
Apek= dalam filem ni superpower cicakman hanya panjat bangunan tinggi dan kuasa penyembuhan sahaja, part lawan2 bagi aku biasa jer WTF :vangry: :???:
kalau lawan Ginger Ghost aku rasa arwah dah cicakman :razz:
[Reply]
mya= aduh mya ku pikir orang indon tadi, kalau ko penonton yang malas nak pikir sangat, tonton saja Cicakman :arrow:
tapi kalau nak gelak ketawa Los dan Faun lebih berbaloi :up:
[Reply]
hohoho… aku setuju cadangan ko yg 1st n 2nd tu.. tol la.. patut apa yg kita tgk kat spider-man n superman.. superpower diorg ada tu diguna sepenuhnya.. ni nk main cak cak.. main dlm kelambu je la cicakman oi.. hahahaha..
mmg aku x tgk cite ni.. sory yusry.. try again next time..
APEK’s last blog post..lubang oh lubang..
[Reply]
so… harus tonton nggak?
mya’s last blog post..Dah tukar nama Myasefia ke Normaya kat Facebook..
[Reply]
:roll: eeeei tobat aku kalo cicak² nehhh.. eeiiii.. geli².. yurkkk!!.. bunyik diaaa… aishhhhh :shock:
wiwita’s last blog post..Pc Fair … PART 1
[Reply]
Rjuna Reply:
December 17th, 2008 at 10:14 pm
wiwita= cak cak cak, kalau ikutkan cicak adalah binatang yang telah mengkhianati Nabi Muhammad SAW, kerana pernah suatu ketika dalam peristiwa Hijrah, Nabi bersembunyi dalam sebuah gua setelah dikejar kafir Quraisy yang ingin membunuhnya, cicak cuba mendedahkan tempat persembunyian baginda tetapi diselamatkan oleh jaringan labah-labah :up:
disunatkan kita membunuh cicak, kerana peristiwa itu, jadi sokonglah Spiderman aik? hahahha :razz:
[Reply]