Niat nak menggantikan laptop lama bang Juju kepada yang baru kini termakbul sudah. dan entri ini secara rasmi telah diupdate menggunakan netbook HP Mini 210 ni, so sempena itu, hari ini aku namakan ia sebagai Black Dahlia.

Beli masa PC Fair semalam, sebelum beli kita round-round dulu 1 dewan pameran kasi survey harga, dan petang nya secara gamble aku pergi beli, yeah amacam? hitam itu menawan kan, nasib baik kaler pink/putih takde, tidak dah sambar color tu dulu, pink? woot!
Kenapa beli netbook?
Sebab ia kecik, kiut, gaya, mutu, keunggulan, rasa cam pegang iPad, jadilah nak update blog jer pon kan? sambil-sambil tu login facebook dapat Rm100 wakaka,
bila dah guna netbook ni rasa macam jatuh cinta selepas kahwin pulak, eh bila ko kawen ni juju, pandai jer dia menggoreng ayat. takde la, masa beli tu takut juga kalau tak menepati citarasa, bila dah cuba-try-test baru terasa aura WOW tu datang, best juga barang HP ni.
kalau tanya aku apa yang aku suka tentang netbook ni, of coz design dia, keyboard comel dia, skrin dia, surf web laju n smooth jer, takde crash dah, yela barang muda la katakan haha
yang tak best pasal netbook ni yg aku nampak, dia takde CD driver (software HP), dan kena beli external DVD writer kalau nak play/burn dvd/cd, tapi tu semua bagi aku takde hal pon, dah lama gila tak beli dvd pirate, semua movie/drama sedut kat internet jer
ok ni spesifikasi netbook HP Mini ni, cekidaut..

HP Mini 210-1003TU
Intel Atom N450 processor (1.66 Ghz)
250GB (7200RPM) hard drive
1GB DDR2 SDRAM
Intel graphics GMA
Genuine Windows 7 Starter
6 cell battery Li-ion
Harga: RM 1299
p/s: Matila ada orang jeles pas baca entri ni, pastu makin bertambah la hutang kad kredit aku pasni huhu, cinta perlukan pengorbanan kan Black Dahlia?
Incoming search terms:
- harga hp mini
- driver netbokhp mini
- netbook hp mini 210 black
- netbook hp malaysia driver
- netbook hp 210 malaysia
- netbok HP Malaysia
- hp netbook 210 price malaysia
- hp mini 210 price in malaysia
- hp mini 210 harga
- hp mini 210 (black) driver
Mantab mas artikelnya, ini yang saya cari
[Reply]
sungguh mashyuk tengok ada netbook,.. tapi nak menaip sedap ke bro? risau kalo yang kecik2 ni macam tak best pula
mrnamie´s last [type] ..Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka
[Reply]
sama lah! tp nama hp mini 210 i, nur peah ketot. hahaha
[Reply]
Rjuna Reply:
August 16th, 2010 at 12:49 pm
Hehe Nur Peah Ketot, kalau tak silap ko ambik package Streamyx yang dapat Netbook tu ke?
[Reply]
eyra Reply:
August 16th, 2010 at 10:48 pm
ye la. laptop je ade 3 dah ni. netbook 1. netbook aku bg mak aku main lepak2 kopitiam malam2 je. HAHAHA. aku ta puas la nak guna netbook, kecik bebenor skrin nak blogging
[Reply]
woot woott woottt!!!!! abg juju, tungguuuuuuu~ hehehe..
ps: cis.. nape beli time pc fair pun harga sama macam standard? ada kasi free gift la tu kan? hehehe… so dah beberapa bulan guna ni, ape nasihat ko kat aku before aku gi beli ni abg juju?
[Reply]
Rjuna Reply:
August 16th, 2010 at 10:39 am
Beli masa bulan May lepas, yup harga standard ada la free gift yang ngarut², plus dapat beg galas satu, (bukan beli kat HP punya booth)
Bagi aku takde masalah Netbook ni, cuma kalau ko dah terbiasa Windows 7 yg premium mungkin kekok sikit dengan Windows 7 Starter Edition yg biasa2 jer (wallpaper takleh tukar haha) boleh sebenarnya tapi kena install software, kalau ko terer tukar jer ke win 7 premium
diingatkan netbook ni takde DVD drive/writer kena beli external, aku tanya CD software pon takde (software HP)
Skrin dia pun 10 inci jer, hope ko selesa la bila nak menaip/membaca nanti, bagi aku ok jer, apa² hal CUBA-TRY-TEST dulu sebelum membeli, kot ada yg tak berkenan kan
[Reply]
Khai Reply:
August 17th, 2010 at 7:09 am
nice information tho’.. thanks.. pagi ni aku akan serang lowyat.. hehe..
[Reply]
hehe. sedap nama tu.. :suka:
.-= datraveller´s last blog ..Love and Extra Passport Pages: Guest blogger: Dad =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
June 18th, 2010 at 10:51 am
terima kasih, salam perkenalan datraveller, sori lambat reply
[Reply]
HP memang tak bagi cd apa pun, kalau nak kena dapatkan kat laman web dia. Tp HP memang cute. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Tingkatkan Trafik Blog Anda Dengan RDS =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
May 19th, 2010 at 11:49 am
oh memang gitu yer, dalam netbook pon ada dia suh buat backup file siap² so apa² hal save & safety
[Reply]
mohdisa Reply:
May 20th, 2010 at 3:07 pm
yurp, tapi selalu aku beli laptop hp. aku akan suruh supplier taruk siap2 driver dalam hard disk. :)
.-= mohdisa´s last blog ..SEO: Bagaimana Agen Carian Berfungsi =-.
[Reply]
Hp memang sensitif dgn permintaan pelanggan…hp juga inovatif dlm menentukan ciri2 security
.-= remedy´s last blog ..E-Book RDS Testimoni =-.
[Reply]
design dia lawa la~
jeless da..
:D
[Reply]
netbook takder internal dvd rom, huhuuh
tu yg saya tak beli netbook
[Reply]
Rjuna Reply:
May 19th, 2010 at 10:15 pm
yup kalau ada dvd rom dia makan kuasa bateri masa load mula-mula tu, tapi takpe leh beli external
harga extenal pon boleh tahan mahal :cry:
[Reply]
WOW jeles T_T
[Reply]
hitam bergaya bermakna kena korbankan duit???huhu…takpe2… :kantoi:
cantik la…tapi tetap setia dgn DELL!!!
.-= Mr fathi´s last blog ..[konfius] kenapa la aku tak cashout Nuff lagi ni!!! =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
May 19th, 2010 at 10:11 pm
aritu ada gak dell mini 10, kaler putih fuh cukup lawa, tapi hdd 160gb jer, kensel terus amik yg ni :halo:
[Reply]
wahh best la dah adenetbook cmni :up:
[Reply]
Rjuna Reply:
May 19th, 2010 at 10:07 pm
aku tukar balik theme asal, theme yg cam ko kat netbook ni sendat gila :grin:
[Reply]
hehe, tahniah2 beli lappy baru.. moga ade berkat dalam pengorbanan tue.. hoho, wei name desktop aku baby black.. apsal ramai yang nak guna pekataan ‘black’ nie bagi kat komputer diorang?
[Reply]
Rjuna Reply:
May 11th, 2010 at 5:07 pm
masa beli tu kaler hitam n silver je ada, so angkat hitam la
hitam itu sejuk (kool)
[Reply]
hoho…
beli netbook yer….
aku pun teringin la plak… tp tgg tahun dpn, insya Allah.. laptop yg aku pakai skrg dah 5 tahun, keybod ade 3 benda takleh taip. yg lain ok…cume, yela outdated sikit.
nak sambar jenama HP gak la. hehe
btw, ko dpt x kad kahwin aku?
.-= Ryehanna´s last blog ..1 BULAN. =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
May 11th, 2010 at 5:10 pm
kawin dulu pastu pow duit suami beli netbook hehe
kad ko mana daaa, rasa mcm tak dapat jer (sedih tau) haha acah jer, ate camner gaya nak gi umah ko kalau takde kad.. u tell me hehe
[Reply]
lepas ni simpan duit beli handphone (HP) plak :grin:
.-= pawaka19´s last blog ..Sedangkan Lidah Tergeget , Inikan pula Suami Isteri =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
May 9th, 2010 at 1:08 am
simpan duit buat kawin bro, umur dah lanjut ni, leh nangis tgk baki akaun bank haha :cry:
[Reply]
HP Mini terbaek!!! :up:
[Reply]
sampai hati juju tak cakap dah beli. bukan lala ke yang nak beli, nape juju pula beli ni? :vangry: :x
.-= chokilala´s last blog ..Kenapa Orang Malaysia Bila Salam Bawa Ke Dada Eh? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
May 8th, 2010 at 5:12 pm
i tak sampai hati nak bagitau u, nanti u jeles siapa nak answer (tak bagitau pun nanti u tau juga huhuk), kan i ada citer nak beli laptop ni kat ym dulu? luper la tu
laptop ku dah uzur lala, lambat or cepat kena beli juga
[Reply]
puas ke layan netbook ni? skrin dia kecik je kan? kang juling plak mata duk mengendap skrin yg kecik
[Reply]
Rjuna Reply:
May 8th, 2010 at 3:44 pm
Rasa mcm pegang iPad pulak, cuma tak leh touch screen la, tak juling aih, rasa comel lagi ada :suka:
[Reply]
Pingback: Tweets that mention Blog Updated) HP Mini 210 (Black Dahlia) -- Topsy.com
kau buat aku jeles!!
ada pa-apa ke dengan nama Dahlia tu?
.-= Mus´s last blog ..Cuba Teka, Si Comel Ini Anak Siapa? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
May 8th, 2010 at 3:41 pm
Dahlia nama bunga kalau tak silap, tiada kena mengena dgn nama orang mahupun aweks hehe :suka:
[Reply]