Article

Lagu untuk Blogger

Lagu ni dirakam untuk versi mp3 pada 17/1/2006 oleh Mat Jan dan Ayie. So siapa blogger yang follow blog Jongkang Jongket mesti pernah dengar lagu ni. blog dia pon dah macam berkubur sejak kawen, aku dengar dia kerja cikgu sekarang.

Kepada Mat Jan kalau ko baca blog aku nih, tulis lah blog balik aku rindu sinis mu itu. blogger Otai ni beb tabik spring sket. [ Facebook Mat Jan ]

Mat Jan – B-L-O-G by rjuna

Mat Jan – B.L.O.G. (parodi 50 Cent-P.I.M.P)
Muzik oleh: Curtis “50 Cent” Jackson.
Lirik oleh: Mat “5 Kupang” Jan.
Dari album sulung Mat Jan, “Jadi Kaya Atau Mati Mencuba”.

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.

(2x)

Minah ni, di pejabat, dia bukan buat kerja
Asyik membaca si Rimau, si Dubuk, si Naga
Si Bukunota, Basri, dan Sultanmuzaffar
Mengadap monitor PC sampai berpinar mata
Dan tinggal sikit komen untuk entry mereka
Lepas empat jam, pergi kantin makan pula
Selepas makan katanya main internet juga
Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja
Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog
Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock
Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit
Kat ofis dia lenjan sampai kepala boss sakit
Satu hari dia tanya dalam Jongkang Jongket
“Apa nak tulis dekat blog, cuba ajar sikit?”
Look baby tulis blog senang sekali
Kau tak puas hati, kau tulis kat B.L.O.G.

Mendengar lagu Siti, menonton drama TV
Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G.
Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati
Kalau hendak kongsi, tulis B.L.O.G.
Rasa jatuh hati, angau macam nak mati
Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G.
Pi kedai makan mee, rasa macam basi
Tauke kena maki dalam B.L.O.G.
Oit ada yang komplen, bila naik harga tol
Yang minat bola komen, pasal jaringan gol
Ada bukan main, orang salah dia betul
Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol
Hipokrasi cyberland macam dunia nyata y’all
Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol
Tak guna satu sen, yang hipokrit habis
Pi blah, pi mampos, pi jahanam, cis!

Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, sampai setengah mati
Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada ketawa kikiki
Banyak benda lagi, boleh tulis kat blog ni
Bukannya semesti dedah kisah peribadi
Letak gambar diri, peluk kanan peluk kiri
Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi
Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati
Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri
Tulislah entry yang berfaedah
Ulasan, komentar, jenaka, hah!

Yeah,
Blog ikut suka hati,
Tapi kalau blog benda yang terlalu peribadi,
Nanti kau yang malu sendiri,
Haha!

M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.

[ sedut lagu ini ]

Incoming search terms:

  • lagu untuk blog
  • lagu blog
  • lagu untuk blogger
  • lagu blogger
  • code lagu untuk blog
  • blog lagu
  • lagu untuk blogspot
  • lagu melayu untuk blog
  • lagu for blog
  • lagu utk blog

23 Responses to “Lagu untuk Blogger”

  1. rojik
    October 9, 2011 at 9:11 am #

    ni lg jg bgs,,,,,http://adf.ly/36bw4

    [Reply]

  2. nur farah hanim
    July 24, 2011 at 9:19 pm #

    hahahaha best!!1 :lol: :w00t: :whistle:

    [Reply]

  3. hazman aka species1980
    November 23, 2009 at 7:08 pm #

    Lirik yang memang sesuai untuk para blogger…. :up:

    [Reply]

  4. ejoy
    November 22, 2009 at 9:29 am #

    Knp ek… klu dah kawin je mesti malas nak tulis blog… cam xde masa je… ingatkan aku sorang je gitu… rupa2nya penulis blog jongkang jongkit pun camtu hehehheeh… klu korang nak tahu knp… korang kenala kawin dulu heheheheh :mrgreen:
    .-= ejoy´s last blog ..Hari ini (21.12.2009) =-.

    [Reply]

  5. pawaka
    November 20, 2009 at 11:08 pm #

    newbie as blogerboy…need spirit like mat jan… :up: harap terus bergelar bloger
    .-= pawaka´s last blog ..Basshunter-Dota =-.

    [Reply]

  6. mohdisa
    November 20, 2009 at 8:06 pm #

    best gila lagu ni, tp sekali hayati lirik ni betul2. lagu ni mcm ditujukan pada seseorang jerk. hurm…
    .-= mohdisa´s last blog ..Ulasan The Twilight Saga New Moon =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    bab minah kat ofis tu serius terkena kat batang hidung sendiri, siot Mat Jan hahaha :grin:

    [Reply]

    mohdisa Reply:

    haha, patut la. aku dah agak dah. mesti lagu ni ditujukan untuk seseorang.
    .-= mohdisa´s last blog ..Ulasan The Twilight Saga New Moon =-.

    [Reply]

  7. Piston Pecah
    November 20, 2009 at 10:47 am #

    waduh…
    dah ad remix bahasa melayu…
    dlm bahasa inggeris bile lagi yo…
    biar penyanyi asl lagu nih terkejut berok cket…
    .-= Piston Pecah´s last blog ..2012… =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    hehe kalau ko terer ko cari video klip 50 Cent-P.I.M.P uncensored, perghh model dia bogel wa cakap luuu :up:

    [Reply]

  8. Mus
    November 20, 2009 at 9:21 am #

    terasa dengan liriknya…
    .-= Mus´s last blog ..Kronologi Sepanjang Minggu Mengenai Sabah, Air & Alam Sekitar! =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    aku terasa bab minah kat ofis tu, ko erasa tang mana bro? hehe pedas

    [Reply]

  9. sikochan
    November 20, 2009 at 8:50 am #

    dah pandai guna soundcloud ye :up:
    .-= sikochan´s last blog ..Autorun oh Autorun! =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    hehehe pinjam inovasi ko, cool kan soundcloud, terbaek :up:

    [Reply]

  10. Daus
    November 20, 2009 at 8:28 am #

    Best r lagu ni, org buat lagi REMIXXXXXXXXXXX…..
    Thanks Rjuna, aku nk sedut buat ringtone hp…
    .-= Daus´s last blog ..(Review) Blog Teknologi Dan Kejuruteraan =-.

    [Reply]

    Mus Reply:

    sedut jangan tak sedut daus!! sedut sampai habis!! :vangry:
    .-= Mus´s last blog ..Kronologi Sepanjang Minggu Mengenai Sabah, Air & Alam Sekitar! =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    peh sampai buat ringtone tuuu, :shock:

    [Reply]

  11. blowie
    November 20, 2009 at 2:24 am #

    :up: :suka:
    .-= blowie´s last blog ..Terima Kasih Abg Topo ^_^ =-.

    [Reply]

  12. loq
    November 20, 2009 at 1:24 am #

    sirius best lagu ni.memang happening.lirik lagu memang mengambarkan tentang dunia blogging.memang cayalah Mat Jan dengan Ayie ni.Kire ni macam contribution jugak ni.Orang akan kenang lagu ni weh. :up:
    .-= loq´s last blog ..Selamat Mengerjakan Haji Ibu Dan Ayah =-.

    [Reply]

  13. Si Naga
    November 20, 2009 at 1:17 am #

    hahaha…
    sedap seh aku dgr lagu ni…
    aku baca tulisan orang dulu2 ni mmg sedap..
    kekadang kita tak faham pun..
    tapi mmg sedap dibaca…
    hebat n cool.. :halo:
    .-= Si Naga´s last blog ..Toolbar Hilang Di Add New Post =-.

    [Reply]

  14. salehchtti
    November 20, 2009 at 1:15 am #

    :up:

    [Reply]

  15. azizwan(dot)com
    November 20, 2009 at 1:05 am #

    huhu.. best + pedas lagu ni.. layan..
    .-= azizwan(dot)com´s last blog ..azizwan(dot)com dah berpindah hosting. Yay! =-.

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Karenah Dunia Blog | Nur Istimewa - December 3, 2009

    [...] Rjuna mengenai Team Nuffnang baru-baru ini, saya telah tertarik dengan sebuah entri bertajuk ‘Lagu Untuk Blogger‘. Bila dengar dan hayati lirik lagu di entri itu, saya tersenyum dan tergelak sendiri kerana [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: