Ada orang kata jadi tentera ni loser, tapi aku tetap suka dan bangga, apa taknya ayah aku sendiri seorang bekas tentera, pernah jugak masa sekolah dulu ada hati nak jadi komando, pengaruh filem Rambo kuat masa tu.
Badan tegap, muka celoreng, hanya dengan sebilah pisau, korang mampu hidup berdikari di hutan, memporak-perandakan musuh, hidup dan mati hanya diabadikan buat bangsa dan negara. Itulah lah kebolehan seorang komando, tapi tahukah anda bagaimanakah seorang komando dipilih dan di lahirkan, mungkin Malaysia perlu menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai dunia komando ni, dulu Majalah 3 pernah buat sikit.
Kalau korang rajin godek² youtube, dapat la lihat sikit bagaimana diorang di rekrut untuk masuk ke dalam skuad khas itu, dibiar dalam hutan berminggu-minggu, badan disalut lumpur, makan beruk panggang, berkubang dengan lumpur malam hari. Pendek kata mimpi indah hanyalah semalam.
dan video di bawah hanyalah secebis latihan yang cuba di politikkan, video di bawah adalah latihan asas bagi menguji seseorang komando jika ditawan pihak musuh, adakah musuh akan membelai manja tawanan? dan bagaimana kalau rahsia seluruh skuad di ketahui pihak musuh? Saksikan..

Sedut video ini dalam fail 3gp | Flv
Kredit Screenshot= Syahril A.Kadir
Incoming search terms:
- Komando
- komando 69
- komando malaysia
- askar komando
- latihan komando
- awek melayu 3gp
- paskal komando
- gambar komando 69
- latihan asas komando
- kursus asas komando
Ruangan komen telah ditutup oleh tuan punya blog, terima kasih kepada anda yang telah memberikan komentar :up:
SALAM….whai Anggota Komando sekelian…..
tak perlulah engkau hebohkan
lupa kah ko dgn sumpah prajurit komando
ape yg ko dapat…dgn kehebohan ko tuh..
ingat ingat….kita adalah aset yg amat berharga…
jiwa ku hanye untuk KOMANDO…..
nurjeff Reply:
July 17th, 2010 at 2:51 pm
slm..xslh nk bkongsi dgn org lin sbbnya hny org y btl2 ingin tau je y akn buka web2 cmni..sumpah n taat setia komndo ttp xkn tergugat even ada bnde2 cmni pon..bangga dgn komando…
Rjuna Reply:
July 17th, 2010 at 9:55 pm
Kalau tak keberatan boleh tak kongsikan sedikit, kandungan Sumpah & Taat Setia Komando tu
sekadar ingin tahu, kalau rahsia tak mengapa
:cry: waa..bc cte ttg latihan komando mmg blh menitik airmata..betapa selesanya kta tdo d umh bbntalkn tilam n bntl y empuk..xdpt dbygkn cmna my bf dlu ms training..nsb sy knl ms dia dh jd komando..klu x mau hr2 sy ngs igtkn kesengsaraan dia..pttla dia btl2 fit lua n dlm..jati dri y tgi..sy bangga dgn my bf..btpa pntgnya mhrgai pgorbnn perwira2 kita..kta tdo selesa..mrk tgl ank bini utk jg negara…sob..sob..mmg tharu,sdh n bbgga mjd mkwe komando…smoga perwira2 ku d lua sn sntsa d dlm ksjhteraan n d lndungi dr bhya xkra sp n d mn anda berada..amin…p/s:dlu xsk askar.tp tuhan nk tnjuk bcnta dgn askar gk…alhmdlh..bhgia.. :suka:
:up: phia..bkn smua komando y ganaz pd kuarga..buktinya my bf sgt sygkn kuarganya,tmbh2 mak dia..sy btl2 respek dgn dia.sy prnh kapel dgn askar biasa,tp xsm dgn my bf now,sorg komando.pckpn lmh lmbut,hrmtkn wanita,penyayang sgt2,penyabar n he is very cool guy.y plg pntg dia sorg y mpunyai prnsip hdp y tgi.mmg komando d latih sbgitu rupa…sbg sorg isteri@awek,kena fhmla tgs dorg ni,klu kena tgl bbln2,biasala 2..kta sbg istri@awek kena sm mjg hbgn,kstiaan n maruah diri.brpa rmi bini askar y curng bl suami btgs..kta kena fhm..dorg bgadai nywa utk ngra..bkn bfoya2..TABIK KPD SMUA ASKAR N ESPECIALLY KOMANDO MALAYSIA!
umur aku bru 16.aku nk jd komando.sudah lama aku impikan.aku nk msuk dlam unit skuadron perahu khas di kem iskandar marsing johor.bapa saudara aku pun seorang komando.aku setuju layihn mcm 2 di buat.phk msuh x kn brlembut dngn kita.biar aku mati di tngn pihk musuh,aslkn aku tidak bcor kn mklumt skuadron kpda msuh..hidup komando….
Rjuna Reply:
June 26th, 2010 at 4:11 pm
selamat berjaya Erhan, baru umur 16 yer
aku minat sangat nak jd komando..tp sayang,aku lg stdy..aku nak jd mcm bapa aku..bapa aku seorang komando berpangkat staf sarjan..beliau pernah ikut pengaman PBB kat bosnia herzegovina pd thun 1997..time tu aku tadika lg..bapa aku kata,kalau nak jd komando,ikt latihan dulu..bapa aku cerita,dgn berbekalkan segenggam beras,tiga batang mancis,pisau tumpul,periuk kecik..selama 4 bulan dalam hutan..bapa aku ngan 4 org member dia..sebab time tu komunis bnyak..penah gak bapa aku crta yg sorang member dia mati kna periuk api komunis time operasi besar2an lawan komunis kat johor..time tu mak aku x senang duduk..kena sepak,tampar,terajang,makan taik dah biasa bg sorang komando..memang ganas lah latihan diorang..berendam dalam lumpur,tdur xpkai bju dlm hutan..byangkan,nyamuk bjuta2 ekor wooo!!klau korang x caya,aku msih lg simpan keratan akhbar pasal bapa aku btugas di bosnia..
Rjuna Reply:
April 12th, 2010 at 9:37 pm
Kami sanjung dan tabik hormat bapa kamu Rambo, seronok baca kisah komando tu, adakah beliau masih hidup?
ayah kamu pasti bangga, anak dia nak jadi komando macam dia
rambo Reply:
April 13th, 2010 at 12:28 am
yup..bapa saya masih hidup dan sihat walafiat..berbadan tegap..tp penyayang..umur bapa saya skrang 54thun..beliau pnah ditemubual oleh wartawan TV3 semasa mereka tiba di KLIA pd masa tiba dari bosnia..bapa sayalah yang menolong tentera british semasa land rover mereka terkandas semasa salji tebal..kalau saya balik kampung,msti org tanya pasal bapa saya..dan saya pula digelar anak komando..hehe..bapa saya ialah Komando dari RGK ke-11 Special Air Service(SAS) dan beliau pernah ikut kursus (CQB) Close Quater Battle..
rambo Reply:
April 13th, 2010 at 12:33 am
sekarang bapa saya dah pencen..mcm2 pencapaian beliau..terjun payung,climbing n many more..sapa x bangga jd anak komando..hehe..
salam…..buat rakan2….hidop komando,komando,komando…..ayat itu di gunakan setiap….ujian2 dlm peringkat apa jua pun……bukan senang nak senang…..tiada masa utk rehat,…..saya dari 1/96 rasa berbangga…..memang susah nak melepasi halangan yang getir dalam komando. 2 minit adalah tidurmu…itu lah yang boleh digambarkan betapa sengsaranya untuk menjadi seorang anggota komando….hanya tuhan saja yg tahu……cuba anda bayangkan…..masa tu saya dan rakan2 seperjuangan…..kena diuji sampai tahap kami lupa siapa diri kami…..di suroh nyanyikan lagu NEGARAKU pun boleh lupa lirik……hahahahaha…..kerana fobia……tengok muka2 jurulatih…..tapi alhamdulilah…..saya berjaya akhirnya…….179org yg ikut kursus asas komando yg lulus masa intek saya hanya 28 org saja….
btol3….kdang2 die mnceritakn ttg khidupn die time traning dlu
tkut jgk sye mdgrnye..mcm xprcaya ape yg die lalui slame 3bln traning..
walaupn hnya pkweku satu-satunye india yg join traning trsbut ketika itu…wlaupn kami brlainan agama aku ttp mnyokong die….best friends pkweku kecundang ketika malalui ujian renang so die je la yg truskn niat mnjdi komando walaupn ktiadaan bestfriendsnye itu…
mcm best je join ruangan nie… :suka:
pkwe syepn komando gak..
mmg die nie dsyat n plik ckittt
seorg yg sgt brahsia n x sk kepoh2
sye bangga mnjdi awek komando..hehehe :suka:
Rjuna Reply:
February 1st, 2010 at 3:48 pm
mungkin tu yg diterapkan dalam komando, wajib merahsiakan hal operasi walaupun dengan keluarga sendiri, RESPECT :up:
anak komando Reply:
March 18th, 2010 at 11:03 pm
salam. aku setuju sgt2. mcm yg pernah aku respon dulu, bapak aku tak pernah langsung citer pasal operasi dia sepanjang bergelar komando since 1967 (or maybe awal lg… aku kurang pasti) hingga 1981. ada tak de pun dari mulut org lain. citer misi khas mereka kat sempadan siam. tp itu pun dengar dari tuan borhan (tan sri – mantan panglima atm, CO bapak aku masa kat sg udang kem) masa dia datang rumah ziarah pemergian arwah bapak aku ngan pakcik rahim king (datuk), jugak ngan kawan2 dia yg lain. kira bangga sgt2 ngan jasa bapak aku aku walaupun mereka ni bagai wira yang tak suka didendang.
rambo Reply:
April 11th, 2010 at 11:23 pm
korang diam kat sg.udang erk?..aku dulu diam kat kem gerak khas..
nurjeff Reply:
June 30th, 2010 at 9:18 pm
:suka: hi smua…mmg bestla join ruangan ni..my bf pon komando gak,alhmdlh skrg dia pgkt kapten..btl cm rein ckp 2,my bf pn pdiam,ganaz n perahsia..y plg xthn 2 dia sk mduga n gn psikologi cz nk tgk kesetiaan sy.alhmdlh..hbgn kmi pon bjln lncr..but cedey n rindu bl d tgl2kn..dia juh nun d mersing..me d kuantan…ni pn dh lm lost contact..rndu hny tuhan y tau.tp sbb smgt y ada dr sorg komando,sy mjd tabah ht krn pk tgjwb dia pd negara lg pntg.bangga jd awek komando..HIDUP KOMANDO MALAYSIA!
mase zaman sek minat sgt nk jd askar.masuk la wataniah.tapi waktu tu tunang xnak kami satu uniform.maka sekarang jd lah nurses plk..leceh lh.sy suka aktivit lasak.tp,lain job susah lah skit.nak tukar bidang oun mmg x blh dh.
MAJU KOMANDO.. mmg x gune la sape yg report kate latihan keras.. ingat kalau kene tawan org tu bleh men gitar nyanyikan lagu ke?? kene rendam dlm ais.. lg sejuk hahah.. nak try mcm ane duk dlm ais? join komando..
wlau skrg ak hnya brumur 17 thn dn seorang boy rmc nmn ak ber cita2 utk mnjdi srng komando……….
tida sbb lin ak ingn mmjdi ttra mlainkn mhu mnjdi kmando……..
ak blm puas kna maki hamun,smph srnh,peyepak,pnrjg……..
asl niat ak btul….insyaalllah;)
RESPECT COMMANDO
;-)
.-= semut´s last blog ..Tidak Ku Pinta Lahir Kedunia Part 2 =-.
bg la tip2 yg bleh membantu untk mnjd seoorg tntra
Rjuna Reply:
July 23rd, 2009 at 1:42 am
Syarat asas menjadi seorang tentera (Rekrut baru)
umur tidak melebihi 28 tahun
Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.57m.
b. Berat minimum: 47.5 kg.
c. Ukuran dada minimum: 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 16.4 hingga 26.9.
Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, penglihatan dan tidak rabun warna.
Lulus SPM/SPMV
Status= Bujang/Berkahwin
aku pun ada gak kwn dgn askar ni
aku rasa memang susah jd askar
tp korang kene buat gak
utk keselamatan negar
abg B doakan ang berjaya dlm latihan kali ni
Komando…satu nama yg menjadi kebanggaan kpd pemiliknya. Tak dpt jadi komando ATM & PDRM, jadi anggota pasukan khas agensi lain (spt PASPA-JPAM, MUST-Bomba, UNGERIN-PGM, STAR-Maritim Malaysia) pun dh ok. Jgn join Pasukan Khas Persekutuan M’sia dah ler…Janji latihan yg diterima lain dari yg lain. HIDUP KOMANDO & PASUKAN KHAS.
Rjuna Reply:
July 19th, 2009 at 10:55 pm
Hehe suhairi anda dari pasukan khas mana, tapi aspek lathan berbeza kot dengan pasukan yang macam anda list-kan tu
namapun komando, hanya yang tabah dan lasak mampu melepasinya, terima kasih kerana komen nya
Perlu diingat…dalam latihan komando, tiada istilah ‘dera’
Cerita pasal komando ni aku salah seorang daripada penuntut asas komando siri AK/1/96 dan siri AK/3/98. Walau 2 kali aku ambik memang susah nak melepasi halangan yang getir dalam komando. 2 minit adalah tidurmu…itu lah yang boleh digambarkan betapa sengsaranya untuk menjadi seorang anggota komando. Yang paling aku ralat masa kali pertama aku attend untuk kursus komando aku dah nak hampir lulus iaitu hanya tinggal 2 minggu sebelum menamatkan latihan. Bayangkan betapa kecewa aku ketika itu sehingga sekarang ia masih menghantui fikiran aku….. Walaupun begitu, aku akan terus mempraktikkan apa yang aku belaja masa kat Pusat Latihan Peperangan Khusus dulu. Masih terbawa2 bayangan latihan komando kepada aku hingga kini. Apa yang digembar-gemburkan dalam tv sedikit masa dulu hanyalah secebis dari kisah hidup komando. Tapi kami tidak merasakan ia adalah satu penderaan. Bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata….
Rjuna= terima kasih Alpha kerana menceritakan pengalaman anda, saya begitu ingin nak tahu bagaimana suasana latihan asas tu, ada tgk kat vcd & youtube tapi masih tak puas
Latihan macam ni ,biasala untuk Komando..dah nama pun special & elit unit..dia punya training kena la ‘special’ la sikit..
takkan kita nak komando pondan lak..
anyway, kalau tak silap saya kat Malaysia ni, orang perempuan dah jadi komando..tapi saya tak ingat..dalam VAT 69 PDRM atau PASKAL TLDM..penah masuk paper minah tu..dia pun kena belasah cam ni gak..
asllamualaikum saye zikri org melayu prbatasan serawak
saya pernah masuk TNI, tapi indon nopotisme tinggi
dan lagi saye orang rasa orang tempatan org borneo susah
mau ikut bergabung kalu tak kasi duit raswah…gapelah
di sebrang laut org tu suka sangat perang kami org perbatasan susah,,,,coz dato kami cerita sewaktu komprontasi sakit sangat.
:up: Tengok video latihan komando ni mcm best jerk.Mungkin nanti kalau saye berjaye masuk Mktab Tentera Diraja saya tidak didera hingga seteruk ini.INSYAALAH!!!
Rjuna= yang penting jangan kerek, jangan lawan senior, dan hormat ketua, kawan n lawan, insyallah takde kena dera nya
:up: hidup komando…hidup askar tanah…askar laut…askar awan…..he he…. dan lagiiiii….
untuk rJUNA…HE HE…nak tegur….ha ha..x yah lah nak kenal saya….untuk makluman saya sedang menyiapkan blog untuk anak-anak istimewa kat TLDM lumut ni…..
Rjuna= nama kamu Ardiwan Hasim bukan?
bleh x sesiape tlg komen lebih lanjut ttg soaln2 phia?
ape pn, ALL THE BEST utk sume KOMANDO2 di Malaysia!!! :up:
1. tiada bezanya khidupan rmhtangga sorang komando. sbagai sorang suami bapak aku mberikan kasih sayang spenuhnya kpd mak aku. ofcoz slalu kna tinggal atas kperluan tugasn tetapi sntiasa menitip kasih sayangnya mlalui surat (dulu mana ada emel atau hp). bagi diri aku, mungkin trasa kegerunan atas sifat garangnya bapak aku tetapi sudah tentu brtempat.
2. tiada masalah bagi bapak aku mnjadi sorang awam slepas tamat prkhimatan. mnabur bakti mngurus pngurusan jenazah (mandi dan kafan) di kariah kami selain mnjadi salah sorang ketua kampong di tngah2 bandar kuala lumpur
3. tidak hilang kwarasan mereka kerana sifat dan sikap profesional yg ada. mmg mereka mmpunyai kmahiran khusus yg xtra tapi antara tugasan dan khidupan sharian pasti dapat dibezakan. namun ktegasan dan patuh pada arahan tidak dapat disangkal lagi. mereka mmg setia pada pasukan dan dilatih untuk setia dan brahsia sejajar kmegahan beret hijau yang disarung di atas kepala. sbab itu aku tak prnah mndengar bapak aku cerita pasal operasi2 yang dilaluinya spanjang prkhimatan dalam grup gerak khas…
laju jantung saya baca cerita2 komando nie..Anyway,tahniah di atas ketabahan& kecekalan komando2 semua. Satu persoalan saya,bagaimana komando hidup berumahtangga?
1)Adakah dia akan tetap tegas & kasar dengan isteri tersayang?
2)Boleh kah dia menjalani kehidupan seperti insan biasa setelah dilatih cekal sebegitu rupa?
3)Adakah boleh seseorang itu menjadi hilang kewarasan berfikir dengan latihan2 sebegitu? kerana bagi saya mrk telah diasuh&dilatih bertahan& tempuh apa saja. Ini menjadikan mereka2 ini xtra daripada kebiasaan…. :!: :!:
Rjuna= ok para komando yg sudah berkahwin..sila jawab
narong Reply:
January 23rd, 2010 at 11:38 pm
depend pada orang, jika dia mempunyai tiang agama yang kuat.. insyallah semua yang negative tu boleh di jauhkan.
tapi kalau kurang,
jadi cam pak cik aku la…
berkahwin memang tak lama. dia lebih setia ngan pasukan dari bini. lebih sayang pasukan dari bini hahaha…
boleh hilang kawalan, kerana mental mereka telah diuji dengan tahap maksimum.
tapi ada gak komando yang cool.
Alpha Reply:
February 18th, 2010 at 11:16 am
Hahahaha….soalan…ok macam ni
1) Komando hanyalah satu sign bagi perajurit dan tidak kena mengena dengan peribadi. Dengan keluarga mestilah macam biasa. Tak ada la nak didik macam komando jugak.
2)Iyer…boleh hidup seperti biasa tanpa ada halangan cuma kalau dipanggil dengan segera, kena la balik cepat.
