Article

HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.1)

Tentu pembaca di luar sana ingin mengetahui rutin HIDUP SEORANG BLOGGER kan. Apa aktiviti yang mereka lakukan seharian. Bagaimana mereka mengemaskini blog mereka. Bagaimana suatu entri itu terhasil.

Oleh itu mari kita menjengah ke diari kehidupan seorang blogger bernama Rjuna. Jom.

Jam 7-8 Pagi
Bagi saya, waktu pagi adalah waktu yang afdal untuk update blog dan menaip artikel, sebab time macam ni otak masih fresh lagi, sedap kalau menggoreng ayat.

Tapi kebiasaannya saya habiskan masa untuk baca akhbar online, macam Mstar, Kosmo Online, MyMetro, Malaysiakini. Blogger pon kena amik tahu hal semasa, kat sini lah juga korang boleh dapat idea nak update artikel apa nanti.

Jam 9-10 pagi
Kalau hari kerja, waktu begini selalunya saya sudah berada di pejabat, perkara pertama yang akan dibuat ialah semak email dan lawat blog sendiri. Semak blog kalau ada komen pembaca yang perlu dibalas, semak email kot-kot kalau ada tawaran iklan (haram takde)

Jam 10-11 Pagi
Sambil buat kerja pejabat, sambil tu bukak Google Reader. Saya akan memantau dan membaca RSS blog yang di langgan. Sudah habis membaca, tinggalkan sedikit komen untuk entri mereka. Kalau entri blog tu menarik saya share kat twitter/fesbuk.

Jam 12-1 ptg
Waktu lunch time begini memang best kalau ping blog dan share post blog korang ke twitter-fesbuk-website ping (Gengblogger, Jombuzz). Biasanya waktu begini waktu rehat di pejabat, so kalau nak dapatkan trafik orang pejabat masa ni la. Eh Yeke?.

Jam 2-4 petang
Membuat tinjauan trafik di blog, banyak atau tidak yang masuk ke blog untuk baca Rjuna.net, juga meninjau keyword apa yang tengah panas pada hari itu dan melawat blog rangkaian Rjuna yang lain.

Lepas itu kita jeling-jeling kat web iklan Innity/Nuffnang, ada masyuk ka tarak? ada masyuk kalu, kasi senyum satu kali la macha. Tarak masyuk kalu, lu diam diam klik iklan sendiri sudah gyahahaha.

Jam 5 petang
Sebelum pulang kerja selalunya saya akan semak buku nota kecil, apa nak di update dalam blog akan datang, sambil tu idea yang muncul dalam otak akan segera dicatit, sebab saya ni pelupa, kalau tak tulis idea tu, alamatnya hilang la begitu saja.

Buku nota kecil Abg Juju

Jam 9-12 malam

Kalau ada mood nak update blog, dengan serta-merta saya akan fokus 100% malam tu. No twitter No fesbuk No ym No awek eh?, sebab semua benda ni leh kacau kosentrasi saya bila menaip.

Saya agak cerewet sikit bila nak publish. Semua kena complete, gambar kena ada, ayat kena sedap, entri kena buat lain dari blogger lain. Lepas tu saya akan baca balik post tu dalam mode preview. Baca dari sudut pemikiran pembaca, sambil berfikir apakah pembaca faham apa yang saya cuba sampaikan.

Bila entri dah siap, dah puas hati saya akan publish masa tu juga, kasi promote entri baru ke twitter dan fesbuk, hari keesokkan nya kita ping post baru tu ke blog direktori pula.

Jam 1-2 pagi
Kalau hari tu tak update blog, biasanya saya akan berjalan melihat perkembangan blog blogger lain, ia dikenali dengan istilah blogwalking.

Lawatan akan dimulakan dengan melawat blog pembaca yang memberi komen di blog Rjuna. Ini cara saya ucap terima kasih pada pembaca blogger yang suka memberi komentar. Kemudian lawatan di susuli pula buat mereka yang promote entri blog di twitter dan fesbuk.

Oh ya kebiasaan blogger tidur jam 2-3 pagi. Itu biasa, kadang tu sampai tertidur depan laptop.

**********************************

Beginilah HIDUP SEORANG BLOGGER bernama Rjuna, nampak macam takder life, tapi saya sukakan nya. Jika di izinkan saya ingin berblogging sehingga hujung nyawa saya.

Bertemu lagi kita di minggu hadapan dalam HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.2)

Entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini merupakan Contest SEO yang saya sertai anjuran blogger Denaihati.com, dan ditaja oleh eQurban.com.

Jika anda sukakanya sila kongsikan pada pada teman-teman anda ya, Terima kasih.


36 Responses to “HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.1)”

  1. Rjuna
    September 7, 2010 at 11:09 am #

    Contest SEO ini telah tamat, tahniah kepada semua pemenang, ruangan komen entry ini akan ditutup,

    sekian terima kasih kerana sudi memberikan komentar

  2. beliamuda
    August 29, 2010 at 3:41 pm #

    rasa lawak la pulak baca rutin harian abang juju ni. mesti tergelak kat certain part. mungkinkah sebab saya pun lebih kurang? haha~
    beliamuda´s last [type] ..Bom Meletup Di Desa Tun Razak- Cheras

  3. Rjuna
    August 28, 2010 at 7:26 am #

    Gua tengok blog lu ranking 1st bai, tahniah la kalau menang nanti hehe, aku bukan pandai sangat SEO ni, main bedal jer

  4. ryann
    August 26, 2010 at 11:29 pm #

    asalkan ada sesuatu untuk ditulis, itu sudah menarik. tetap ada hidup yg bermakna. teruskan menulis. pembaca akan sentiasa ada. salam

    Rjuna Reply:

    Maaf lambat membalas komen, selamat berkenalan Ryann :)

  5. Maliq
    August 26, 2010 at 10:07 pm #

    terbaik lah bro..siap2 ada jadual lagi..kalo aku memang bila2 aja berblog ni..kadang2 makan pun tak ingat..haha
    Maliq´s last [type] ..Hidup Seorang Blogger – SEO Bloggers – Any Whole New Race

  6. mohdisa
    August 26, 2010 at 1:13 pm #

    pergh…siap ada buku catitan tu yang best tu…memang blogger yg tegar. :)
    mohdisa´s last [type] ..HIDUP SEORANG BLOGGER

    Rjuna Reply:

    buku catitan ada, tapi malas nak update macam aku, tak jalan juga Isa, kih kih, eh mana tegar, blogger jadi-jadian (wannabe) ni

  7. Hidup Seorang Blogger
    August 25, 2010 at 12:47 pm #

    Kisah yang menarik.. good luck bro..
    Hidup Seorang Blogger´s last [type] ..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti Online

    Rjuna Reply:

    peh azuan razi, siap avatar pon ko bubuh hidup seorang blogger, gila kentang nih, habis la aku camni takleh menang hahaha :razz:

    Hidup Seorang Blogger Reply:

    Haha.. tak ada maknanya.. blog ko pun bukannya dofollow yg boleh
    bagi vote kat link aku tuh.. hehe.. Boleh jer nak menang, teknik yang betul
    disunting dengan usaha diulamkan dengan fokus.. :)
    Hidup Seorang Blogger´s last [type] ..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti Online

  8. azizan4444
    August 24, 2010 at 7:42 pm #

    kitaran hidup menarik ni.haha..ad je aktiviti nak bt..aku on9 2 3 jam da bosan gler rasanya..

    Rjuna Reply:

    kalau ikutkan memang bosan kalau 2-3 jam kita buat benda yg sama, tapi kita pelbagaikan la

  9. Mus
    August 24, 2010 at 5:03 pm #

    memang patut digelar blogger tegar!!
    Mus´s last [type] ..Fikiran Dah Melayang Ke Kampung

    Rjuna Reply:

    jangan caya sangat rutin tu, ada unsur penambahan wakaka

    terutama sekali jam 7-8 pagi tu ;)

  10. wazy
    August 24, 2010 at 12:17 am #

    good luck bro
    wazy´s last [type] ..HIDUP SEORANG BLOGGER

    Rjuna Reply:

    Good luck 2 u wazy, ko pun join kan hehe

  11. Ryehanna
    August 23, 2010 at 7:38 pm #

    Auuuw malu ai.. kuar rss blog aku di google reader…

    :”>
    Ryehanna´s last [type] ..Banyak angin

    Rjuna Reply:

    bertuah la kamu Raihana, bang juju suka baca blog kamu hihi

    tapi byk lagi tak baca tu, kantoi ;)

  12. Mr Fathi
    August 23, 2010 at 5:07 pm #

    cantik pulak tulisan abg juju ye?hehe… :lol:

    sejak saya bizi dgn keje2 yg byk tertangguh,blog sedikit sebanyak dh dilupakan…huhh
    Mr Fathi´s last [type] ..Siapa mau babycall aku sekarang!!!

    Rjuna Reply:

    tulisan ku cantik? alahai nah 2 posen beli jajan, tulisan nak cepat tu, apa² pon study ko diutamakan dulu

  13. hafidz
    August 23, 2010 at 9:02 am #

    Dan akhirnya terlena di depan laptop :razz:
    Tapi memang itulah hidup seorang blogger kebiasaanya.
    Sebab aku pun lebih kurang macam tuh juga :up:
    hafidz´s last [type] ..Minggu Kedua Ramadhan

    Rjuna Reply:

    wah sama ye, terlena depan laptop, internet addict ni heheh :smile:

  14. mijie
    August 23, 2010 at 8:34 am #

    memang menarik aktiviti harian seorang blogger ni, tahniah bro dan good luck
    mijie´s last [type] ..Hidup seorang blogger part 1

    Rjuna Reply:

    Gud luck mijie, hehe dia pon join rupanya :razz:

  15. Luth
    August 23, 2010 at 5:47 am #

    serius aku tak pernah lagi tido depan komputer. tak larat sangat aku tak tutup je. huhuhu
    nicela hidup bro. memang mengadap blog hari – hari. :P

    Rjuna Reply:

    sebab laptop tu jenis netbook, leh baca sambil meniarap kat katil, tapi biasanya kalau ngantuk, tutup dah semua tu, rajin² la share kat twitter/fesbuk, nampak tajuk menarik aku klik hehe :cool:

  16. pawaka19
    August 23, 2010 at 1:34 am #

    orang rasa..waktu utk publish pada sekitar 3-5 ptg..time2 nak balik..dak2 office ngah mengulat.

    p/s : klo menang..blanja la long.. :lol: pawaka19´s last [type] ..Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya

    Rjuna Reply:

    betul jugak tapi better tengahari tu update ke facebook, diorang main fesbuk time lunch tu haha, so peluang diorang click link kita share tu besar

  17. x-po
    August 23, 2010 at 1:34 am #

    gud luck ye bro hehe
    x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN

    Rjuna Reply:

    hehe ko pon join jugak kan, ok berentap hehe :pirate:

  18. eykameow
    August 23, 2010 at 12:26 am #

    teruja. itu je leh ckp :D
    eykameow´s last [type] ..ariel peterpan mesti sedih

    Rjuna Reply:

    teruja yer baca kisah blogger, thanx kerana sudi melawat eykameow :suka:

Trackbacks/Pingbacks

  1. myebuzz.net - August 26, 2010

    Hidup Seorang Blogger | Rjuna.net…

    Tentu pembaca di luar sana ingin mengetahui rutin hidup seorang blogger kan. Apa aktiviti yang mereka lakukan seharian. Bagaimana mereka mengemaskini blog mereka. Bagaimana suatu entri itu terhasil….

  2. Hidup Seorang Blogger entri wajib 1 | Denaihati - August 24, 2010

    [...] Seorang Blogger43. Bluedianthus.com – Hidup Seorang Blogger edisi kenangan Mengusik Jiwa44. Rjuna.net – Hidup Seorang Blogger bhg 145. Emilayusof.com – Hidup Seorang Blogger 146. [...]

  3. JomBuzz.com - August 23, 2010

    Hidup Seorang Blogger bernama Rjuna…

    Tentu pembaca di luar sana ingin mengetahui rutin hidup seorang blogger kan. Apa aktiviti yang mereka lakukan seharian. Bagaimana mereka mengemaskini blog mereka. Bagaimana suatu entri itu terhasil….