Diari Rjuna: Sahabat

2008 hampir malabuhkan tirai nya, banyak peristiwa suka duka telah aku lalui tahun ini seperti, angau jatuh cinta, masuk mahkamah, reunion sekolah lama, kawan kawen dan banyak lagi, tak dapat aku nyatakan semua.

Namun semua tu tak dapat tanding rasanya bila dapat berjumpa sahabat-sahabat ku, sahabat aku ni tak ramai, boleh dibilang dengan jari sebenarnya, mereka terdiri dari kawan2 lama satu sekolah dulu, Apek, Ejoy, Zizy dan Isa

sahabat rjuna

Dalam dunia ni cukuplah kalau korang ada 1 sahabat yang menerima kau seadanya, dan menegur salah silap kau, sahabat yang boleh berkongsi suka-duka, menyokong kau saat diperlukan, aku tak pasti bilakah persahabatan kami ini akan di uji tuhan, hope takdelah sampai putus kawan kan?

Baru-baru ni kami ada berjumpa sekejap dalam cuti kenduri kawen seorang kenalan sekolah dan cuti sebelum aidiladha, lepak seketika bercerita tentang diri masing masing, karok, bergambar sakan, dan main go kart.

Sedikit trivia tentang sahabat aku:-

Apek- yang paling rapat, dah cam awek aku dah dia ni aik? hahaha, selalu ber-sms dengan dia, segala masalah suka-duka, dia lah 1st aku bagitau.

Ejoy- orang pertama jadi kawan masa kat sekolah dulu, ramah, berkepimpinan, pengalaman banyak ni, nak kawen dah.

Zizy- dulu kat dorm tak rapat sangat, pernah jadi posmen dia, sedih gak bila dia clash dengan awek lama dia, kami jadi rapat lepas tu.

Isa- baru rekrut jadi sahabat, paling dekat kalau nak diajak berfoya-foya, tuh karok, bowling, go kart hah semua dia lah ajar.

*Fakta atau Auta= Lelaki dan Perempuan tak boleh jadi sahabat baik kerana perangkapnya ialah Cinta. Betulkah?

Incoming search terms:

  • diari tentang kawan

21 thoughts on “Diari Rjuna: Sahabat

  1. walaupun aku lambat baca cite ni… tapi aku ttp nak komen hahahah. Tak sangka nama aku diranking no 2… tapi aku akan cuba jadi shbt terbaik untuk kita bertiga… insyaallah

    [Reply]

  2. Wiwita= Awal Muharam detik permulaan.. :cry:

    An2blur= hmm betul juga tu, kesimpulannya lelaki dan wanita yg bersahabat perlu ada ketegasan, tapi kalau dah jodoh..tidak kemana :up:

    Darkz05= All 4+1= The Lima :razz:

    Kusu= “ku hanyalah kekasih separuh masa” wakaka, takat ni belum lah sampai ke situ, masih suka perempuan beb :suka:

    [Reply]

  3. Hai chuck,
    Bagi saya lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik.
    Tentang perasaan cinta yg dtg, semuanya bergantung kepada diri sendiri samada mahu menolak atau meneruskannya.

    Kalau kita rasa kwn baik kita tu boleh jadi pasangan yg paling baik dan paling memahami dlm hidup kita, kenapa tidak kita bercinta dengan dia.

    Tapi, kalau salah seorang dah kawin atau dah bertunang atau dh ade special boifren, rasanya akan wujud masalah disitu.
    Tidak semua pasangan yang sudah berpunya boleh menerima pasangannya sendiri mempunyai kawan baik yg berlainan jantina.

    Ni pendapat je.
    Open.
    Hehe.

    [Reply]

  4. Lelaki dan perempuan boleh jadi sahabat baik dengan syarat salah seornag darinya sudah berpunya(dah kahwin ker, dah tunang ker)..sebab bile salah seorang sudah berpunya…pihak lagi satu pun terbatas dan memahami situasi keadaan..jadi tak lah jadinya cinta..

    [Reply]

  5. huh sasid nye post ko kali ni..tambah lak tang ayat “sedih gak bila dia clash ngan makwe dia”..tetttt..yang lepas, lepas la..xyah la cite dah ek..kan aku gam ko..hehehe..

    [Reply]

  6. sob sob sob.. waaaaaa…….

    syahdu la bila baca post ko kali ni.. tima kasih la letak aku dlm list ko tu.. tangkap jiwa wei..

    bro, aku doa kita jalin hubungan biar la sampai bila2.. klu gaduh tu, aku cubit peha kanan aku.. peha kiri ko rasa sakit.. klu aku tergigit lidah, ko pun terasa lidah ko pun terasa sakit.. begitu la sbalik nya.. wah wah wah.. hehehe..

    [Reply]

  7. H+Zizy= Usia mematangkan kita, aku kawan ko bukan kerana fizikal, miskin atau kaya, atau padan atau tak, aku nampak keserasian itu ada, jadi kita teruskan menjadi sahabat :kiss:

    [Reply]

  8. Hehe..teruja aku baca post ko ni. Bagi aku suatu ketika dulu aku tak dapat bezakan mana sahabat, mana kenalan. Jadi aku tak nak ulangi lagi. Warna kulit, bangsa mahupun sifat fizikal seseorang bukan alasan untuk tidak bersahabat. Terima kasih sahabat.. sebab anggap aku sahabat ko :cool:

    [Reply]

  9. Fathi= Bagus dak fathi ni, pandai dia carik kerja, SSPN for PTPTN? elok dapat tajaan JPA Gomen or Mara, tapi sediakan payung sebelum hujan pon bagus juga, belanja aku PSP satu Fathi ahhaha :$: :up:

    ChekguBH= aku yang cantik, menarik, tertarik kau memang tembam :grin:

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: