kemaskini vol.1

Siapa kata tulis kat blog mudah? sumbat lirik , mp3, porno mudah la, idea yang melintas tak dapat di luahkan dengan bait2 ayat, fikiran buntu, aku cemburu pada blog yang boleh update hari-hari dan juga blogger2 yang punya karisma tulisan menarik, aku tak sempurna.

kebelakangan ni aku menghabiskan waktu selepas sahur dan tengahari menonton drama di Youtube, drama KAMI dan Gol & Gincu The Series, dua drama ni sangat menarik dan penuh kejujuran dalam penceritaannya, saya syorkan anda menonton nya kalau dah menyampah kat drama2 melayu tipikal, oh ya saya juga baru mengikuti siri Prison Break season 3 tapi download punya, menarik jugak dramanya, macam filem pulak, memang gila drama bulan ini.

sejak beli meja baru kat bilik aku ni, aku dah jarang tengok tv, layan internet je kerjanya, ayah aku dah syak aku ni internet addict, kat opis internet kat umah main internet apa kes, ingat lepas ni nak beli kerusi empuk sikit, kerusi plastik yang aku beli patah kakinya hari pertama aku pakai, hampeh, sekarang pakai kerusi meja makan huhu

hati-hati bila berbual melalui YM, anda secara tak sedar mungkin menyakiti hati orang lain, ia berlaku terhadap 2 orang sahabat saya, aku harap ketegangan ini tak lah berpanjangan, aku sedih wei korang gaduh-gaduh, aku tersepit di tengah bagai pengadil, ya Allah satukan kembali hati mereka amin

Ya telur goreng dalam bekas sudah dijumpai, sila ke entri Gila Telur Goreng sebelum ini, korang yang belum join peraduan tu cepat la join di blog Sebol, vangardx pun dah join dengan Hikayat Telur Goreng Terlampau nya, gila telur lah dia

Kalau lah peraduan yang di anjurkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan boleh dilihat melalui poster, mungkin begini bentuknya, kreatif kan (Kredit to Isa)

karnival ibadah

This entry was posted in Personal by Rjuna. Bookmark the permalink.

About Rjuna

Hi saya Rjuna, penulis dan pemilik blog ini, terima kasih kerana sudi melawat-membaca-klik iklan, kalau ada salah dan silap, jangan malu berikan komen, kalau nak copy+paste artikel/gambar sila linkback kembali, saya tak marah punya

14 thoughts on “kemaskini vol.1

  1. takpe asalkan ada hapdate… lagi best kalo ada post sekali dengan gambo… bleh create idea sikit2 dengan gambor yang nak dipostingkan… boleh ke gitu??

    jap laa nak pi merempit jap dengan mamat relaku rempit… spider…

    [Reply]

  2. haha..takdehal..aku tak gile telur pun..tp nak menang punya pasal..aku makan nasi lemak telur utk buka ari tu..amek gambar dari awal hingga abis..member semua kutuk..kat bazar lagi la semua pandang pelik..peduli apa aku..nanti kalau menang aku britau kat dieorang sebab aku buat camtu :p

    [Reply]

  3. itu nama dia meja ker?…aku ingat kotak kasut tadi..wah ko dah jadi internet addct? perh tu tahap kronik dah tu..bawak2 bersukan sama..aku ni even puasa lepas terawikh kalau tak de keje ada gak bersukan sampai berpeluh (layan anak jiran aku main bunga api)..hahahhaahaha pada hal aku yang lebih2 beli bunga api banyak2 pastu konon ajak diorg main pada hal aku yang main lebih..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: