HIDUP SEORANG BLOGGER
Motif kewujudan Team Nuffnang?
Hai korang. Sihat? Selalu kita asyik baca Abang Juju membebel je kat sini, bosan tak? Ok kalau bosan kali ni biar aku yang mendominasi blog ni pulak. Hahaha! Siap ko Abang Juju!
Ok sebagai penulis undangan pada artikel terbaru blog Rjuna kali ni, aku taknaklah mengamuk tak tentu pasal. Tapi memang rasa nak mengamuk jugak ni. Bukanlah mengamuk apa, cuma rasa nak mengamuk sambil kasi nasihat kat blogger-blogger newbie yang perangai macam hampas ni. Baru sebulan dua kenal blog dah buat perangai mencacatkan pemandangan dunia blog Malaysia yang selama ni bergerak lancar tanpa masalah.
Dengar cerita dari Topotato, blogger newbie ni ada tubuhkan team khas untuk Nuffnang. Bukanlah team nak support Nuffnang dari segi positif ke apa, tapi team nak “prekk” Nuffnang dengan blogger-blogger tempatan sekaligus.
UPDATE : Tiga Team Klik² Nuffnang telah berjaya ditumpaskan dalam masa satu hari, mereka telah diberi amaran oleh pihak Nuffnang supaya menutup operasi mereka atau di-ban seumur hidup. Walaubagaimanapun anda masih boleh melihat cache page mereka meskipun sudah dihapuskan.
1.NuffnangTeam.blogspot.com
2.NuffnangRangers.blogspot.com
3.NuffSquad.blogspot.com
Khabarnya, diorang ni buat team untuk main-main klik iklan. Kononnya berat sama dipukul ringan sama dijinjing. Haktuih! Korang rasa ianya boleh dimasukkan dalam kategori fraud click tak? Patutlah semenjak dua menjak ni, ada yang masuk blog aku cakap “iklan nuffnang tido la so tak dapat klik”, “saya dah klik iklan awak, awak klik iklan saya pulak ok” dan macam-macam perangai lagi. Rupanya korang buat pertubuhan haram cari duit haram ye?
Aku bersuara ni mewakili seluruh blogger-blogger tempatan yang ada. Di mana dah bertahun aku kenali dan aku tahu bertapa clean-nya diorang ber’blog dan mencari side-income melalui pihak pengiklanan seperti Nuffnang, Advertlets, Innity dan sebagainya. Cuma kehadiran korang blogger-blogger baru ni buat aku rasa tak senang la. Korang tahu apa itu najis? Ha! Macam sungai yang bersih dan mengalir tenang, tiba-tiba dikunjungi najis-najis mengeruhkan kejernihan yang ada. Boleh faham?
Ok kepada najis-najis yang buat kerja kotor tu, come-on lah beb! Dah tahu blog korang tu tak pemes dan artikel korang pun pelik dan jelik, ubahlah perangai tu. Ini blog sampah! Artikel copy paste! Lepas tu income dari Nuffnang nak beratus-ratus sehari. Siapa ajar korang?!!
Beberapa blogger tempatan yang aku kenal, ambil masa satu tahun untuk first cashout. Ada yang setahun baru berapa ringgit je dapat. Takde pun diorang nak tubuhkan team-team bodoh macam korang ni. Seriously, bagi aku zaman-zaman tolong-menolong klik iklan ni, macam budak-budak la bro. Langsung tak professional. Orang lain cari duit kat blog, engkau pun sibuk nak cari jugak tapi cara kau tu salah.
Jangan ingat Nuffnang ni bodoh. Esok lusa kene ban la blog kroang tu. We all yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni, bersedia anytime je kasi bantuan pada Nuffnang untuk “BAN” blog korang seumur-hidup. Serius tak tipu. Kitorang buat macam ni bukan nak dengki atau jeles dengan korang yang freshie ni, tapi nak kasi tunjuk ajar dan adab-adab dalam dunia blogging tempatan ni. Tolong la beb! Kami tak heran pun dengan klik-klik iklan ni, sebab blog kami sentiasa ada pembaca yang klik. Kerana apa?
1. Kerana dia betul-betul minat iklan tu dan dia klik.
2. Dia saja klik iklan yang dia minat di blog yang memang dia minat nak baca.
3. Sebagai bantuan kewangan kepada blogger sejati untuk meneruskan blognya melalui pengiklanan.
Bukan macam korang main tolong klik-klik antara satu sama lain. Nasihat aku, pergi nengok blog masing-masing dan ubah apa yang patut. Kasi masuk content-content yang kick-ass. Bercampur dengan otai-otai blogger kat Malaysia ni (mana tahu dapat backlink free) dan rajin-rajin melawat blog orang lain tinggalkan komen bernas. Tiga peringkat asas ni korang dah lepas, kerat jari kalau blog korang tak popular.
So korang pilihlah nak dengar nasihat atau nak teruskan dengan ego dan sombong bodoh korang yang memang bodoh tak mahu dengar cakap. Ingatlah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Takde blogger yang buat blog sebulan dua terus dapat income la beb. Makan masa. Rezeki pun halal. Ada faham?! Aku nasihat free tanpa charge ni. Tak dengar korang punya pasal. Dah kena ban dengan Nuffnang nanti, aku dan blogger-blogger lain tolong gelak guling-guling ramai-ramai.
Tak puas hati dengan aku, pergi maki hamun dekat Justkhai. Sekarang dah tahu siapa aku kan? Wallah!
Baca lagi topik-topik hangat
- Cek pertama dari Nuffnang
- Tulis Blog dapat Duit
- Tak tau nak update apa
- HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.1)
- HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.2)
- Bela Wonderpet dalam blog
- Nuffnang Iklan Arak?
| This entry was posted by khaixy on November 30, 2009 at 11:40 am, and is filed under Isu Semasa, Penulis Jemputan, kontroversi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Responses are currently closed, but you can trackback from your own site. |
Comments (74)
Comments are closed.

about 9 months ago
Dak Wan´s last blog ..If Star Wars are on Facebook
lizz
Reply:
December 2nd, 2009 at 8:19 pm
sengal lah orang yang tinggalkan msg camtuh. nampak sangat sengal ubi. hehehehe
lizz´s last blog ..Download Full series Drama Nur Kasih
Dak Wan
Reply:
December 2nd, 2009 at 10:45 pm
Bese arr…. depa nak cepat jewr klik. Message pon main copy paste jewr.
Dak Wan´s last blog ..Alasan concrete mengapa blog tak update
about 9 months ago
sy newbie baru belajar… mane salah tolong tunjukkan… memblogwalking disini dan dapat pengajaran… macih ye abang abang…
…nOj…´s last blog ..nurrrr ya nurrrr ya kasihhhhhhhhhhhh
about 9 months ago
padankan la ade orang drop comment kate dah klik nuff, mule2 tak phm la, gi je la view blog dorang, ad klik balik. rupenye2 ade team. tu pon dpt tahu dr twitter topato smlm. hohoh. nuff tak naik pon, dah sthn stgh, tp still tak bleh nk cashout. haha. tapi tak ksh pon

ayong´s last blog ..on our way
about 9 months ago
haha, lawak pun ada. nak gelak golek2 pun ada. apa punya team la yg dorang tubuh ni. berong tak bertempat. tunjuk pandai la konon, aku pun dapat visitor mcmni. pastu tinggalkan kesan kat shoutbox aku. mcm s**l jerk. aku tak kisah la klu duit kat nuff tu tak naik, yg penting keikhlasan datang melawat dan membaca entri aku sudah. komen apa yg patut. ini setakat datang nak klik nuff aku, rasa tak berbaloilah buat mcmtu. klu nak aku klik nuff korang pun, biarlah bahan bacaan kat blog korang tu mendatangkan manfaat kat aku. bukan sekadar kopi tambah susu jerk. kedai mamak pun ada. ades, boikot team ni. ades, aku plak yang nak mengamuk cam khai. haha, walaupun blog aku tak sampai setahun. duit nuff pun tak smpi 20, aku tak kisah. jji aku mendapat kepuasan bila berblog, blog dgn jiwa aku. income tu blakang citer la adik2 oit!!!
mohdisa´s last blog ..Kawan Makan Kawan?
Khai
Reply:
December 3rd, 2009 at 12:06 am
aku x mengamuk pun bro.. gua sengih je time tulis entri ni. Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. wohha!
mohdisa
Reply:
December 3rd, 2009 at 2:17 am
wakaka, tahu takpa. aku pun tersengih sebenarnya. saja wat macho kasi gertak sama itu lanc*u. hehe
mohdisa´s last blog ..Kawan Makan Kawan?
about 9 months ago
hahahahah tak pasal2 kena maki hamun kat dlm blog nie…..hurm tu la klu boleh biarla kerana minat dan bukannyer seperti yang diajukan oleh abg juju kita….
about 9 months ago
sokong melz..
beradap dan menggunakan bahasa yang sopan ketika menegur dan memberi nasihat. jika kamu blogger otai atau lama sekalipun, guna bahasa yang indah.
tidak perlu membuat perumpamaan yang jijik untuk memberi maksud kepada seseorang yg kamu benci sikapnya.
namapun newbies.. mereka perlu tunjuk ajar yg sepatutnya. bukan terus di hentam!
maaf dan salam..
tED|´s last blog ..Mar| BeLajar MeneKa Dan MenG|ra…
about 9 months ago
elo semua..
kebanyakkan yang join nih semuanya newbie..
taktau aper aper pon pasal nuff ker..google ads ker..atau aper aper pon..
mereka taktau yang benda nih salah..
mereke buat macam tuh sebab nak dapatkan kemanisan berblog..
macam kekawan semua laa..
bile tengok dalam akaun nuff ader income..
gerenti happy kan..??
macam saya laa..
tengok ader 25 sen jer pon semangat dah berkobar-kobar..
tapi pada saya klau otai blog dah start menghina newbie..
sori laa saya ckap..
saya langsung tak respect dier..
huhuhu
acap2405´s last blog ..Kenapa anak sakit hati sama ibubapa..??
hudabakar
Reply:
December 2nd, 2009 at 11:20 pm
newbies is newbies, i admit the fact, tapi i must say kalau nak belajar mmg boleh belajar, tak perlu pun minta otai ajar, kalau mereka ajar itu bonus, tapi dekat internet ni ada banyak blog, blogger yang ajar pasal blog, nuffnang, semualah2 yang essential for blogger.. tersangat sangat sangat banyak, bm ada english pun ada, from 0 to hero, so there is no such reason as tak tau.. no such excuse..
kalau kita tak tau kita bertanya, kita belajar.. kalau mereka tak tau salah ke tak buat benda tu boleh tanya kan, boleh je hantar ticket dekat nuffnang, tanya boleh ke saya click2, tak jadi fraud ke, they will reply..
i bg contoh la, dulu i pun tak tau apa tu gliterrati, that small little thing, sangat malu rasanya sebab tak tau, that one is because ive privatised my blog before so my status was changed to normal member, i send them a ticket asking on their reason why and they reply back, and via that i learned..
btw learning is a process not a destination, nothing can be earned in a blink of eyes..
belajarlah, bukan masa sekolah and uni je kena belajar, tapi semualah even untuk jadi blogger..
and on their harsh approach in sending out the message i respect them for doing so, for having the guts to say the truth in their own way.. and many has awake from their sweet dream.. no matter how bitter the reality is in the end you have to accept the fact of it..
hudabakar´s last blog ..♥ on caterer
mohdisa
Reply:
December 3rd, 2009 at 2:21 am
betul2, saya sokong!!!
mohdisa´s last blog ..Kawan Makan Kawan?
Khai
Reply:
December 3rd, 2009 at 12:09 am
Isu teguran cari baik ni dah agak kolot dah nak di’apply zaman sekarang. Teguran cara keras lebih mudah menusuk ke dalam hati. Sampai mati pun korang ingat. Wohha!
Respek tak respek kalau setakat entri macam ni, terpulang pada pandangan masing2. Siapa yang makan cili yang akan touching. Dan kalau ada kesedaran, pandai2lah kita ubah diri sendiri.
mohdisa
Reply:
December 3rd, 2009 at 2:19 am
wak lu, aku pun newbie gak. apa motif ko berblog? motif tuk dapatkan wang ke? klu nak wang, buka blog perniagaan la. jgn kecoh2 ko sorang je newbie. klu tak tau respect, bawa2lah belajar. jgn tunjuk pandai nak suh orang klik2 tanpa sebab. apo ler.
mohdisa´s last blog ..Kawan Makan Kawan?
Khai
Reply:
December 3rd, 2009 at 5:29 am
Tu le.. diorang ni sedar diri as “newbie”.. tapi kena tegur atas kesilapan yang diri sendiri tahu perkara tu salah, dikata menghina pulak ye?
Khai´s last blog ..Tutorial Membina Blog Part 1: Pembelian Hosting dan Domain
hudabakar
Reply:
December 3rd, 2009 at 11:54 am
ive been blogging since 2007, xanga.com followed by blogspot, and i consider myself as newbies as well, masih sangat hijau, why? sebab masih banyak lg benda yang i tak tau, serious banyak gilak!!
respect tak respect mmg tak penting, tapi tgk ape outcome dari entry ni, serious ramai kot yang dah sedar, ramai amik initiative untuk tutup group menyeleweng ni, itu yang kita nak, kalau cakap or tegur lembut lidah dari gigi sampai bila pun takde org sedar..
org salah atau terasa diri dia salah je yang akan bising kat sini, btw open up ur mind, blog skrg dah mcm email, satu keperluan and semua org pun ada, tapi apa yang membezakan blog kita among them all.. sendiri fikirkan..
firdee
Reply:
December 3rd, 2009 at 12:12 pm
kalo ditegur dengan lembut pasti skrg masih ada team ni. ada teguran kena lembut dan ada teguran perlu tegas.
hudabakar
Reply:
December 3rd, 2009 at 1:44 pm
salah pulak lembut lidah, dah confirm2 lidah lembut, haha

hudabakar´s last blog ..♥ ini cuma random sahaja..
acap2405
Reply:
December 4th, 2009 at 8:49 am
bro pon newbiekan..??
klau bro nampak ader income dalam akaun..
saye berani jamin bro gerenti happy..
saya ngaku dulu saya ader masuk team..
tapi atas sebab ajakan orang..
saya lansung taktau yang buat begitu tidak dibenarkan..
klau saya tau saya takkan join..
malahan sekarang saya dah berenti dah buat keje macam tuh..
tapi hal ini saya tak kisah sangat..
tapi kenapa kami yang taktau aper aper nih diserang bukannya pengasas team tuh..???
saya pon ader perasaan bro..
saper tak sedih bile diri digelar najis bro..???
acap2405´s last blog ..Kenapa anak sakit hati sama ibubapa..??
hudabakar
Reply:
December 4th, 2009 at 2:56 pm
i was happyla the first time i saw some money there, the feeling was damn good
, but not too say too excited, too ecentric with it.. btw it takes sometimes time to earned what top blogger have nowdays, the $$, the priviledges so on and so forth..
btw we are big enough to understand that not all suggestions, opinions or ‘ajakan’ semua itu adalah benda yang baik.. writer is abit harsh i must say, but for ppl yang tak buat rasa mcm takde perasaan pun on this matter, cume yang buat its time to move on, just forget it and try cari duit thru nn with other method, cayaaaaa!!!
hudabakar´s last blog ..♥ membantu kakak besar…
about 9 months ago
baru aku faham kenapa ada yang kata klik..klik..klik..kat blog aku walaupon aku takde nuff pon masa tu. hoho. aku ingat org gila mana wat sepam kat shoutmix aku. rope2nya team ni punye keroje…
about 9 months ago
tak gemor sungguh cara ‘songsang ‘ gitu…
semua nak salah guna..nanti kita juga putih mata
Fid´s last blog ..batu belah batu bertangkup telan aku….
about 9 months ago
nuffnang tak cakap pun benda ni salah
so chill lah
about 9 months ago
salam bro otaimer..
..hahahade 


sungguh mendalam isi-isi post nie..
tapi nasib baik x de la kene muka aku sendiri
de gak visitor2 yang singgah blog aku comment “dah click la..dah click shot la..”.
aku pon x de la kisah sgt pasal income dari bende2 mcm nie coz aku blogging pon coz ak nak nampak popular dengan member2 aku je..muahaha
tapi klu de yang click aku trime je coz ak de gak trigger visitor utk click any ads (x specific kat nuffnang je..) kat blog aku.~
BTW,your post are truly honest to teach newbie like me to survives blogging’s world~
mrdzy´s last blog ..Hotak Ku Pening..Hutak Lu??
about 9 months ago
perghhh..makan dalam bebbb…bahahaha… singgah la blog saya…boleh klik iklan saya juga brooo..
(saja aje nak kasi bro lagi hanginnnn)
mueehehehehe….

cikepal´s last blog ..cinta..bukan mengajar kita LEMAH! let song do the talking..tell the story..
about 9 months ago
Blog aku plain and tak popular and aku ada nuffnang.
Kita ada cara sendiri untuk cari duit, tapi aku rasa telling people to click by leaving messages on cbox or apa-apa melampau.
Tapi if you do it in your blog, telling people to click, orang yang baca sendiri untuk click. Personally aku rasa benda tu tak ada masalah. Suka hati dia nak buat apa. Its that person’s got damned blog jadi nak cakap banyak pun tak guna.
Sebab aku pun buat macam tu.
What the hell kan? I need that freaking money.
Plain´s last blog ..Hampir Metamorphosis
about 9 months ago
hi salam, i pon baru perasan pasal hal ni, mule2 dorg masuk kt cbox i ckp klik2 ni, rase cm pelik. Tak penah tegur or komen ape2 tibe2 ckp klik, sampai rase cm kelako pon ade.
about 9 months ago
sejak aku letak shoutbox kat blog.. baru aku perasan akan kewujudan team nih.. ko tgk jeelaa kat shoutbox aku.. ade jee yang masuk then bagitau dia klik nuff aku.. ada sesekali aku cuba masuk blog depa.. then bg message kat shoutbox.. “salam klik klik” makin ramai pulak yang singgah blog aku pegi klik nuff then suruh aku klik depa punya.. huhu haru betul
about 9 months ago
langsi btol ayat2 ko…
nk tnye sk8…
otai sgt ke?
hellioz´s last blog ..10 Reason Why PDA Sucks!!!
about 9 months ago
macam pantat. ni ke nak tunjuk ajar? nuffnang sendiri xde nak maki2. asal lu nak maki? tw lu dah lame, semua kenal. as 1Malaysia, kongsi la.ni yang salah, lu hentam macam cibai. ade yang buat team, kalau lu tw salah, tak sihat keje tu, cakap elok2 xboleh? nak maki orang ingt lu perfect? lu pun start from zero,k. beb, rasul palsu pun tegur orang care baik. lu mane belajar tegur orang macamni? lu cakap lu otai. jauh mane lu otai? sedangkan ilmu xhabis beb. yang cakap otai ni, mangkuk je bg aku.sesedap hati lu je nak panggil najis la ape. lu pikir ni anak binatang ke ape? bodoh sombong!
hbz´s last blog ..Pemergian yang tidak diundang
loq
Reply:
December 5th, 2009 at 5:45 am
kau komen pun banyak perkataan lucah dan kurang ajar.Siap lu dengan gua lagi.haha .Shallow minded people always like this.Jangan komen macam hbz ni ye adik-adik.

loq´s last blog ..Nak akaun google wave?
about 9 months ago
yg kelako
siap ada yang ‘buatbuat kenal’ kita then suruh kita klik nuff adv dia…tak kuasa nak layan….
Fid´s last blog ..bekerja keras pada sabtu ini
about 9 months ago
ramai sangat yang menjilat bontot kt komen2 kt atas neyh…
gyahhahaha~
hellioz´s last blog ..Blogger Otai VS Newbies~
Rjuna
Reply:
December 5th, 2009 at 10:34 pm
kami pon baru tahu anda gay sejati, suka jilat bontot
about 9 months ago
berblog dgn gembira.. yeay~

Anarm´s last blog ..Buat web guna cPanel atau DirectAdmin
about 9 months ago
otai akan dijadikan idol. idol bapak lu panggil orang najis? stfu la. Shallow minded people is better thn u. nak menjatuhkan kaum sebangsa. bukan nak betulkan yang baru dengan baik. Ini ke otai?otaik!!
hbz´s last blog ..Otaik! bodoh sombong!!!
Rjuna
Reply:
December 5th, 2009 at 10:30 pm
Kalau aku tulis DapatWang.com tu scam, aku rasa ko pon akan hentam aku, tapi takpe, aku nak biar Bank Negara serbu-akaun kena beku, duit korang pon lesap, baru korang terasa teguran kami ni berguna
kalau kami nak jatuhkan kaum sebangsa, baik kitorang buat diam2 tak tahu jer, biar korang kena ban terus
adakalanya teguran keras amat berguna, teguran yg lembut selalunya tak di-endah
about 9 months ago
lolz…nie perang ke ape nie?? no hard feeling guyz..take it easy..x kan bende mcm nie kite nak gado kot..yg untung sangat nye nanti sape?? advertiser gak.. nanti ape kita kejar x dapat,taik gak dapat..tp aku dah de taik sndr..so x mau la taik orang lain..aku leave comment nie bukan nak tunjuk aku nie pro ke ape coz aku nie memang newbie yang x reti ape2 pon,saje nak mencelah di tengah2 perang dengan tema “KEAMANANAN”
..yg older blogger,take all response as “kemanjaan adik2″,yg newbie take this post as “teguran abang2″..kalau terasa pon,simpan dalam hati dan pk la sendiri..kan SEMUA DAH BESAR..sape yang rasa belom besar tu,BELAJAR UNTUK MEMBESAR tapi bukan banyak ok.. no hard feeling ok guyz..undur diri dulu~
mrdzy´s last blog ..Membawa Diriku Ke Kampung??
about 9 months ago
permbetulan~
sape yang rasa belom besar tu,BELAJAR UNTUK MEMBESAR tapi bukan *makan banyak ok.. no hard feeling ok guyz..undur diri dulu~
mrdzy´s last blog ..Membawa Diriku Ke Kampung??
about 9 months ago
Aku rasa cukupla komen korang setakat ni, tak perlu la nak menegakkan benda yang dah tak betul dengan hujah-hujah nak cari salah penulis
benda kalau dah tak betul tu banyak pulak bunyi dia, kes pon dah selesai, ternyata Khai memang otai pon, cayalah lu Khai.
Thanx jugak buat otai-otai di twitter, facebook yang membantu menumpaskan sindiket taik klik klik ni
ruangan komen utk entri ini ditutup dengan kata azimat,
SAYA KLIK-KLIK IKLAN ANDA KAH KAH LOL