Hijrah 1430H
Selamat tahun baru semua, aku memilih hari ini sebagai tahun baru ku, lazimnya guna kalendar masihi kan?, tapi apa salahnya kita tukar sikit guna kalendar Islam, gantikan azam dengan hijrah.
Seperti biasa sebelum awal muharram, mak aku akan panggil anak-anaknya semua depan tv, baca doa awal tahun dan akhir tahun, semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya, amin.
Soalan wajib untuk entri ini ialah Apa azam baru ko Rjuna oit? sebelum menjawab pertanyaan tu, aku bentangkan semula resolusi aku untuk tahun 2008, nak tengok apa yang dah tercapai dan apa yang belum.
Setelah aku fikir2 balik baik aku teruskan je mana yang belum tercapai sebagai hijrah aku untuk tahun 1430H ni
Hijrah 1430H {Rujukan = Resolusi 2008}
1.Menurunkan berat badan 90-100kg ![]()
- Gagal kerana tidak konsisten bersenam dan motivasi jatuh, penurunan sedikit sahaja dari 110kg kepada 105Kg

Hijrah= kata ejoy minum teh ni leh kurus, aku cuba la dulu, apa2 terjadi kat aku si ejoy tanggung ya hehe
2.Memilikki PSP ![]()
- Kegagalan menguruskan kewangan dengan baik, jangan mimpi la ko rjuna, tapi baru-baru ni beli henpon baru, aik?
Hijrah= Perlukah PSP?, aku minat-minat juga tapi belum pernah main-pegang-rasa, jadi rasa nak beli tu kurang, ah banyak soal lah ko rjuna, soalnya ko nak ke taknak skang hehe.
3.Kembali belajar ![]()
- Misi ini pon gagal juga.
Hijrah= aku bawa ke hijrah tahun baru, sebab dah nampak apa yang perlu aku pelajari dan minat, Adobe Photoshop dan Illustrator, doakan aku ya kawan-kawan.
4.Update blog 2x seminggu ![]()
- Ok yang ni berjaya, update telah dibuat seminggu sekali mulai tahun ini 2008, syabas
5.Reunion kawan2 sekolah lama ![]()
- Dapat jugak jumpa kawan2 sekolah lama di SMP TLDM Lumut, ada yang dah tak kenal pon ada.
6.Berpijak atas kaki sendiri ![]()
- Masih lagi bergantung pada keluarga untuk hidup, bila nak berdikari nih?
Hijrah= umur sudah meningkat malu lah berkepit dengan mak ayah lagi, ayuh rjuna, perubahan perlu disini.
7. Sport Rim+Tayar 17 Inci Myvi ![]()
- Ada duit gatal beli henpon baru, padan muka, kan Si Merah dah merajuk hehe

Hijrah= aduh sengal mata aku tengok rim myvi lain, sabar ye sayang ku merah, nanti abang belikan, I promise ok?
*Fakta atau Auta= Kata seorang motivator terkenal, sesuatu habit atau perkara baru dalam hidup anda, perlu dilakukan berterusan sekurang kurangnya 48 jam (2 hari) supaya jadi ingat dalam kepala otak.
Baca lagi topik-topik hangat
- Tag 1429 dan 2008
- Kenali Handphone cap ayam
- Salam Eid Ul Fitr
- Salam Idulfitri
- Salam Tahun Baru 2010
- FXX U
- Diari Rjuna: Sahabat

huuuu baru nk beli teh diet tuh.. kalo der perubahan.. kasik tau eik.. kot² leh kecikkan pp nih
lalallaa
[Reply]
witz= pipi ko dah comey, takyah nak ubah2, dah cantik dah (hah tengok aku puji-pujian ko nih)
[Reply]
oit…clenx tea tu ko pnh try ke??
tu cam teh julap ke??
susah woo nk turun berat…
[Reply]
salam maal hijrah rjuna..
[Reply]
uishhhh..x bleh..xblehh.. pp macam cekodok..
[Reply]
cokodok pun sedap apa?.. hahahaha…
huuu.. dh post hijrah aka azam ko thn ni yek.. aku lom lagi la.. aku x tau nk tulis apa lagi.. hahaha..
[Reply]
huhu ada2 jer.PSP tak tercapai???
takpe tunda ke tahun depan.ko tak merasa lagi PSP Slim n Lite??
Besh wo!!!aku pun takde.hehe.main member punyer
[Reply]
ChekguBH= Rasanya macam teh julap, belum try lagi nanti beli, aku cerita ya
Amanz= Salam Maal Hijrah bro.
Witz= Lelaki suka pipi gebu ngahaha
Apek= ko tulis malam happy new year pon apa salahnya hehe, cepat ada masa lagi
Mr.Fathi= Oh PSP, donate lah aku fathi dalam RM8++ haha
[Reply]
jangan lupa kasi tuka itu sport rim~ susuk keta tuh bro =P
[Reply]
Selamat Tahun Baru 2009 Rjuna! Moga lebey sukses-sukses dari tahun 2008. Hip-hip horey!! (apekeheinye ceria bebenor)
[Reply]
Darkz05= Peh susuk yek, kumpul duit tahun ni hehe
H+zizy= Tau ler dapat bonus, meh le belanjer burger prosperity double 1 hehehe
[Reply]
oit ko xde berazam untuk kikis gaya pemalu ko ke??hehehe..makan depan aku malu2..adik bradik sama je..anak en baharin ni..hehehe…
[Reply]
aku tak boleh dekat dengan psp..
tak jadi kerja jadinya..haha
[Reply]
Erni= Aku segan dengan laki ko, nanti apa kata dia, gaya pemalu aku tuh la yang mahal, sukar jumpa zaman sekarang tau auww
Kusu= Aku rasa aku dah spam blog ni dengan PSP lah, padahal pegang pon tak pernah ish ish
[Reply]
jangan fikir lama
beli sahaja PSP itu
baru tidur malam akan nyenyak
bila dah ada PSP, jom kita bersukan main virtual tennis
[Reply]
yea yea hijrah jangan tak hijrah… selamat hijrah selamat tahun baru…
p/s : wah laju loading…
[Reply]
abdfatah= laju yek loading, pelik ada orang kata slow haha
[Reply]
hah langsung x cantik
.tapi cantik gak.
[Reply]
August 10th, 2009 at 12:22 pm
apa yg tak cantik wan..saya memang tak cantik..tapi manis tu ada
[Reply]