“Transformers..More Than Meet the Eye”
Filem yang paling ditunggu tahun ini hampir tiba, Transformers: Revenge of The Fallen, sebuah filem untuk mat-minah robotik dan pecinta Megan Fox hehe.
Aku telah menyenaraikan nya sebagai filem wajib tonton tahun ni, sila tempah-beli tiket awal-awal geng, berebut orang nak tengok ni, jangan hari tu nak tengok haritu nak beli, alamat beratur panjang la korang,
Sebelum pergi menonton apa kata meh berkenalan dulu dengan robot-robot dalam filem ni
Autobots
1.Optimus Prime (Peterbilt Truck)
Yang ni siapa tak kenal memang nak kena la tu, Ketua bagi pihak Autobots, dalam trailer kelihatan Optimus melawan robot paling besar Demolishor (yg tayar besor bapak tu), baru perasan tangan Optimus dah ada pisau
2.Bumblebee (Chevy Camaro 2010)
Robot yang ditugaskan menjaga Sam Witwicky di bumi, sangat setia.
3.Ironhide (GMC Topkick)
Pakar senjata berat Autobots dan agak baran
4.Ratchet (Hummer H2)
Robot perubatan untuk Autobots
5.Sideswipe (Chevy Corvette Stingray Concept)
Robot ni cam ganas tangan ada pisau, tapi yang tak tahan kakinya ada roda, terus rasa ganas tadi bertukar menjadi lawak.
6.Arcee (Motorsikal pink)
Robot berjantina perempuan pertama yang merubah menjadi motorsikal kepunyaan awek Sam, Mikaela, badan Arcee dikatakan boleh bertukar menjadi 3 robot
7.Jetfire (Jet SR-71 Blackbird)
Bekas ahli Decepticons yang berubah menjadi baik, robot paling tua dalam Transformers, dikatakan akan bergabung dengan Optimus Prime
8.Jolt (Chevy Volt)
Robot baru dalam autobots, (tidak banyak fakta dinyatakan tentang robot ini)
9.The Twins=Skids & Mudflap (Chevy Beat & Trax)
Dua robot kembar yang berperangai keanak-anakan, suka bergaduh hal yg tak penting dan bodoh-bodoh alang.
Decepticons
1.Starscream (Jet F22- Raptor)
Ketiadaan Megatron membuat Starscream mengambil alih tampuk pimpinan Decepticons, hadir kembali ke bumi setelah membentuk barisan serangan yang baru.
2.Sideways (Audi R8)
Anggota baru decepticons, kalau korang perasan dalam trailer filem, ni la robot yang selamba rempuh dinding pastu transform jadi kereta tu
3.The Fallen (Tajuk filem ini)
Tak tau la, apa yang di dendamkan sangat si Fallen ini, dikatakan ia merupakan makhluk paling ganas lagi setan di Planet Cybertron
4.Scorponok (kala jengking besor)
Masih ingat kala jengking puaka yang serang tentera amerika di padang pasir dalam filem 1st dulu, kali ni dia kembali bercantum dengan ekornya yang putus itu
6.Soundwave (Satelit)
Masih ingat dalam kartun Transformers dulu, ada robot transform jadi kaset, tapi dalam filem ni dia jadi sattelite di orbit n boleh terbang
7.Ravage (robot Jaguar mata satu)
Hah ni robot yang lompat dari laut cam rimau tu, bertindak sebagai pemburu dan spy bagi decepticons, ganas ni aummm
8.The Doctor
Masih ingat robot ketot Frenzy dalam filem 1st dulu, tapi ni ada mata merah, tugas robot ni ialah memaksa dan menyeksa.
9.Wheelie (RC Truck)
Dalam kartun dulu, ia robot yang leh transform jadi kereta control, tapi dalam filem ni dia Truck RC, pengecut dan talam dua muka
10.Demolishor (Constructicon)
Ini robot paling besor dalam transformers, entah tayar bajak mana dia angkut, lawan la ko ngan Optimus Prime, tengok sapa menang fuh (sila lihat trailer)
11.Devastator (gabungan 7 robot Constructicons)
Bila 7 robot pembinaan bergabung korang bayang la impak dia macamana, woi decepticons mana aci main robot gila-besor camni
12.Megatron (Cybertron Tank)
Megatron akan muncul semula dan transform dalam bentuk kereta kebal fuh ganas seh.
(Spoiler) Khabarnya Autobots akan kalah kali ni, kalau betul.. ia khabar gembira buat peminat Decepticons cam aku, asik yg hero jer menang apa kes yer tak?
Incoming search terms:
- nama ketua autobots
- namakan ketua autobots
- game zombie lawan robot paling kuat dan baik
- nak beli rc transformers robot truck
- robotic untuk perubatan






ak baru je layan semalam…robot yang kete ijau tu pe ea..
Rjuna= yg keter Ijau? Itu The Twins yg Ijau nama Skids yg Oren nama Mudflap
.-= Afham´s last blog ..Kembali menghidupkan AfhamRahman Dot Com =-.
[Reply]
Eh salah… merujuk kepada the making… bukan trailer. Hahahaha kan dah tersasul :???:
[Reply]
Megan fox dalam citer ni telah di digitally enhanced :p (merujuk kepada trailer)
Sbb tu hot.
Dem.
:kiss:
[Reply]
dulu aku pernah dapat email yang ada gambar2 kereta proton jadi transfomers. banyak gambar yang cantik2, antaranya savvy. cute gile kalau savvy jadi transformers kan
[Reply]
wa…aku tak tgk lagi…ades…ssh nyer
Rjuna= gua faham mesti area takde pawagam nih, sedut jer bro ada yg kualiti sikit TS version
[Reply]
hohoh bagus entri nih. Eh tapi betul ke megan fox tu sebenarnya lelaki?
Rjuna= mungkin itu hanya gurauan Megan, takkan lah lelaki, leh mati pucuk tau kalau ia betul lelaki haha
[Reply]
Aku cuma berminat dengan:
.Bumblebee (Chevy Camaro 2010)
Heheheh..nak kata dia hensem tak juga. :grin:
Rjuna= ia robot yang sgt setia dan kelakar juga
[Reply]
tak pasal2 aku dah taw semua name robot dalam transformer…
anyway thx for the info…
best2
[Reply]
really cool movie about transformers. need to get one ticket for family go wacthing this movie. Why not named with rjuna autobot transformers…. hahahaha
transformers all around the world…
[Reply]
haha, betul3x pawaka. mmg dasat aa bunyik letupan tu, mmg hangen aa org belakang. seb bek aku da beser ngan bunyi letupan tu. penah sekali, bunyi letupan tu da start x smpi pun stgh jam citer tu start, haha…
[Reply]
silap haha betol tu cikgu isa….ingat bunyi letupan ek? org duk belakang kat panggung mesti bebulu senyum
[Reply]
xley, lwn kt bumi pun 2 jam stgh citer dia. lwn kt angkasa, m,au 3 jam kot, ley challenge citer hindustan. lg kuat ler rjuna wat sound effect kang, kekeke
[Reply]
Apakah benar semua itu Rjuna? Ooo.. ko buat ‘ulangan’ Transformers ko lagi ye? Takpe, Tranformers 3 nanti lawan kat angkasa lepas plak.. oops, dah bagi hint :|
Rjuna= tolong jangan percaya kata-kata dusta mereka..fitnah belaka semua tu
[Reply]
sekali aku ngan pawaka jer yg layan citer tu sampai abes, jenuh gerak org sebelah aku ni yg xmo2 bgn, haha
[Reply]
hehe, mmg best g tgk ngan ko ari tu rjuna. tp sekali gegendang tinger aku dengar bunyi cam gempa bumi, ingatkan sound effect, sekali der bunyi org berdengkur sblh daa, haha
Rjuna= (karate kerusi) haram jadah siapa orang itu? ada ke patut dia tidur citer baik punyer nih
[Reply]
target film pas terminator:salvation…aku akn mnyerang sok..Autobots..jage2.. :grin:
[Reply]
betolll siap idup balik… siap bleh cantum lagi… miahahahahah oooppsss spoiler gak
[Reply]
aku xdpt dengar robot2 tu transform..sbb ada org kat panggung tu tranform ‘krooooooooh kkrrooooooooh’..xpham tnyerla rjuna
Rjuna= itulah robot baru ko tak tau, bunyi dia memang camtu
[Reply]
dah tgk.. hahha.. best gile babik.. aku nak tgk lagi skali..
Rjuna= sama la..nak tgk sekali lagi sabtu nanti
[Reply]
huahahaha… optimus akan… mati..
mana aku tau.. sebab aku dah tgk dua kali…kuahahahah
jgn mara aa beb
Rjuna= apa nak marahnya..aku pon dah tengok..tapi idop balik kan hehe opss spoiler
[Reply]
aku sanggup isi minyak 30 henggent semata mata nak tiset autobots, selalu paling kuat 20 hengget je aku isi. huhu
Rjuna= tu baru t-shirt ada orang datang pakai helmet Optimus lagi
[Reply]
adeh penat aku nak baca pastu skrol balik tgok gambar.. pastu gamba terlepas plak..

Rjuna= maafkan aku Topo, ikutkan hati nak je bubuh semua gambar atas tiap nama robot tu, tapi nanti jadi panjang gila n lambat loading pulak
[Reply]
yeah skong decepticom kerana robot lagi cool dr autobot tu yeahh
Rjuna= Decepticons cool
[Reply]
hoho info yg sangat² menarik ni rjuna.. thanx beb.. hahaha.. tak sabar nak usha citer neh… yeah…. :suka: optimus prime is da best…
Rjuna= jom 23 hb dah tayang, jadilah yg pertama menonton
[Reply]
gile la rjuna…
gile detail…mmg transformers maniac…
Rjuna= aku translated pakai bahasa sendiri jer hehe
[Reply]
Bagusnya apabila animasi sewaktu aku kecil dulu kini di layar perak untuk kali ke-2 :up: Selamat menonton Revenge of The Fallen semua
Rjuna= siapa yg ada baju Transformers sila pakai..hehe ringtone sms aku bunyi “Autobots.. Transforms”
[Reply]
yey tak sabar. nak tgk dkt imax ;p wuhh tapi byk sgt robot takut confuse. yang paling comel tetap bumble bee ;)
Rjuna= fuh Imax tu sure 3D la ni yek?
[Reply]
selain wonderpets, cerita ni akan menjadi kegilaan tahun ni
Rjuna= haha wonderpets pulak
[Reply]
Devastator = :up:
Rjuna=jom sedut pasir
[Reply]
aku nak syok dengan Michael Bay…director yang paling layak direct movie nie
Rjuna= pelik benar komen ko ni Pear haha “nak syok dgn Michael Bay” ah sudey aku pikir lain dah ni, ke typo ni
[Reply]
best…kali nie robot2x dier sumernya gempak2x seh….
Rjuna= yup kagum dengan robot dr Decepticons..ganas n brutal
[Reply]
huih.. dh bgtau dh nama² robot nih..
huu.. haih lama bebenor tarikh dia pun.. hahaha
Rjuna= minggu depan je weh 24 or 27 haribulan Jun
[Reply]
cool…
movie yang paling dinanti2kan aku tahun ni
yeah,lepas tengok kat panggung
tros aku carik link download
haha..sedut2..
fakta= aku pernah tertidur tengok filem transformers 1, tidur sebab kepenatan
[Reply]
target aku…
23 aribulan di KLCC…
muahahahah!!
ak nk jd orang yg buat spoiler pertama dalam twitter n dunia blogger..
ho3…
Rjuna= aku 24hb kot, kot la dah tayang kat Perak ni, katanya 27hb baru Malaysia, mana satu betul entah
spoiler la tak takut haha
[Reply]
pandai dia. saje nak target pompuan macam aku kan. aku nak suka robot arcee la camni sebab ia pink! :suka:
aku tetap akan sokong autobot. buktinya, tshirt petronas. hohoho :up:
Rjuna= aku cuba cari gambar Arcee, yang jumpa banyak concept jer..tapi motor tu jenama Aprillia kaler pink
[Reply]