Laskar Pelangi
Melihat dari trailer nya saja sudah buat aku rasa nak menonton filem ini, aku pun tak pasti bila ia akan ditayangkan di Malaysia, yang pasti Laskar Pelangi bukan lah sebuah filem aksi-omputih yang korang berebut sangat nak tonton, tapi sebuah cerita tentang kehidupan orang yang terpinggir, kemiskinan dan daif.
Diadaptasi dari novel terlaris Indonesia karya Andrea Hirata, menceritakan kisah 2 orang guru (Bu Muslimah dan Pak Harfan) dengan 10 orang murid yang digelar Laskar Pelangi (Ikal, Lintang, Mahar, Sahara, Trapani, A.Kiong, Syahdan, Kucai, Samson, dan Harun) di sebuah sekolah yang diberi nama SD Muhamaddiyah.
Bu Muslimah dan Pak Harfan sanggup berkorban masa dan wang bagi memberikan pendidikan percuma buat 10 orang anak ini, kerana sedar tanggungjawab mereka sebagai pendidik, mereka juga mahu membuktikan, bahawa anak2 miskin ini juga punya hak untuk mendapat didikan yang sama taraf dengan anak2 lain dari golongan berada, anak2 daif ini juga punya otak yang cerdik dan bukanlah bodoh untuk dijadikan kuli sahaja.
Pelbagai halangan dan tentangan diterima saat mempertahankan sekolah ini, namun semangat ingin mengubah nasib, nilai persahabatan dan keinginan untuk menggapai impian membuat mereka terus melangkah kehadapan.

Mungkin korang patut membaca novelnya terlebih dahulu, Novel Laskar Pelangi.pdf yang tengah bosan2 tuh meh baca novel ni, asik baca novel cinta je apa kes..
Nidji-Laskar Pelangi
Mimpi adalah kunci
Untuk kita, menaklukan dunia
Berlarilah, tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
Laskar Pelangi..
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa
Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya..
Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
Laskar Pelangi..
takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi
Laskar Pelangi..
Takkan terikat, waktu
Baca lagi topik-topik hangat
- BAU-Warkah
- Pesawat-Mirage
- World Cup 2010 saya sokong Brazil
- Sayangi bumi kita dan padamkan lampu
- Makaroni sedap tak?
- Dokter Cinta
- Mencari Khusyuk dalam Sujudku

Samalah cam aku gak..suka tgk cerita yang boleh membuatkan banyak orang insaf…Ko rasa bila dia nak tayang?
AliF’s last blog post..Penggunaan Twitter adakah perlu atau tidak?
[Reply]
Alif= Aku rasa kalau tak bulan 12 ni, tahun depan 2009 kot, tapi selalu nya main kat pawagam utama bandar besar la, cam KL, JB, Penang.
tempat aku Sitiawan ajaib la kalau tayang, aku tak harap sangat
[Reply]
wakakaka..tue tempt ko..tempat aku langsung x dea pawagam..bukan setakat tempat aku..negeri aku pon xdea pawagam…he3
AliF’s last blog post..Penggunaan Twitter adakah perlu atau tidak?
[Reply]
Alif= dulu tempat aku pon cam tempat ko juga, tapi cam berita harian kata, zaman dah berubah, dunia dah maju
Selalunya orang bukak pawagam kat tempat penduduknya padat.
[Reply]
cite dia ok bro… tp triller mmg slalu buat mcm agak org rasa nk tgk jln cite dia..
bg cikgu2 sek aku tgk ni.. mesti insaf.. kasi smgt berkobar kobar smula..
APEK’s last blog post..::PURE::
[Reply]
Apek= aku memang suka filem2 tentang kehidupan nih, hope ada kelainan la movie ni.
malas pulak nak baca novel dia tuh, sebab lebih feel baca novel sambil pegang buku dia
[Reply]
Mmmm…aku suka kalau cerita cam yasmin ahmad buat tue..cam gubra dan muhsin..best
AliF’s last blog post..Mitos Buat Duit Dari Perniagaan Internet
[Reply]
Laskar pelangi ni ade lagunye kan???
song by nidji..
ChekguBH’s last blog post..Di-tagg-in Si Blue Turtle
[Reply]
ChekguBH= ada lagu n liriknya saya selitkan, cuba tengok betul2 diatas sana
[Reply]
Petikan pelbagai sumber
Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal.
Novel Laskar Pelangi tercatat sebagai novel sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah.
Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak.
———
DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Hanya ada satu sahaja di Malaysia.
Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi
Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original di negara ini.
klik http://www.motivasimindamu.blogspot.com
——
Sedikit catatan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Catatan daripada sesi bersama novelis bestseller Indonesia, Andrea Hirata. Saya berkesempatan menghadiri program ini yang diadakan selama sejam kemudian diikuti dengan sesi autograf di gerai buku PTS.
Laskar Pelangi,novel pertamanya terjual 500 000 naskhah di Indonesia.
Novel ini pada asalnya adalah catatan peribadi, seperti diari yang dikisahkan dalam bentuk novel yang ditulis khusus untuk gurunya, Ibu Muslimah.
Pada awalnya rakan beliau yang meminjam komputernya menggesa ia diterbitkan. Andrea menolak.
Dalam senyap-senyap rakannya menghantar kepada sebuah penerbit. Ditirunya tandatangan Andrea dan diisinya segala macam borang.
Penerbit tertarik dengan manuskrip itu lalu menghubungi Andrea jam 1 pagi.Dalam masa tiga minggu diterbitkan, 30 000 naskah terjual.
Bagi Andrea tidak ada penjelasan logik mengenai fanomena bestseller Laskar Pelangi.
Laskar Pelangi memaparkan perjalanan hidup masyarakat Melayu di Belitung.
Andrea berkata, karya yang baik adalah apabila ia menjadi karya yang ditonton bukan karya yang dibaca. Imaginasi pembaca hidup dalam karya.
Catatan yang begitu teliti dalam Laskar Pelangi adalah kerana penagalaman yang traumatik sehingga ia begitu berkesan ke dalam fikirannya.
Karya mesti ditulis dengan jiwa.
Diskusi buku Andrea Hirata sudah melebihi 168 kali di seluruh Indonesia dan Malaysia.
Diskusi buku melibatkan masjid, pusat membeli belah dan tempat-tempat awam.
Para peminat tidak mahu Laskar Pelangi difilemkan kerana mereka mahukan watak imaginasi yang mereka cipta hidup dalam fikiran masing-masing.
Novel keempat Andrea sudah ditempah bagi dijadikan filem meskipun ia sedang ditulis.
Andrea Hirata pada awalnya bukan novelis, tidak membaca karya sastera, tidak pernah ketemu dengan tokoh serta penulis novel.
Laskar Pelangi adalah catatan yang menjangkaui logik sastera yang diajar. Ia dianggap membebankan kepalanya dan menghilangkan manis dalam karyanya selepas dua tahun mempelajarinya. Kini dia kembali kepada metod Laskar Pelangi.
——
DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Hanya ada satu sahaja di Malaysia.
Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original dari Indonesia di http://www.motivasimindamu.blogspot.com
[Reply]