Belek belek arkib gambar dalam pc ofis, terjumpa satu blog header lama yang pernah aku buat dulu, ia mengingatkan kembali zaman aku masih bertatih dalam dunia blogging ni.Kalau tak silap aku dah mula ada blog sejak tahun 2003, tanya cik Maryam dan aida azura kalau tak cayer.

nostalgia blog cenderawasih

aku nak tunjuk bukti pon takde, sebab dah delete blog Cenderawasih tu (kenapa la aku delete..nostalgia tu ), yang tinggal cuma header blog sahaja. Zaman tu mana ada Photoscape..letak huruf pon pakai Paint je, time aku buat dulu rasa dah cantik sangat, sekarang bila tengok balik..mak aih huduh gila, logo love bersayap tu milik band Dewa (fanatik dulu), itu bukan burung cenderawasih ya, entah mana punya gambar burung aku sebat, mungkin itu burung twitter.

UPDATE!
Terima Kasih kepada Saudara Firdee.net kerana telah menjumpai, arkib blog lama aku, menggunakan kaedah Wayback Machine

jom melihat langkah pertama aku ke dunia blogging nih

cenderawasih 2003{ klik sini untuk ke arkib lama cenderawasih }cenderawasih 2004{ klik sini untuk jenguk Cenderawasih tahun 2004 }cenderawasih 2005 { klik sini utk jenguk Cenderawasih tahun 2005 }

Suatu Ketika
Minat tulis blog mula bercambah selepas membaca dua blog otai ketika itu Nizam Zakaria dan Sultanmuzaffar, masa tu la mula berjinak dengan Blogspot oleh Google. WordPress pon tak wujud lagi masa tu.

Zaman dulu punya Blogspot mana ada widget-widget cam sekarang, semua edit code html kat template tau (petak kepala), start situ aku study code html secara try & error, takde cikgu nak ajar aku pon.. semua belajar sendiri tau, code html tu aku edit dengan bantuan Microsoft Frontpage.. maka terhasil la blog bernama cenderawasih.blogspot.com, Cenderawasih ketika itu lebih kepada lirik lagu dan perkongsian mp3 lagu.

Aku masih ingat Lirik Alhamdullillah-Too Phat, Yassin dan Daly AhliFiqir, yang aku salin secara ‘pause n play’ telah di copy-paste dengan meluasnya sampai masuk majalah hehe, siapa ada copy angkat ketiak cepat.

sekarang nama blog Cenderawasih tu  dah digunakan oleh orang lain, aku tengok owner nya dah lama tak update sejak 2006 http://cenderawasih.blogspot.com/

So kira layak lah aku dipanggil blogger Otai kan haha perasan, pengalaman yang berharga adalah cikgu paling hebat di dunia, tiada jalan pintas :pirate: