Misteri Topeng Putih

Antagonis= watak jahat/hitam/ganas/makan budak/gagah perkasa

Protagonis= watak baik/hero/pembela/skema/suka cium awek cun

Dalam filem atau drama watak Antagonis tak semestinya jahat dan Protagonis tak semestinya adiwira, kali ni aku senaraikan watak jahat dan baik yang menggunakan topeng putih sebagai medium untuk menyembunyikan identiti misteri mereka,

sebab apa mereka sorok identiti? hah.. itu yang kita tak tahu, mungkin..
-sebab tak hensem
-muka jerawat/muka pecah rumah
-inginkan privacy
-takut kena selsema babi
-mereka berwajah jambu auww.

1.Romeo (Ghost season 2 8tv)

hobi saya suka kumpul rama-rama

Juga dikenali sebagai Pembunuh Tattoo, dia pakai topeng putih ni setiap kali membunuh mangsanya, siapa sebenarnya Romeo masih lagi menjadi teka-teki penonton, drama ni berjaya membuat penonton ternanti-nanti sampai psiko tentang apa yang akan berlaku dalam episod seterusnya, kalau nak tengok kelainan drama Malaysia, korang mesti layan drama ni kat 8TV

Spoiler Update= Romeo ialah Din abang kepada Ramlan

2.Michael Myers (Halloween)

michael myers halloween

Pembunuh Halloween, dia ni ada masalah mental sejak kecil, kurang bercakap dan keluarga nya pon memang tunggang langgang, pada malam Halloween dia dah start bunuh semua ahli keluarga dia, kecuali mak dia dan seorang kakaknya, tahukah anda pesakit mental tidak akan dihukum bunuh, tapi kena kurung kat hospital sakit jiwa jer. yang pelik dia ni tak mati-mati dah berapa sequel entah filem nya

3.Jason Voorhees (Friday The 13th)

Jason Friday the 13th

Pembunuh ber topeng hoki ais, asalnya dia ni kononnya budak yang mati lemas dalam tasik Crystal tu, entah apa dendam-mental dia ni sampai bunuh orang, aku pun tak tau, tak pernah tengok  sampai abis pon filem dia, masih ada ke yang fobia hari jumaat 13 hari bulan? baca sini paraskavedekatriaphobia

Jason pinjam parang boleh? Run for your life beb.

4.Puaka Topeng Putih (Telefilem Astro Ria)

Nampaknya gua dah kenal siapa Romeo, oh menyamar jadi puaka dlm drama ni pulak yer, LoL camner leh sama topeng nih kah kah kah :lol:

5.V for Vendetta

V for Vendetta

Filem ni mengajar aku tentang, jangan mempercayai 100% apa yang di momokkan kerajaan dalam media massa, semua putar belit pemimpin, dan si V ni muncul mendedahkan semua fakta yang disembunyikan dengan letupan, pembunuhan dan bunga api, baginya seni letupan itu karyanya yang paling agung, penuh falsafah mamat V ni

6.Phantom Of The Opera

Phantom of the Opera

Maafler aku tau filem ni dari lagu jer, tu pun budak AF yang nyanyi LoL wakaka, tengok sekali pun tak pernah, apa yg aku tau mamat The phantom tu hantu yek? ke orang betul? ish kena sedut filem ni, siapa yg dah tengok sila komen di bawah yek

Ada apa-apa filem lain yang ada pakai topeng putih? sila komen di bawah ya, filem scary movie tidak diterima, kalau ada nanti aku update.

Niat hati nak letak Mikaeel Jackson, (dia pun topeng putih gak), tapi tak sampai hati pulak, apapun yang penting jadilah orang yang baik, taatlah kepada perintah tuhan, buat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang dilarang ok.

happy-happy selalu dan selamat beramal :razz: :pirate:

p/s= update yg entah hapa-hapa dari aku, cam desperate je nak update, dalam hati malas jer menaip, apa nak jadi ko ni Rjuna haish.

Incoming search terms:

  • topeng muka
  • puaka topeng putih pelakon
  • puaka topeng putih download
  • topeng hantu
  • misteri puaka topeng putih
  • astro ria online puaka topeng putih
  • pelakon topeng putih
  • muka ganas
  • misteri topen putih download
  • jason voorhees betul

13 thoughts on “Misteri Topeng Putih

  1. topeng putih memang glamer sekarang ni.
    sana sini orang pakai white mask ni. nak elak H1N1. nak elak asap jerebu.
    kesimpulan aku
    orang yang pakai topeng putih bukan orang jahat :lol:

    apa aku mengarut ni :?:

    [Reply]

  2. ada lagi satu xtaruk..watak Frankenstein dlm death race..menunton bersama cewek mu :up:

    Rjuna= tu tak misteri sangat, cewek? siapa?

    [Reply]

  3. Phantom of the Opera tu faveret aku cos lagu-lagu dia best gilaaa..

    dia bukan hantu. Tapi panthom. aaa mcm hantu ke? aku pn konfius. lame dh x ulang tengok citer ni. hihi

    tp mmg best lagu2 dari cite ni!

    Rjuna= nanti aku cari yg download punyer hihi

    [Reply]

  4. huh! penat aku sebagai kipas susah mati scary movies bagi cadangan filem tu, tapi x dimasukkan :vangry:

    haha. aku pernah tgk puaka topeng putih tu, tapi xtgk part romeo keluar tu. haha. aiseh, xde topeng lain ke. hoho :lol:
    Rjuna= puaka yg pakai topeng tu pelakon yg bawak watak Ramlan dlm Ghost keh keh, produksi sama kot, tapi malu lah recycle topeng yg sama

    [Reply]

  5. “remember remember the 5th November” – V For Vendetta :up: hehe.. citer heavy tapi penuh story.

    Rjuna= yup kalau siapa tak minat falsafah n politik maybe kata boring

    [Reply]

  6. ok ape update ko ni arjuna…
    nmpk cam ko buat research laaa

    haha

    erm, ko ade masuk mentor ke rjuna??
    bukan ko ke yg nyanyi dalam episod manentah aritu…?
    sore sedap brader tu…

    Rjuna= aku masuk Mentor? haha bertuah la aku masuk tv haha, ok ke? aduh malu dgn blogger yg otai, tulisan tak seberapa n cincai (main redah jer)

    [Reply]

  7. jason paling best.

    Topeng putih try rujuk filem hollow man, star wars, masked, watch men and bleach. hehe.

    Rjuna= Jason best yek, hmm kena sedut filem dia yg baru tu, hidup sedut

    [Reply]

  8. oic, ada juga istilah untuk pengguna-pengguna topeng ni ya. aku main tgk jerk. hehe

    Rjuna= bukan istilah itu gelaran or nama mereka (berlakon je beb), ada yg jahat mcm setan n ada yg nampak cam jahat tapi hati baik

    [Reply]

  9. ak pling suke watak Jason Voorhees (Friday The 13th)…
    die ni susah nk mmpos mati…
    lawan dgn hantu2 lain pon leh mng…
    da kne bnuh pon ley hidup blik…
    waaaa…
    respek beb…respek…
    hahahha…

    yang v for vendetta tu plak bru td tunjuk kt tv3…ha3…
    ak da tengok..
    ok la…cter pasal kerajaan yang korup…
    mcam kt malaysia skrg..ooppss!

    Rjuna= waa semua kata Jason best ni, padahal selalu aku layan Halloween jer, kena sedut jugak ni

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: