Article

HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.2)

Semasa mencari gambar untuk entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini. Saya terjumpa gambar kartun kat bawah tu di google images.

Ssecara ringkasnya, begitulah lazimnya HIDUP SEORANG BLOGGER waktu mula-mula kenal apa itu blog. Dalam dunia blogger pun ada pangkat dan gelarannya tau.

Ada yang digelar Pro Blogger, Part Time Blogger, Blogger Tegar, tapi hari ni saya mahu membawa anda mengenali HIDUP SEORANG BLOGGER jadi-jadian.

Apa itu Blogger Jadi-Jadian?
Senang cakap, orang lain ada blog, dia pun sibuk nak ada blog jugak. Hamboi lazernya ko Juju. Kiranya blogger jenis ni memang lalang, dan tiada matlamat bila membina blog mereka.

Terdapat ramai blogger jenis ini di luar sana. Lebih lebih lagi bila diorang tahu yang tulis blog ni boleh buat duit.

Jom kita selami peringkat demi peringkat HIDUP SEORANG BLOGGER spesis ini dalam edisi cerita bergambar pula.


“Adeh benci nya menaip, kalau blog ni bukan sebab duit, jangan harap aku duduk depan laptop ni tau, baik main PS2 lagi bagus, apa jadah nak taip ni dude? ”

“Inilah blog pertama ku” yea dah siap. Jadilah dari takde langsung kan. Hope esok dapat buffered ads. Yeah gua dah jadi seorang blogger yeop!


Suka bila entri dapat perhatian/pujian pembaca, trafik datang mencurah-curah, walaupun merepek-meraban je isi nya. Tapi bila blogger otai (baca: blogger feymes) tak datang baca dan beri komen, mulalah meroyan, sindir menyindir, dikatanya pulak Blogger Otai/wordpress sombong, Blogger OTAIK la :hampeh:


Bila dah lama sikit ber-blog, ramai la pembaca/ follower, siap ada fanpage lagi kat fesbuk gitu. Tambah kalau blogger hensem/cun lagi la naik saham nya.

Pembaca mesti dihargai dan dibelai manja baru boleh jadi blogger yang feymes katanya. Feymes waklu.


Bila dah feymes,  mula la hidup busy terkejar-kejar, mana lagi nak buat kerja opis, mana nak update blog lagi, nak balas komen pembaca lagi. Alih alih kerja opis tak siap, kena caci maki lagi dengan bos. Hidup tak terurus. Tidur lewat pagi. Mata dah macam panda.

Bila matlamat tak seperti yang diharapkan (duit iklan dapat ciput katanya), blog mula terbiar sehari demi sehari, seminggu, sebulan, setahun. Pembaca pun lari dan akhirnya blog itu mati begitu saja.

Tuan blog pergi mana? sibuk main fesbuk/twitter, lagi best katanya, Alahai blogger jadi-jadian.

Kepada blogger yang terasa, aku mintak maaf la, sebenarnya aku pun 2×5 macam tu juga asalnya wakakaka.

Begitulah tamatnya, HIDUP SEORANG BLOGGER, kalau korang (blogger) mampu bertahan hingga hari ini, tahniah korang memang blogger sejati yang tegar.

Bertemu lagi di lain masa, renung-renungkan dan selamat berblogging ;)

Entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini merupakan Contest SEO yang saya sertai anjuran blogger Denaihati.com, dan ditaja oleh eQurban.com.

Jika anda sukakanya sila kongsikan pada pada teman-teman anda ya, Terima kasih


37 Responses to “HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.2)”

  1. Rjuna
    September 7, 2010 at 11:13 am #

    Contest SEO ini telah tamat, tahniah kepada semua pemenang, ruangan komen entry ini akan ditutup,

    sekian terima kasih kerana sudi memberikan komentar

  2. Lee
    September 5, 2010 at 2:19 pm #

    entri ini sgt logik bagi hidup seorang blogger.. :)
    Lee´s last [type] ..Woi Mat- Sini Kau!!

  3. Dwi Wahyudi
    September 3, 2010 at 7:08 am #

    Itulah perbedaan antara Blogger Sejati dengan Blogger Jadi-Jadian. Btw, awak masuk kategori yang mana nih?

    Rjuna Reply:

    Salam Silaturahim blogger Indonesia,

    saya lah blogger jadi-jadian itu, asalnya saya suka mengkritik diri sendiri selain sinis buat teman blogger lain, sengaja buat begini, biar entry nya lebih segar gitu :smile:

  4. mohdisa
    August 30, 2010 at 6:46 pm #

    pergh…ada gak blogger jadi-jadian ni yerk…tak tahu la plak aku…tp bukan di antaranya…blogging with passion is my rules….:)
    mohdisa´s last [type] ..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

    Rjuna Reply:

    Siapa yg terasa dia mat touching hahaha, good luck bro, agak-agak blog ko dah ranking berapa dude dalam contest ni? :smile:

    HIDUP SEORANG BLOGGER Reply:

    ntah la, aku pun tak pasti. yg pasti takda kat page one. hehe, kalau ada rezeki adalah. :)
    HIDUP SEORANG BLOGGER´s last [type] ..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

  5. wazy
    August 30, 2010 at 6:22 pm #

    perghhh
    mendalam tul entri ke 2 ni bro
    huhu btw good luck k
    wazy´s last [type] ..MV Agusta Sekali Lagi Dijual Satu Euro

  6. Mr Fathi
    August 29, 2010 at 5:24 pm #

    terasa beb…hehe :up:

    tak dinafikan sekarang memang ramai yg berblog.blogger baru(newbie) yg menggunakn platform blogspot menulis entri mereka yg merepek-kerepek,tipu-tipu,diari2,apa2 la…aku tgk follower dia 3 org je…hehe…

    ak tnya kat member aku tu, “ko wat blog tu nk watpe?” dia jwb la “saja je…aku tgk ko ada blog,aku pun nk wat gak…”….sigh… :mrgreen:
    Mr Fathi´s last [type] ..Video klip Achik Spin

    luth textile Reply:

    ni satu hal.. hahaha betul la tu
    luth textile´s last [type] ..Ini bukan kes “cepat melatah”

    Rjuna Reply:

    Itu tanda nya ko seorang yg berpengaruh, apa saja yang ko buat orang akan ikut, manfaatkanya di blog,

    contoh= ko daftar churp-churp diorg pon akan ikut sama, ko dapat komisen hehe

  7. ashraf
    August 29, 2010 at 3:44 pm #

    Mantap entri ni, rasanya kat google dok tangga ke brp ha… :up: semoga berjaya bro…
    ashraf´s last [type] ..Sampul Duit Raya Berbentuk Wang Kertas

    Rjuna Reply:

    entah bro tak tahu ranking ke berapa seo blog aku ni dlm google tak nampak pon top 5 haha :cry:

  8. Kreuger
    August 29, 2010 at 1:22 pm #

    hahaha mantap entri mu ni. ini lah sebenarya kenyataan. lama kelamaan blog pon akan ditenggelam dengan arus dia sendiri perlahan lahan. lepas ni media lain plak. so kene la standby strategi plak.

    P/S: nak buat blog #kakipukul plak la.. hahaha
    Kreuger´s last [type] ..HIDUP SEORANG BLOGGER yang mempunyai jiran kurang akal

    Rjuna Reply:

    Tq bro, lepas ni mungkin video blog bakal ambil alih,

    peh blog kakipukul pulak, siapa tak puas hati kasi ping entri disana

  9. syafiq.net
    August 29, 2010 at 1:20 pm #

    hahaha aku punya blog pertama hanya bertahan beberapa entri je. lepas tu payah sebab tak de net yang tetap. masa tu matrik. ;-)
    syafiq.net´s last [type] ..Hidup Seorang Blogger- Hidup Untuk Memilih

    Rjuna Reply:

    Masa bakal merubah segalanya, kalau betul suka update blog, walau ke CC pon aku sanggup :mrgreen:

    syafiq.net Reply:

    kalau gila sangat nak update, aku guna mobile je :halo:
    syafiq.net´s last [type] ..Hujan lebat- dua kemalangan

  10. aman
    August 29, 2010 at 1:17 pm #

    Sebab tue ramai cakap jangan buat blog pasal duit, tapi kerana minat nak kongsikan sesuatu bersama rakan-rakan yang lain. ;)

    luth textile Reply:

    sokong aman. blogging for fun takkan jadi mcm tu punya. keghairahan dalam berblogging tu lain rasanya :)
    luth textile´s last [type] ..Ini bukan kes “cepat melatah”

  11. Azizwan
    August 29, 2010 at 1:05 pm #

    blogger jadi-jadian.. nice term.. hahahaa.. dan ya, aku ngaku aku tergolong dalam term ni.. dulu bkn main semangat nk mengupdate post tp skrng, tgk sendiri la blog aku tu.. huhu.. tp aku rasa biarlah tak berupdate drpd aku update yg ntah apa2 ntah.. bazir masa je. kui3..

    apa2 pun, semoga berjaya dude =)

    Rjuna Reply:

    eceh blogger jadian jugak, tu blog zon artis, zon bebas.. blogger jenis apa pulak? blogger carik makan? woot :shock:

    gurau-gurau thanx yek sudi menjengah

  12. Mohd Shahrul Hafizi
    August 29, 2010 at 8:04 am #

    Lu bikin wa PANAS! :vangry: Agak-agak la lu nak kutuk wa pun.

    Best entri ko ni bro. Mantop terbaik meletop!!! :up:

    *Aku masih boleh dianggap ‘wereblogger’ sebab tak konsisten update blog. Huhuhu. :cry:

    Adoiyai. Cute-cute la plak emoticon ko ni. :roll:

    ALL THE BEST! ;-)
    Mohd Shahrul Hafizi´s last [type] ..Eksiden

    Rjuna Reply:

    Salam perkenalan Shahrul Hafizi,tergezut masa baca komen ko ni dulu, ingat marah ke apa hehe,

    sama la kita pon wereblogger gak, update ikut mood hehe :roll:

    Mohd Shahrul Hafizi Reply:

    Salam kembali :cool:

    Disiplin masih kurang kot. :pirate:
    Mohd Shahrul Hafizi´s last [type] ..HIDUP SEORANG BLOGGER

  13. pawaka19
    August 29, 2010 at 7:37 am #

    da keje nanti..mybe kurang komitmen dengan blog :!: ..ahh…combo streamyx bakal menyusul… :lol:

    “13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube”

    Rjuna Reply:

    sekali bukan kombo streamyx, jual berokband rupanya kih kih :lol:

  14. chekguBH
    August 29, 2010 at 6:36 am #

    mak terasee nyahhh…
    hahaha

    aku bende2 nih terganggu sbb adenye fb laa…
    rase belog dah kurang pentingnye…
    cume blogger2 otai je yg masih menten smpi ke sudahh….
    biar laa…

    asal ade, biar je la walau bersawang, berhabuk…
    ade mase, kite hapdet je laa…
    chekguBH´s last [type] ..Fuuhhhfuhhhtebalnya

    Rjuna Reply:

    kesian pembaca wanita ko cikgu, dulu asal update jer semua yg komen nama pompuan jer aku tengok, aku jeles betul haha :razz:

    aku pun lama tak silaturahim kat blog ko, kalau bukak time puasa sure terliur tgk gambar makanan jer semua hahaha :lol:

  15. firdee
    August 29, 2010 at 5:41 am #

    setelah lebih 3 tahun jadi blogger…saya masih lagi blogger jadi-jadian…huhu :razz:
    firdee´s last [type] ..Jom tonton rancangan kegemaran anda di tontoncommy

    Rjuna Reply:

    Lama menyepi jer bro, tau tau blog update, update pon senyap-senyap jer :kiss:

  16. Mus
    August 29, 2010 at 5:29 am #

    Aku asalnya memang jadian, sekarang dah agak tegar..
    Mus´s last [type] ..Kisah Belacan dan Paku- Mat Salleh Yang Cakap Melayu

    Rjuna Reply:

    hehe alah Mus aku kenal ko sejak dulu lagi, zaman kita sama masih bertatih main wordpress ni, masihkah kau ingat hehe,

    pastu hilang jap, tau tau dah anak dua, now 3 hehe :smile:

  17. chokilala
    August 29, 2010 at 4:59 am #

    aku pun terasa juga ni. brengset punya juju :vangry:

    hahaha. tapi nak buat macam mana, dah memang aku takde mood nak update. kuikui

    Rjuna Reply:

    dah 4 hari baru aku reply komen ni kejam tak hehe, ala takkan tacink kot mcm juju aritu,

    weh bila chokilala nak update? berjanggut tunggu

Trackbacks/Pingbacks

  1. HIDUP SEORANG BLOGGER entri wajib 2 | Denaihati - September 1, 2010

    [...] – HIDUP SEORANG BLOGGER part 27. Anarm.net – Konteks Sebenar HIDUP SEORANG BLOGGER8. Rjuna.net – HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg 2)9. Ieyra.com – HIDUP SEORANG BLOGGER (ii)10. [...]

  2. myebuzz.net - August 31, 2010

    HIDUP SEORANG BLOGGER part 2 | RJUNA…

    Apa itu Blogger Jadi-Jadian? Senang cakap, orang lain ada blog, dia pun sibuk nak ada blog jugak. Hamboi lazernya ko Juju. Kiranya blogger jenis ni memang lalang, dan tiada matlamat bila membina blog mereka….