Glory Glory Man United CHAMPIONS 09
Akhirnya Manchester United menjadi juara buat kali ke-18 dalam sejarah penubuhannya, kejayaan ini meranapkan harapan 3 kelab besar lain seperti Liverpool, Chelsea dan Arsenal yang sekian lama bercita-cita merampasnya, korang cuba lagi musim depan ya.

Untuk berjaya seperti United, anda perlukan Pengurus berpengalaman, pemain berkualiti (bukan star), jurulatih & Staff terbaik dan sedikit keajaiban (nasib).
Mari kita lihat kronologi perjalanan United untuk bergelar JUARA liga untuk musim 08/09 ini.
Ogos 08
bermula dari tangga ke-9 tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo yang cedera, terdesak dengan jentera serangan yang tumpul United membeli Dimitar Berbatov dari Spurs dengan harga GBP 30.75m (bapak mahal)
September 08
Jatuh ke tangga ke-11 setelah tewas 2-1 kepada Liverpool
Oktober 08
Melonjak ke tangga ke 6 setelah kembalinya Ronaldo dan Berbatov mula menonjolkan kualitinya
November 08
Melonjak ke tangga ke-3 hasil kemorosotan Liverpool, menang tipis 4-3 kepada Hull City tetapi tewas 2-1 di kaki Samir Nasri (Arsenal)
Disember 08
United sibuk dengan kejohanan Juara Kelab Dunia di Jepun, hasilnya mereka menjadi Juara setalah menundukkan kelab Ecuador, LDU de Quito 1-0
Januari 09
United merampas takhta liga dari Liverpool dengan kemenangan demi kemenangan hingga membuat Rafa Benitez cemburu seraya mengkritik Sir ALex Ferguson dengan tohmahan yang bukan-bukan, GK Van Der Sar sangat kebal waktu ini, pecahkan rekod clean sheet Petr Cech (Chelsea)
Februari 09
United meneruskan rentak kemenangan, kekalahan Liverpool 2-0 kepada Boro menjadikan United 7 mata dihadapan mereka.
Mac 09
Ku sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengahari, tekanan muncul jua buat United apabila tewas mengejut kepada Liverpool 4-1 di Old Trafford, kemudian minggu berikutnya tewas pula kepada Fulham 2-0, siap Rooney n Scholes dibuang padang, kekalahan ini buat semua Fans United mandi tak kenyang..mimpi kadang-kadang basah, jarak mata MU dan di Liverpool semakin dekat hanya 1 mata, namun MU masih ditangga teratas.
April 09
Cabaran United hadir lagi apabila menentang Aston Villa, United perlu menang untuk tidak dipintas Liverpool, terikat 1-1 hingga masa kecederaan, keajaiban hadir apabila pemain simpanan Kiko Macheda meledak gol kemenangan 2-1
Cabaran hadir lagi bila ketinggalan 2-0 pada babak awal menentang Spurs, namun United bangkit dengan 5 gol menjadikan keputusan dahsyat 5-2.
May 09
Liverpool mengharapkan United tewas namun itu tidak menjadi kenyataan, United terus konsisten mencipta kemenangan menewaskan Boro, Man City dan menang bergaya 2-1 dengan Wigan, dan seri 0-0 dengan Arsenal sudah cukup untuk merayakan kejuaraan ini
Syabas dan Tahniah Manchester United, kemenangan ini milik semua fans yang tidak jemu menyokong, samada kalah atau menang, kami tetap di belakang anda United
United setakat ini sudah mengumpul 3 piala (TREBLE) untuk musim 08/09 ini, World Club Cup, Carling Cup dan Barclays Premier League Cup
Tinggal 1 piala lagi untuk melengkapkan kejayaan indah ini iaitu UEFA Champions League, MU akan menentang kelab Barcelona 27 May ini di Rome, sama-sama kita doakan kejayaan MU.
Glory-Glory Manchester United :evil:
p/s: aku nama jer penyokong kuat United, tapi jersi MU takde, apa cer..huhu takde saiz maaa, paling kuat ada saiz XL jer, aku dah la saiz 3XL :cry:
die hard fan MANCHESTER UNITED…
Dulu,Kini dan Selamanya…MAN UTD.
[Reply]
alright bro
thx :up:
[Reply]
yea!
aku bangge
28 ni dengan barca plak
hope boleh menang
glory2 manutd!
psst bro.Macam mane bro wat background kale ungu kat tulisan tu?yang tulisan ni
“Syabas dan Tahniah Manchester United, kemenangan ini milik semua fans yang tidak jemu menyokong, samada kalah atau menang, kami tetap di belakang anda United”
background tu macam mane nak buat?
Rjuna= emm camner nak citer yek, pergi ke Appearance—Editor–Stylesheet(CSS)—perhati kat bhg #blockquote tuh ada code #color gantikan dngan code warna yg kita nak, code color html kena tau la..kalau tak paham ko bagitau yek
[Reply]
Glory glory Man U!!!!!!!huhu Man U memang hebat.kempunan la yang lain.
Bro,gua pun kipas-susah-mati Man U gak tpi jersi Man U pun takde….Bukan faktor saiz tetapi dompet gua yang nipis :suka:
[Reply]
die hard fan MU nie..huhu
[Reply]
bile pikir balik…
ak xde lagi jersi MU season ni…
sb dsign x berapa lawa laa…
tggu season bru la…jersi mst cun wallawei!
tos ak beli…hahahaha…
[Reply]
Betul gak kan, tinggal kita due jer sesat kt manjung ni, haha.. xper, man u nyer pasal, tunggu di sana
[Reply]
Yeah, Man U the Champs. Weh, nanti g lepak lg tgk champs league final, ajak geng2
Rjuna= geng mana lagi kita jer la haha ok stand by 2.45 pagi di Mekdi Manjung
[Reply]
aku gerik Fc..hahah..betul2x
[Reply]
aku sokong semua kecuali man u
Rjuna= hah aku tau ni mesti sokong team bola Timor Leste FC nih tak pon Gerik FC
[Reply]
yeahh
MU MU MU
Rjuna= Glory Glory Man United
[Reply]
tak sangka aku ko penyokong man u…arghhhhhhhhhhh..tidak!!!!!!!!
Rjuna= kenapa tak percayer yer..ko sokong team apa? hihi Glory Glory Man United
[Reply]
woihhh.
nyampah gila tgk muka ronaldo.
hish.
skill ade attitude hampeh.
hahaha
petercech kekasihku la.
idup chelsea!
hhihihi.
Rjuna= bukan hari tu ko cakap Didier Drogba laki ko ke? hehe Ronaldo mmg begitu, dia masih kanak-kanak ribena, asalkan dia tolong kasi menang kitorang takde hal punyer
[Reply]
Manchester…kelab yang sebati dgn aku…huhuhu..wey ko tak muat baju takpe bro..janji hang ada merchandise dia…tapi apa
yang lebih penting adalah piala lebih besar 28/5 iaitu final juara juara eropah…mampukah kita mengulang sejarah tahun lepas.huhuhu..tak sabar aku nak tgu Manchester United datang Malaysia..
Rjuna= aku dengar kat korea tiket dah sold-out siot..MU lawat asia tu..malaysia biasala org beli last minute
[Reply]
weh rjuna…
kne ade la jersi MU oi…
pegi cari…
saiz xde bukan alasan arr…
ade je saiz ape pon…
kne cari la sket…
Rjuna= jangan sampai aku buat contest cari jersi MU Rjuna sudah hahaha, aku try la carik..huhu kena kuruskan badan ni sampai saiz XL
[Reply]
Champione.. Champione.. Oh way Oh way..
“Oi Champion!!.. amik bola tu ko kejar kitaorg tgk”.. hahaha.. – tujukan pd Rafa..
tgk aje la kita pegang piala tu yer.. Glory GLory Man United
Rjuna= Shh.. Rafa tengah plan nak offer Tevez gaji lagi besar dari Torres tu
[Reply]
Minatnya ngan bola, daus x minat bola… x besh!
Rjuna= rugi wo tak minat bola.. tak maskulin la camni wahahaha
[Reply]