Mencari Khusyuk dalam Sujudku

yang mana jenis solat anda

“Solat itu tiang agama..di akhirat nanti amalan pertama yang dilihat Allah ialah SOLAT 5 WAKTU, jika kamu gagal bab menunaikan Solat ni, nescaya Allah takkan melihat amalan kamu yang lain, seperti Puasa, menunaikan Haji, berzakat, Sedekah dan lain-lain amalan lagi”–kata seorang Ustaz.

Alhamdulillah sejak kecil, kedua orang tua ku memberatkan amalan solat, tiap detik waktu solat mereka akan bertanya ” Long..ko dah sembahyang ke belum?”, sampai satu tahap kalau meninggalkan solat aku rasa macam bersalah sangat, hati tak tenang selagi belum mengerjakannya, kadang tu sengaja atau tak sengaja tinggalkan solat, aku cuba meng-qada’ nya kembali.

Tapi akhir-akhir ini hatiku selalu berkata-kata, adakah solat ku ini diterima Allah, 4 rakaat terasa macam aku buat 3 rakaat, kadang tu badan solat tapi pikiran melayang entah kemana..tau tau dah tahiyat akhir, ada bacaan yang kekadang aku skip secara sengaja dan tidak sengaja, macam doa qunut, iftitah, bacaan duduk antara 2 sujud, bacaan sujud, Iktidal, laju jer abis, macam terpaksa pon ada.

Masya Allah entah solat jenis apa yang aku kerjakan selama ni, itulah petanda solat yang tak khusyuk, tak khusyuk ni kira hilang fokus la dalam solat,

Syaitan pernah memberitahu Nabi Muhammad SAW, katanya ada anak-anak Syaitan yang ditugaskan mengganggu umat nabi ketika solat, seperti membuat fikiran melayang ke tempat lain, mempercepatkan bacaan dan rakaat, lupa ayat bacaan, hmmm patutlah  selama ini aku tak khusyuk dalam solat, di ganggu anak syaitan rupanya.

Untuk meperbaiki mutu solat, aku telah bertanya kepada kawan-kawan dan membuat sedikit carian dan kajian di internet, mari berkongsi apa yang telah aku perolehi

Langkah- Langkah mencapai tahap khusyuk dalam Sembahyang

  • Bersihkan diri dan berwuduk dengan sempurna
  • Kosongkan hati dari memikirkan masalah duniawi dan elakkan gangguan bunyi bising ketika solat
  • Membayangkan diri bahawa Allah berada di hadapan kita, memerhati dan mendengar bacaan yang kita sebutkan.
  • Solat seumpama kita tahu yang esok kita akan mati
  • Solat berjemaah
  • Memahami dan mengerti maksud bacaan dalam sembahyang
  • Menaruh harapan Allah menerima solat yang kita kerjakan, dan bimbang sekiranya solat tak diterima
  • Solat seperti yang dikerjakan Rasulullah
  • Membaca sedikit kuat bacaan (jika solat seorang diri)
  • Solat ketika masuk waktunya dan tidak melambat-lambatkannya

Aku tengok  semakin hari semakin ramai orang tak solat, moga dengan entri kali ni dapat menyedarkan mereka tentang kewajiban kita sebagai orang Islam, anda kata anda orang Islam tapi anda tak menyempurnakan rukun islam ke-2.. Mendirikan sembahyang 5 waktu sehari semalam, kalau dah tak sembahyang agama apa lah orang tu yer?

Aku nak menegur pon.. aku bukanlah betul sangat, moga yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk tu dari kesilapan aku sendiri, sama-sama kita memperbaiki kualiti solat kita, sembahyang lah anda sebelum anda di sembahyangkan Amin.

Incoming search terms:

  • solat 5 waktu
  • menunaikan haji
  • solat itu tiang agama
  • amalan 5s
  • sujudku
  • sembahyang lah kamu
  • sembahyang tidak kira usia
  • solat
  • syaitan ganggu bacaan ketia solat
  • mencari kusyuk solat

16 thoughts on “Mencari Khusyuk dalam Sujudku

  1. Pingback: Salam Tahun Baru 2010 | RJUNA

  2. Nak tambah boleh??..saje je..

    Peranan seorg hmba ialah beribadat..
    Kita sepatutnya sntiasa bersungguh2 dlm menunaikn ibadah
    Tapi kbnykn drpd kita..akn lebih besnggh beribadah bila nak tiba waktu exam..@ hadapi masalah…Bila senang..kita mudah lupa siapa diri kita..Sy berpesan pd diri sy dn juga kwn2 semua..marilah kita terap budaya sntiasa bersungguh2 dlm bermunajat kpdNya..krn ajal tak mengenal usia…SUJUDlah sprti kita akn dilemparkn ke neraka..perasaan yg wujud pd saat itu akn mmbri bnyk kesan dlm aktiviti seharian kita..

    renung2kan & slamat beramal..=)

    [Reply]

  3. alhmdulillh..ade gak org mngingtkn..hehe.. :up:
    psni nk repair2 jer,supaye solat aku lbih kusyuk..
    yg pnting solat kene yakin..trime atau tdk,sume tu Dia tntukn..

    Rjuna= ingat-mengingati amalan mulia di sisi Islam, tegurlah kawan-kawan yang tak solat ye

    [Reply]

  4. Ustaz aku ada mengatakan ” mencuri di dalam rukuk” . Yelah, macam kita rukuk kartun tu, bacaan speedy gonzalez…

    Rjuna= aku pernah dengar kat TV3 “seburuk-buruk manusia..ialah manusia yg mencuri dalam sembahyang”- sabda Nabi Muhammad,

    bagaimana mencuri dalam sembahyang? Dia tidak rukuk dan sujud dgn sempurna..masyallah minta dijauhkan

    [Reply]

  5. penah dengar ustad cakap solat orang2 awam ni kalau dapat 1/10 pun kira dah baik..tu yg suruh pi solat jemaah, boleh cover2…

    Rjuna= yup kalau tak silap pahala org solat berjemaah ni 27, dan solat individu dikira 1, kalau salah tolong tegur ya

    [Reply]

  6. Mmg betul tuu… kebanyakan orang mmg liat untuk menunaikan soalat.. termasuklah aku gak… ikut dan jerk… kadang2 tuu solat cm keretapi ekspress je.. tapi alhamdulillah semenjak aku nak bergelar seorang suami ni.. solat aku telah dijaga dgn baik… itupun ada ustaz yang bgth kat aku.. klu nak jadi seorang bapa dan suami yang baik.. pastikan sebulan sebelum kita berkahwin solat harus dijaga dengan baik. Insyaallah

    Rjuna= bagus ejoy, semoga bila ko dah kawen nanti, bertambah rajin la solat tu, jgn sebulan kawen je, teruskan berterusan

    [Reply]

  7. senang jee zelo55 kaloo ko nak lekat subuh..try dalam seminggu ko pergi masjid hari2..dun stop..insyaAllah ko boleh..yg penting hati ke kuat…..thnx to rjuna 4 good entry..akhirnyaa…update gakk

    Rjuna= pandai cik ellyza kita, tambah saham ko 10% calon bini hehe

    [Reply]

  8. nice sharing… :smile:
    paling susah nak concentrate time subuh. pikir nak cepat je utk sambong tido balik..hehe

    Rjuna= kalau niatnya betul nak bangun, pasti tuhan bantu, motivate camni, “alahai 2 rakaat je pon aku takleh buat..lemahnya”

    [Reply]

  9. biasanya waktu yg feymes org tinggalkan waktu solat asar & subuh.

    Rjuna= yup setuju

    [Reply]

    Hamba yg hina Reply:

    Allah ada berfirman..solat isya dan subuh amat berat bagi org yg munafik.nauzubillah..sama2 lah kita solat.insyallah.amin….

    [Reply]

  10. solat ni ader byk jenis..ader yg jenis tarik tali. ader yg jenis tul2 khusyuk dan ader yg jenis solat tp dpt dosa..ada satu kata2 yg mengatakan sesungghnya rugilah bg org yg bersolat….tp kene ingat yg dikatakan rugi tu adalah bg org yg solatnya x khusyuk malah men2 dalam solat..
    Sbnrnya byk care nak khusyuk dlm solat..dalam perkara solat jika hendak khusyuk salah satu cara nya adalah kita kene jaga perkara2 yang kita lakukan sblm solat..cnthnya mase nak pergi solat, nak amik wudhu dan nak mula solat..suma tu kne jaga..insyaallah khusyuk tu datang..mmg ssh kalo nak khusyuk tp bila kita dah dpt maka ketahuilah kita spt x nak behenti solat…dapatkanlah kekhusyukan solat..pastu anda akan mengiyakan apa yg saya katakan…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: