Lompat si Najib Lompat
Sempena 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, akhirnya dicemari drama politik+tikus, oh inikah hadiah kamu buat sultan ya.
Aksi lakonan dimulakan dengan babak Adun Bota Datuk Nasaruddin (Be End) tiba² melompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Januari 2009, suka lah Pakatan Rakyat (PR) kerana sokongan nya bertambah kukuh dengan 32 Kerusi DUN, Be End tinggal 27 Kerusi, negeri Perak semua ada 59 kerusi jer.
Bagaikan adegan filem Cicakman, tiba² keesokan harinya Dua Adun Pakatan Rakyat (PR) tiba² je lesap, hilang tanpa khabar berita, ada kemungkinan besar ke-dua² Adun itu telah di klon oleh Profesor Najib Klon
Fakta: Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Kapten (B) Osman Jailu sebenarnya masih dalam kes tuduhan Rasuah Seks, patut la Profesor Najib Klon suka (ada dua anak murid baru ya)
“Nanti kita kasi cancel tuduhan rasuah tu ya anak murid ku” kata Profesor Najib Klon.
Ketua pembangkang merangkap Ex-MB Perak Tajol Rosli Ghazali berasa terhina dan malu besar kerana anak buahnya Nasaruddin masuk acara lompat berganti-ganti (lompat jauh, lompat galah dan lompat katak) lalu dia membawa hati nya yang lara berundur meletak jawatan, dan dengan selamba yaya itu juga Profesor Najib Klon mengambil alih tampuk pimpinannya.
kemudian Profesor Najib Klon nekad menculik Adun Jelapang (DAP) Hee Fit Yoong untuk membalas dendam kepada kerajaan Pakatan Rakyat, entah apalah nasib Adun Jelapang itu, dia telah di klon juga.
Profesor Najib Klon tahu kalau TIGA adun klon nya join Parti Be End pimpinanan nya nanti orang tuduh dia bagi rasuah pulak kan? jadi dia BEBAS kan ke-tiga² Adun klon nya itu dengan syarat, you all kena ikut apa je cakap Profesor Najib Klon, kalau profesor cakap suruh jilat tahi pon mereka bertiga kena patuh dan akujanji.
Demi melengkapkan ramuan formula lompat nya, Profesor Najib Klon telah menghasut Adun Bota Nasaruddin agar join semula Parti Be End, dia tawarkan gadis-gadis montok dari Mongolia dan fulus berjuta-juta rupiah buat Nasaruddin, apakan daya iman Adun Bota itu akhirnya goyah, lalu sanggup menjilat ludah orang² ramai di Bota untuk kembali semula ke parti Be End.
Setelah dua kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Profesor Najib Klon akhirnya menemui formula berkesan untuk berkuasa semula secara sah, padahal semua orang tahu dia mencilok formula lompat parti itu dari Anwar Ibrahim asalnya, tak malu betul.
Tanggal 5 Februari 2009 menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat, Perak tumbang di bawah cengkaman Parti Lompat Be End pimpinan Profesor Najib Klon,Parti Lompat Be End kini berkuasa dengan 28 Kerusi Be End ditambah sokongan 3 adun klon dari parti Bebas menjadikan ia 31 kerusi untuk menubuhkan kerajaan baru, dan Pakatan Rakyat hanya menguasai 28 kerusi.
gembira betul dia Profesor Najib Klon dengan kemenangan ini, barulah senang hati nak mengurus Malaysia+fulus lepas ni.

Jadi Perak sekarang kepunyaan siapa kawan² ? siapa punya lagi kalau bukan Profesor Najib Klon Punyer.. Arrrkk Ooorrk.. Oink Oink :razz: :mrgreen:
Penafian= Nukilan diatas, cuma coretan sarkastik penulis, sila gunakan kebijaksanaan anda untuk menilainya, terima Kasih :arrow:

Adun Pangkor Datuk Dr Zambry Abd Kadir 47 tahun, telah dipilih untuk menjadi Menteri Besar Perak yang baru, Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Ironinya beliau juga pernah ditahan di bawah Akta ISA kerana menyokong reformasi Anwar Ibrahim suatu ketika dulu.
Kredit gambar= Berita Harian dan Malaysiakini
Incoming search terms:
- najib rampas perak
kalau ikut aku sama ja politik ni semua.. tp aku lebih suka pembangkang coz kita idup ini mesti berpandukan islam.. so sokong la mereka yang menpertahankankan agama kita..klau nak di ikutkan islam BN confirm tak kemana gejala sossial rakyat malaysia..
[Reply]
WALAU HINGGA AKU SORANG YANG TINGGAL DAN MEMPERTAHANKAN BN AKAN TETAP KU PERTAHANKAN.TAKKAN BN HILANG DI MALAYSIA.SEMOGA PAS,PKR DAN DAP AKAN JADI DEBU DEBU YANG DI TIUP ANGIN LALU.HIDUP DATUK NAJIB…AKU AKAN TETAP SOKONG KAMU…
Rjuna= ‘aku org bn’ dan ‘puteri umno’ adalah org yg sama, ip= 203.82.79.2, lu ada 2 jantina ka bai, hidup la kau dengan Najib kau hak tuih
[Reply]
:up: kau org parti pembangkang ni kan suka sngt fitnah orgkan.x baik tahu.dh mmg nizar x pandi nk tadbir negara,n terlalu sombong n bongkak tu sebab Allah tarik kausa dia.kau org tahu ker najib ada kaitan dengan tuya tu.Beliau dh bersumpah yang beliau tak terlibat tau.jadi kau org jngan pandai tuduh plk.x macm nuar berahim tu takut nk bsumpah.kau org smua sama x reti bsyukur n bterima ksih kat kerajaan.manusia yang tak reti bsyukur dan hati hitam mcm arang.kau suka nuar or nik ajis or kapal sinki yang jadi pm ya agak2nya.kau orang pilih ar ya…
Rjuna= aku memang pembenci Najib Razak, apa ko nak buat hahahaha
[Reply]
hehe salahkan org dgn berpandu satu sumber..tapi dlm pemerhatian aku korang yg anti gov ni pun satu sumber gak cari berita..jgn memfitnah menda kita x nampak,dosa..lagipun nobody perfect,siasat siapa yg kita percaya dlu..selalu nya kita kene stab ngn org yg kita percaya..x caya..? dulik apa..hahaha
akhir kata,menulis dan bercakap mesti dgn iman bukan dgn nafsu..
semoga Allah merahmati kita semua
amin.
Rjuna= aku tidak sebelah mana-mana pihak, walaupun nampak mcm aku hentam gomen, aku tak kata lawan sultan itu betul, saya hanya beri 50%-50% kepercayaan, ibarat atas pagar la
[Reply]
politik kotor BN..
da mnyampah aku…
Rjuna= 2×5 je Pakatan Rakyat pon, apekehey Sultan pon nak disaman, karpala pusing betul
[Reply]
Ejdee= yeke kena culik ish ish jadah la ko najib kalau betul :vangry:
terbaru Adun Bukit Selambau di kedah letak jawatan Adun, kata di ugut BN untuk lompat parti (sumber= harakahdaily.net)
kini ada 2 kerusi Adun di kedah yang kosong, Bukit Gantang dan Bukit Selambau
[Reply]
aku pon malas komen lebih2..aku kije gomen..huhuhu..t kena fired ( cam donald trumph uat tu)..uuuuuuu takutnyeeee :neutral: ..
tapi baru2 ni aku blik umah husband aku..aku takut nk kuar..FRU ada dimana2…berjaga2 beb..nak g pekan kuale pon seremmmmmm.. :razz:
tpi info terkini aku dapat taw yg kuar jadi katak lompat melompat tu…anak2 mereka sebenarnya telah diculik ( benaran atau tak no komen ) sbb aku dgr pakcik2 kedai kopi yg ckp.. :shock:
apa2 pon if ada lagi pilihan raya…Be End pasti gigit bukan jari tgn jri kaki sekali…hihhiiii :grin:
okla..siasat ler sendiri ye rjunaku cumilllll :razz:
[Reply]
chekguBH= pandai cakap politik? pandai ke..aku rasa dah macam mengarut je ni hehe
zelo55= hak rakyat kini di khianati, awas negeri-negeri lain, pasang pengintip untuk setiap adun
anak berudu= pas ni kita tengok dia nak melompat negeri mana pulak
wiwita= wah ada sokongan untuk najib :hampeh:
zelo55= kalau Najib dah kencing melompat, rakyat pula kencing atas kepala najib :vangry:
[Reply]
eh3…
klau pemimpin pun da teruk…
xkn rakyat xde hak nk ckp psl pentdbirn diorang…
xde rakyat xde krajaan tao!
[Reply]
:shock: iskkk.. korang je lah yg tadbir negara ni… campak gak kt gaza..baru tau!!.. ekekkekee
[Reply]
lompat si katak lompat,
lompat tinggi2,
apa si najib dapat,
dia dapat 1 negeri.
lompat si katak lompat,
lompat tinggi2,
apa pkr dapat,
dapat gigit jari kaki.
sepandai pandai tupai melompat
pandai lagi si 4 eko katak ni melompat
[Reply]
bodo punye najib…
ape igt kite n bodo ke xtaw pape keadaan sbenar..
wei be-end…
kite rakyat x lg bodo…
ktorang da thu da taktik koto korang…
politik kotor=politk duit=politik be-end…
hampeh…
[Reply]
psst! pandai gak ko ckp2 politik ni yea??
[Reply]
erm…politikus…gitulaa…
syurga dan neraka di kedua2 belah tangan…
bergantung pd kite nk pilih…
[Reply]
Darkz05= Melompat lah anda sebelum anda dilompatkan :roll:
An2blur= Politik itu jijik dan tahi (tapi aku buat entry politik jugak hehe)
Apek= Benci betul tengok Najib senyum, nampak aura ke-setan-an
H+zizy= sepandai-pandai Najib melompat, pandai lagi penjual kuceng hemo hemo berniaga online
[Reply]
“Sepandai-pandai J.O.H.N (Jamal, Osman, Hee & Nasa) melompat – akhirnya masuk lobang neraka jua” — bikin malu rakyat marhaien jer..
[Reply]
apa kabar.. boleh ku bantu.. masalah mu…
hahaha.. kata najib pada pesalah rasuah sex..
join me together we rules the galaxy..
kata Dark Najib pd Luke Hee Fit.. yess father?!!..
apa aku merepek ni..
[Reply]
politic is liar.
lalalala…
[Reply]
melompat membawa padah~ haha :mrgreen:
[Reply]
An2blur= Najib: lu lambat la Anwar see.. gua dah lompat dulu
An2blur= Adakah kesetiaan sirul membawanya ke tali gantung, kasi letup orang tapi tak tahu siapa yang suruh haha tipunya :shock:
[Reply]
oh lagi satu,
aku rasa ko patut comment kes Altantuya yang tengah dibicarakan.
Sirul kata dia adalah kambing hitam pada kepada orang yang tidak dikenali.
guessing najib is really behind the scene.
aku xbleh tulis kat blog sendiri.
nanti admin u marah.
hehe.
[Reply]
Aku rasa la..
“let’s play the game” kata encik Najib kepada encik Anwar.
hehe.
[Reply]
Azmil= berita TV semua berat sebelah beb, utamakan gomen je semuanya :hampeh:
[Reply]
aku br jer tau sapa MB perak yg br..sbb jrg tgk berita kt tv..informasi akhbar kt alam maya pun jrg nk tgk..erm..
[Reply]