3)Haah…dalam latihan dulu ada juga masanya fikiran jadi blank sekejap. Mungkin tekanan masa tu jer…
WAAAA. :cry: :cry: :cry: :cry: …AKU BUKAN KOMANDO…..AKU DOK STOR JE DAH 16 TAHUN….. STOR LOJISTIK LAUT…. X TAU LA AKU KOMANDO KEJA CAM MANA… TAPI AKU TENTERA MCM KORANG GAK….PERTAHANKAN TANAH AIR….. :cry: :cry: :cry: :cry: BINI AKU TENTERA GAK…… TINGGAL KAN ANAK2 KALAU ADA LATIHAN PERTAHANAN….. MASUK NAVY SEMENJAK UMUR 18 TAHUN LAGI…. TU LAH YANG BAGUS… X JADI REMPITTTTTT
Rjuna= TLDM Lumut kah?, nanti jumpa saya kat stor FSD jgn lupa tegur hehe
Saya masih suka nak ceritakan pengalaman saya masa kursus dulu. Nuraihan, berat mata kau memandang, berat lagi bahu kami yg memikulnya ni.. Blitzkrieg, masa latihan di laut, kami diajar cecara menahan nafas dlm air dlm masa yg agak lama.. Mula-mula saya boleh brtahan 5 minit.. Pringkat kedua 7 minit..ketiga 10 mint.. last skali 15 minit..(Jika unit SBS Gerakhas, mereka akan brlatih menahan nafas lebih lama dari apa yg kami buat tu, bahkan brjam-jam)
malek Reply:
July 22nd, 2009 at 10:51 pm
saya mntk tentera pn xdpt sbb xbleh nk lari 1.2km ikut masa 3.30 saat cm nk nk bg bleh.cita skit
salam…
bc cerite2 ni je, dah mengalir air mata… :cry:
semasa saya masih bersekolah rendah ada ornag kampung yang keje askar bercerita tentang latihan komando FPDA di New Zealand pada tahun 80an.
semasa latihan itu komanda anggota FPDA akan bersembunyi, sementara komando tuan rumah akan cuba mencari mereka.
pada hari pertama, komando S’pore di temui dan diikuti oleh komando negara lain kecuali komando Malaysia.
walaupun latihan sudah tamat, komando Malaysia masih tidak di temui.
Akhirnya Komando Malaysia telah keluar dari yempat pesembunyian mereka. Apabila di tanya dimanakah mereka bersembunyi, mereka mengatakan telah bersembunyi di dalam tasik!!!
mulanya saya tidak mempercayai cerita ini. tetapi semasa menjalani latihan unit simpanan di Kem Majidee pada tahun 1995, seorang jurulatih telah bercerita tentang perkara yang sama. jadi barulah saya mempercayainya.
sememangnya Komando Malaysia adalah hebat.
kontroversi soklan rjuna ni… em psl kes altantuya 2, ada sebab kenapa sirul azhar n azilah 2 xpnah didedahkan wajah mereka secara live.. tahu knapa? mungkin sj lepas tamat perbicaraan mereka dikatakan dihukum gantung padahal mereka hanya ditukarkan identiti n mungkin di hantar keluar negara… ada kebarangkalian kan??? 2la UTK @ CIA @ FBI nye tugas…. sape yg tahu.. wallahualam…
Rjuna= boleh jadi juga
Aha..satu prkara lagi yg saya terlupa…Kami tak mandi sepanjang 3 bulan brkursus. Tak prcaya tanyalah rekrut komando lain.. Bau badan dah bukan macam bau orang dah..
Rjuna= sangat seronok membaca cerita Mejar Asraf dan Ahmad Zafir,
boleh tak saya tanya pasal, sumpah dan janji setia setiap anggota komando? apa pantang larang nya? adakah mereka akan mengikut semua arahan ketua, arahan menteri pertahanan atau arahan di raja, tanpa sebarang soal
sebagai contoh orang atasan mengarahkan 1 operasi rahsia dgn arahan bunuh (kes altantuya, komando UTK)
kude Reply:
July 22nd, 2009 at 3:08 pm
dh 2 thn bgewe ngan kdo even ayah n abg ipar pn kdo gak,kre dh leh phm r ckit-ckit cmne basic kdo ni,maybe 2 yg mle2 pas abis basic diorg cm xleh nk campor ngan org awam bb dh biase dilatih kasar smpai kne bwk kuar jmpe ngan kwn2,tp bangge sgt bb kuargaku,kuarga askar…..!!!!!!!!!!
Wow! ulat pokok dan larva kmbang ye…. Insya-allah mejar akan sy try masa latihan lanjutan.. Thank u sir! Memang sy prnah diberi penerangan oleh jurulatih masa kat pringkat hutan dan paya dahulu mengenai ulat pokok. Satu lagi mejar, masa di paya, di samping membuat latihan, kami juga diarah menunggu kalau2 nasib baik muncul buaya di hadapan kami. Ya buaya untk dijadikan menu istimewa. Tu kira untk dikongsi bersama. Lapah sorang sikit….Tekanan dan motivasi hadir sekali dlm latihan kami.
Smbungan..
Latihan akhir dipecahkan kpd 3 pringkat utama iaitu:
Peringkat prjalanan
Maksudnya prjalanan menuju ke kawasan operasi. Kami dipilih menuju ke sana menggunakan jalan sungai. Kami brtolak pda mlm hari melalui sungai muar.Brkayak sejauh kira2 95km menuju ke Pagoh. Lenguhnya tgn tak trkira peritnya. Otot2 mengembang.. Tapi kami brnasib baik sikit sebab dibenar brhenti seketika di tebing sungai utnk berehat walaupun dlm tmpoh yg amat singkat
Peringkat operasi
Tiba di pagoh, kami memulakan serangan di sebuah kubu musuh yg telah dikenal pasti. Serangan itu sama seperti demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan. Cuma kali ni skalanya lebih besar dan kompleks. Tak prlulah sy terangkan.
Peringkat pelarian
Stelah serangan brjaya dilaksanakan dan objektif trcapai, kami dipaksa sekeras-kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Maka brmulalah prjalan terakhir kami dan ini yg paling jauh. Kami trpaksa mengharungi ‘lautan api’ dari pagoh -Escape&Evasion- hingga -Kem Sri Iskandar- =250km …. Jurulatih brtindak sebagai musuh yg mengekori kami. Siapa yg lalai maka ke ‘neraka’ lah jawabnya. Pengalaman brjalan sejauh itu hanya Tuhan yg tahu. Tak prlu saya crita lagi sebab sy tak mau mengalirkan air mata. Namun di penghujung prjalanan… Akhirnya saya disentuh ‘musuh’ juga. Mereka heret saya lalu….. Masa tu tinggal beberapa Kilomtre saja lagi nak sampai kem mersing. Selain saya ada 3 orang lagi rakan seperjuangan yg telah ditawan. Saya serah saja pd DIA. Saya tahu ujian Allah ini tak lama…. Tahan .
….akhirnya…
Segala Puja dan Puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. Allahuakbar !!! Rupanya ujian Dia hanya ‘sesaat’ brbanding ‘selama-lamanya’………..
Telah ditakdirkan olehNya doa saya trmakbul -Seramai 35 LLP trmasuk saya & 3 pegawai layak bagi kursus asas komando siri kedua 2008. ‘BERET HIJAU DIJUNJUNG DI KEPALA’ -KEMEGAHAN BAGIKU HANYA SETELAH 3 PURNAMA .
untk ketahan dan keadaan seperti di paya..anda boleh cuba ulat pokok.,larva kumbang..kaya dgn protin.dan amik skit garam..jgn mengaku kalah untuk terus hidup.kerana komando dilatih dengan tegas dan aktiviti fizikal dan mental yang tggi berbanding tentera biasa..mempunyai kelebihan tersendiri berbanding tentera biasa..
Assalamu’alaikum rjuna & mejr asraf. Sy zafir yg lulus komando siri 2 08. nk becrita skit pengalaman sy spanjang krsus slama 3 bulan, yg start dr km sg udang… ‘Dtg mu tak diundng, jika ragu sila pulang’. Mksudnya jika anda takut dan tak sanggup dgn latihannya maka jgn la cuba2 nk jdi komando!
Kem
Di pringkt kem, mcm2 yg kami blajar sperti rappling & abslling dr heli. Kat sini hanya dibri mkn nasik kosong, lauk dan buah sbagai tnaga. Aktivti fizikal yg amat mncabar platih ialah berlari sejauh 76km! Ditambah pula dgn 2 sesi siang dan mlm.. Pringkt brlari inilah ramai platih yg trpaksa surrender. Sy sndiri rasa mcm nak teputus tali jantung. Tapi kami disdiakan air stiap bbrapa kilomtr. Gila jika xdak air. Bleh mampus hydration. Jln lasak 25km. Last skali pndu arah 138km. Pun 2 sesi jugak.
Hutan
Brmula di hutan kt Mrsing johor. Makanan kami jantung pisang, ubi dan beberapa jenis tmbuhan lgi. Di hutan biasalah bg kami. Kami tido di satu kawasan slamat, brteduhkan dedaun jer. Latihan komando x main khemah2 la. Bhkan kami dilatih tido atas pokok dgn hanya brcawat. Yg pnat tu pndu arah 90km dlm utan. Dan last skali bjalan 160km x bleh lbih dri 3 hari.. Ha.. di pringkt ini pun ramai platih kecundang. Kulit kaki kami mlekat kt stokin. Kaki bengkak2. Mcm2 bntuk muka bumi kami lalui bejalan sejauh itu. Kami x bleh stop bejalan langsung kecuali nk buang air. Buah dan air disediakn utk memulihkan tnaga. Ya, mkn sambl bejalan. Itulah syaratnya. Jika jurulath trnampak ada yg stop bejalan, maka out lah dia…
Paya
Pringkt ini bgitu istimewa buat kami..Sbelum ni mana kami prnah tinggl dlm paya. Hutan tu adalah. Kami diarahkan utk menanggalkn pakaian kecuali sluar dlm. Hehehe. Pringkt ini juga disebut juga pringkt survival. Antara makanan utama kami spanjang sminggu kera panggang & ikan blacak. Ikan blacak rupanya banyak protein. Smbr air ialah air sungai yg dimasak. Kami disdiakan dgn parang, tombak, bebrapa btg mancis & seorg satu mangkuk yg diprbuat drpd tmpurung klapa. Utk mengelak dri digigit unggas & binatang bebisa yg lain, jurulatih mengarahkn supaya sluruh badan msti dislaputi selut. Itulah ‘pakaian’ kami. Khidupan kami tak ubah mcm org asli yg tinggl jauh dri pmbangunan. Tidur pula berslimutkan lumpur utk mengelak kesejukan. Masa ini air mata sy mengalir. Tak dpt bayangkn bagaimana keadaan kami brbanding org awam yg tido beralaskan katil empuk dan bantal. Seperkara lgi prgerakan kt kawasan ini agak sukar krana kaki kami asyik trbenam sdalam hampir 12 inchi. Kami dilatih tknik bekukan diri dri dikesan musuh. Skali lgi sejumlah platih gagal & dikluarkan.
Laut
Slepas tamat pringkat paya kami dibawa ke kem sg udang kmbali, mengikut jln sungai utk memulakan latihan di laut. Kami trpaksa mnjadi ‘tentra laut’ buat 2 minggu peringkat ini. Pengajaran & tekanan yg diberikan jurulatih sperti yg disebut ‘hell week’ oleh komando tentra laut US. Siapa x kenal navy seals kan? Kami diajar cara2 berenang, selam dan iktiar hidup laut. Kami brkayak 20km dan diajar pandu arah laut sjauh 10km.
Ujian
Maka tamatlah sesi pmbelajaran keempat-empat pringkat selama sepuluh minggu itu. Kini tibalah masa utk kami diuji dgn sebenarnya. Latihan akhir ini disebut latihan pnamat. Masa inilah utk jurulatih kami menilai apakah kami dpt mmpraktikkan apa yg kami pelajari sebelumnya. Ujian akhir memakan masa 2 minggu. Di kem sg udang kami diberi taklimat secukupnya mengenai peringkat ini. Trbahagi kpda 3 pringkat utama:
Peringkat prjalanan
Prjalanan maksudnya prjalanan menuju ke tmpat operasi
Mana-mana yang ingin menyertai pasukan Anggota-anggota elit 10 Briged Para dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.
Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
1. Senaman perang
2. Larian hutan berpaya
3. Mara lasak sejauh 12 kilometer
4. Pelaksanaan serbuan khas
5. Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
6. Latihan abseilling
7. Latihan rapelling
8. Junam selesa
9. Jalan laju 22 kilometer
10. Mendaki Gunung Ledang
11. Ikhtiar hidup
12. Pandu arah 33 kilometer
13. Berjalan lasak 65 kilometer
14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
15. Berlari sejauh 7 kilometer
16. Merentas desa
17. Larian balak
18. 32 kilometer bagi larian berpasukan
19. Larian 42 kilometer
20. Kawad tempur seksyen dan platun
21. Kemahiran mengendalikan senjata
Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.
Latihan khas pula meliputi:
1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
2. Latihan payung terjun
3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)
4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
5. Kursus penembak tepat
6. Kepakaran menggunakan bahan letupan
7. Kebolehan menembak
8. Menembak pantas
Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.
PASKAL (KOMANDO LAUT)
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :
1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.(TTS)
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing – masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :
1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.
Group Gerak Khas (GGK)
LATIHAN
Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu,sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam.Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat.Biasanya,50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat.Contohnya kursus siri AK/3/2006. 180 anggota diterima menyertai kursus ini setelah lulus orientasi selama 30 hari di Markas 21 GGK.Akhirnya 90 anggota berjaya menamatkan kelima-lima fasa dengan jayanya pada 24 Februari 2007,bermula pada 2 Disember 2006.
Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu,pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut.Oleh itu mereka diuji dengan keras.
FASA 1: KEM (5 minggu)
Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus.Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota.Antara latihannya seperti abseiling,senjata,bahan letupan,perubatan dan sebagainya.Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam.Pertengahan pula jalan lasak 25 km.Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.
FASA 2: HUTAN (2 minggu)
Latihan di perngkat ini seperti ikhtiar hidup,peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90 km.Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari.Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.
FASA 3: PAYA (1 minggu)
Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini,tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang,beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi.Latihan lain ialah ikhtiar hidup,peperangan di paya dan sebagainya.
FASA 4: LAUT (2 minggu)
Latihan di perngkat ini seperti serangan pantas,menyelam di dasar laut,sabotaj dan sebagainya.Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km.Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama.Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut,darat dan udara.
FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)
Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya.Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi.Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh,mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu.Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka.Dalam pelarian ini,mereka juga perlu mengelak dari ditangkap.Inilah yang dinamakan escape & evasion.Jikalau ditangkap,mereka akan diseksa sebenar-benarnya.Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap,mereka tidah boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu.Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu.Bayangkalah keperitan yang mereka alami.Maka layaklah mereka digelar KOMANDO,iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi
Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa.Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat.Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km.
Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.
Penganugerahan
Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah.Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan.Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru.Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau fairbairn & sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri.Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.
Diploma juga turut diberikan kepada anggota-anggota iitu.
Rjuna= 1st time dapat komen panjang camni, terima kasih Mejar Asraf Bin Jamil, insyallah saya cuba jadikan maklumat tuan ni satu entry yang baru, kalau boleh suatu hari nak tengok filem berasaskan komando dr malaysia
bukit mentago tanjung laboh
bangga sungguh bapakku komando
kem segenting kem sungai udang
kudrat dibanting agar tak kecundang
tuan lias cek ripin
latihan tak culas tinggi disiplin
zainal pay tuan minhat
tinggal yang dikasih curah keringat
new zealand tujuh puluh satu
ketepikan kepentingan arahan digenggam padu
kemah helen(cameron highland) kole kubu(kuala kubu bharu)
aku tak heran itulah bapakku
z squadron quarter master
setiakawan dikendong akur pada ketua
tuan borhan hasbullah bond
sedikit cetusan sekadar bagi respond
AD3757 MK3904
bapakku komando pasti sentiasa kuingat
Biasalah tu nak jadi seorang komando mesti kuat dari segi mental, fizikal, rohani dll… orang zaman skang ni mmg pandai komen… termasuklah aku hehhehe tapi diaorang tak tahu benda tu semua salah satu latihan… dont judge the book by it’s cover kata orang putih la…. cuba depa dok kat tempat komando tu.. baru depat tau nak jadi komando kena lalui pelbagai rintangan mungkin lebih teruk daripada gambar diatas…
Rjuna= aritu aku dapat tengok komando thailand lagi dahsyat dari ni seksaan dia
erm…
sangat betol dan tepat r..
walaupown ayah linoor bukan tentere tetapi..
seorang anggota polis…..
linoor rase sume nie bukan r dere atau apew..
ini adalah sesuatu yang perlu…
to darkz05 >> hehhe…..ujian betulis…nge2..
Kalau da nama komando tu takkan “latihan kerja” dibuat secara bertulis kot, huhu.
p/s: Bro kalp da ada niat nak mencari rezeki sebagai komando apa salahnya. Tengah bosan masa latihan kat hutan sensorang bole layan karok jap, =P
Rjuna= Command and Do, boleh karok tapi dengan orang bunian la huhu
impikan nk jadi komando.. jd jgn la nk mimpi dugaan dia indah.. ni ada plak yg masuk komando pas tu ngadu kat umum bahawa kena seksa n x di bela.. ngarut.. nama pun latihan komando, ciss apa daa..
org mcm ni patut jgn masuk komando.. jd koman spana lagi bagus.. ngadu kat mak ayah konon.. mcm budak kecik.. pas tu heboh satu malaya.. hisshh buat malu anak jantan semalaya jer..
Rjuna= yang pelik Bekas Setiausaha Pertahanan (now Adun PKR Machang) pulak yang kecoh 1 malaya, pelik-pelik, besar jawatan dia tu tapi masih tak tahu modus operandi latihan komando.
bukan mudah menggapai bintang di angkasa..uuu yeee…hahah
Rjuna= haha sarkastik nya, kejayaan tidak turun dari langit, jika tak berusaha
wawawaa…
nsb baik ak x msuk askr…
klau x mst bdan ak da mcm sylvester stallone da skrg ni..
ho3..
:razz:
Rjuna= Aku minat gila citer rambo tu dulu
tp saye mcm x sampai ati nk tgk kene sekse² cmtu .. :cry: :cry:
Rjuna=Kedengaran jelas sebutan kalimah Allahu Akbar ketika mereka diuji
aku tak dpat bayangkan kalu ko jadi komando rjuna..mesti ko tegap,gagah berani seperti kudaku lari gagah berani..ngeh2x… :grin: ..
Rjuna=hehe bayangkan, rjuna badan penuh lumpur pastu bercawat je kat hutan..bayangkan hehe
azul_JLJ_KDO Reply:
July 22nd, 2009 at 9:43 pm
sy mahu berkenalan ngan saudari
nak jadi komando jugak laa. bleh dua tiga hari pun okey jugak tu. timba pengalaman… hahahaa
Rjuna=dapat latihan 1 hari je cukup la, ko takkan tahan beb, ramai dah tewas
ha.. isu ni:
aku benci betul ada org kata latihan komando kejam.
dah nama pun komando mesti la buat ganas-ganas sikit.
ntah pape diorg nak condemn.
takkan la nak bagi latihan lembut-lembut kat komando.
Rjuna= agaknya diorang ingat latihan cam PLKN kot, politik oh poli+tikus
memang kalau orang tak tahu ni latihan komando org akan kata askar ni kejam melatih sampai mcm tu…tapi kalau ini latihan asas komando memang patut la sbb bila ditawan musuh :arrow: mesti lagi dahsyat seksaan yang akan dilakukan bagi mengorek rahsia negara…
masa saya orentasi dengan PALAPES di UM dulu pun saya dah rasa teruk dan tak sanggup nak menghadapinya :twisted: …walaupun seminggu tapi bagi saya yang tak biasa tekan tubi (sebab bdn comel sangat :razz: ) dan berkawat berjam-jam memang terasa nak lari je :cry: …abis je seminggu berat saya turun lebih 10 kg :grin:
Rjuna= PALAPES tu saja uji daya tahan dan disipilin ko, kalau itu dah tak tahan, camner nak handle benda2 lain time study nanti