
Masa sekolah asrama dulu, kawan pernah nasihat, kalau nampak apa² atau bau² yang pelik jangan tegur, dikhuatiri syaitan atau jin akan mengekori kita pulang, nasihat aku kalau jumpa benda pelik² tengah jalan, jangan balik ke rumah dulu, singgah la minum² sekejap pastu baru pulang
Sabtu lalu aku pergi menonton filem Jangan Tegur, bosan duduk rumah beb hujung minggu, tengok wayang la kita sorang², awek takde, kawan pon cam bz, so lebih baik nonton sendirian, bebas, dapat duduk sebelah awek hahaha
Kisahnya seorang wanita kampung bernama Baizura (Nadia Mustafar) telah dirasuk makhluk halus, setelah pulang menjenguk ibunya yang telah meninggal dunia, gadis itu kemudian telah hilang dari kampung entah kemana setelah cuba dipulihkan orang kampong
Dalam kisah lain pula, Natasya (Julia Ziegler) telah kemalangan jalanraya, kerana mengelak 1 kelibat yang melintas di hadapan keretanya, akibat kemalangan itu dia koma, setelah sedar dari koma dia mengalami halusinasi dan dihantui mimpi seseorang bernama Baizura telah datang kepadanya, Baizura seolah-olah ingin memberitahu sesuatu tentang dirinya.
Filem ini penuh dengan elemen kejutan dan suspen, seram jugak bulu-bulu roma badan aku bila tengok haha, paling seram babak Julia di ganggu dalam hospital, fuh sunyi satu pawagam kejap beb, menunggu kejutan dalam ke-seram-an, sekali.. tu dia nala.. kepala hantu terjojol wooo hui
Apalagi menjerit la kaum wanita 1 pawagam, siap ada melatah pon ada, kelakor pulak jadinya, yang laki senyum2 gelak macam aku, padahal dalam hati cuak gak tadi
Babak Baizura kena rasuk sampai muka biru tu pun seram gak, cam real jer, kena rasuk memang muka jadi biru ya
Apa yang berlaku pada Baizura? Mampukah Julia mengatasi masalahnya? Anda perlu saksikan sendiri.
bagi aku ini filem ini telah berjaya menyeramkan aku sekejap dan cara olahan jalan ceritanya juga menarik
Rating= :up: :up: :up: ( sesuai bawak awek sekali kat panggung, dapat kena peluk wahaha)
*Updated= Gua dengar David Teo sampai eksiden, tuh dia wa sulah cakap jangan tegur lu degil :evil:
p.s= update di kafe siber, line telefon gua di curi maling :eek:
Incoming search terms:
- nadia mustafar melatah
xbest ar citer ni…
ntah pape…
nyesal tgk…
bek tgk star trek..
[Reply]
woo.. aku lom tgk lagi cite ni..
rasa nak tgk gak la.. tgk la mcmane nant..
baru balik dr kursus nih..
[Reply]
seram….
Rjuna…
minta izin nak amek pic jangan tegur tu…
nak letak dalam blog…
boleh?
Rjuna= boleh tapi sila host sendiri gambar tu guna photobucket or imageshack
[Reply]
aku dah tgk dah cite ni semalam… cam hampeh ending dia… bukan seram sgt pun… muzik je yg buat terkezut… camne pun jgn pandang belakang lg best…
Rjuna= yg penting tergezut dgn kezutan dia huhu, kerja kamera n sound yg bagus
[Reply]
ook..br gue tau apa itu maling..selamat aku bukan maling hahaha..
[Reply]
kenape citer best keluar time2 aku dikurung oleh parents???
wargggghhhh
:vangry: :vangry:
Rjuna= hoh dikurung parents, gila dasyat, repot teledera jom
[Reply]
mmg best citer nie… tahap keseraman nya jg terserlah huhuhu…. bangga siot malaysia ada citer seram cam nie, idak la yg cam jon haaa muahahaha…
amaran : dilarang buat aksi ganas memeluk awek xkala keseraman menonton cerita di ya
Rjuna= selalu pompuan la jerit² kak, laki rileks je kontrol macho wahaha
[Reply]
aik bro, update kt cc? apa dh jadi kt umah tu? maling tu nama org ker hehehe..
Rjuna= Maling (bahasa indonesia) dlm bahasa Malaysia maksudnya pencurik
[Reply]
dah 6 tahun x jejak kaki ke panggung ni…tunggu panggung 7 skrin di mentakab siap baru jadi kaki panggung balik…huhuhu…ramai juga yg kata cerita ni seram dan sarankan bawak awek skali…huhuhu :razz:
Rjuna= wah 7 skrin yek, aku sini 4 skrin jer, ya bawak awek sekali, ko akan terasa bagaikan hero
[Reply]
aku tanak komen review filem ko. aku nak komen update kat cc.
ehem.
haha.
Rjuna= ini contoh komen spam ya adik², jgn contohi dia
[Reply]