Fakta atau Auta?= Tahukah anda? keluar bercuti bersama sahabat karib 10x lebih best dan bermakna dari beramas mesra dengan awek/balak mahupun tunang anda.
Sudah berapa kali aku berhajat-hajat ayam dengan Ejoy nak datang rumah dia, 3 tahun ada kot, Alhamdulillah sempena dia nak menamatkan zaman bujang tahun ni, aku dan Apek penuhi hajat dia, turun ke Kuantan, tengok kehidupan dia kat sana, inilah kali pertama aku memijakkan kaki di bumi darul Makmur ni.
Poh Palih Weh, Jumaat 13 Mac 2009
Aku selamat tiba di Terminal bas kuantan jam 4.30 petang, Malam tu ronda-ronda bandar kuantan jap cari makan malam sambil menuggu kehadiran Apek yang bertolak jam 1 pagi dari KL.
Na Na Na Na Na Ganu kiter, Sabtu 14 Mac 2009
Pagi tu lepas sarapan pagi, kitorang bertolak ke Kuala Terengganu, Ejoy nak bawak jalan-jalan cari awek katanya, singgah jap Pantai Kemasik sesi bergambar pertama hihi, lawa jugak pantai dia, dekat dengan kawasan cherating, kitorang perasan ala-ala model sekejap hihi.

Kemudian kitorang mencari gerai keropok lekor yang sedap kat ganu ni, Keropok Lekor Kelulut namanya, tepi jalan je gerainya, macam-macam jenis keropok la dijual, aku beli sedikit ole-ole untuk keluarga, fuh memang sedap keropoknya, sesedap awek yang tukang jual :suka:

Lepas tu kita singgah pula kat Masjid Tengku Tengah Zaharah atau nama popularnya Masjid Terapung, memang tak lengkap la, kalau gi Terengganu kalau tak melawat masjid ni, kitorang buat masjid ni dah macam Taj Mahal pulak hihihi, bergambar sakan lagi, solat wei solat.

Ejoy membawa kami melihat Pasar Payang, dia nak cari songket tenun katanya, aku dan apek tak tau nak beli apa disini, Batik? Baju Kelawar? Tshirt Ganu? alat tembaga? telur penyu? Jersi MU? hmm bosan, pompuan seronok la kalau singgah tempat camni.

Dalam hujan renyai kitorang melawat pula Muzium Terengganu, muzium terbesar di Malaysia, sampai sini kaki dah macam longlai rasanya, tak larat nak berjalan, agak bosan juga pameran dalam muzium ni, tak macam aku lawat masa form 1 dulu, cuma yang baru aku nampak, pameran tentang sejarah Petronas, pihak muzium tutup air cond dalam ruang pameran kerana hujan, panas la siot, tak selesa aku nak berjalan lagi, penat dan haus.

Lokasi terakhir kami lawati ialah Masjid Kristal, oleh kerana dah penat berjalan, hujan renyai, haus dan lapar, kitorang tawaf masjid kristal guna keretapi mini jer, jangan tanya apa ada dalam masjid tu atau cantik ke tak?, sumpah aku tak tau, dalam otak pikir nasik jer time nih hahaha, aku snap gambar ni atas keretapi jer, kalau datang malam lagi lawa rasanya, ku pikirkan kena naik bot gi masjid ni.
kami pun berangkat pulang ke kuantan petang itu juga, perjalanan sejauh lebih kurang 200 km memang memenatkan, tapi malam tu kitorang boleh sempat pergi karok (karaoke) sekejap, mood karok aku dan apek dah macam takde je malam tu, sebab kekalahan Manchester United 1-4 di tangan Liverfool, cis hamjadah potong stim betul.
Sebelum pulang kitorang lepak ambil angin di pantai Teluk Chempedak, suasana malam nya memang happening, bajet nak bawak awek 2-3 ajak tidur rumah ejoy sekali, tapi kerana kepenatan kami pulang tidur dengan nyenyaknya, jangan pikir yang bukan-bukan, iman kami bertiga masih kuat.
Ana Ikan Bakar Petai, Ahad 15 Mac 2009
Pagi ahad kitorang bangun lambat, hujan baik punyer sampai ke tengahari, subuh kemana apa kemana (subuh dinasor), kalau boleh Ejoy kata nak bawak mandi Air Terjun, tapi dah hujan lebat ni kira cancel la, bahaya beb mandi sungai dalam hujan.
Pergi kenduri rumah kawan Ejoy sekejap di Sungai Lembing, pastu ke Berjaya Megamall kuantan window shopping

Malam pulak Ejoy belanja kitorang makan kat medan ikan bakar yang tersedap kat kuantan, Ana Ikan Bakar Petai, lain macam jer nama kedainya, rupanya nama itu terhasil sempena nama juadah istimewa kat restoran tu, Ikan Bakar dengan hirisan petai, untuk menu ikan bakar ejoy pilih ikan Aji-Aji, siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, kailan masin dan sup daging, fuh makan bertiga jer, pon tak abis, memang sedap beb, tak tahu lah Ejoy habis berapa ratus malam tu, terima kasih Ejoy.
Pulang, Isnin 16 Mac 2009
Bas aku akan bertolak jam 9.00 pagi, apek pun ikut balik walaupun dia cuti sampai Rabu, kami berdua rasa bertuah kerana percutian ini ditaja Ejoy sepenuhnya, dari penginapan, duit minyak kereta, makan-minum semua, korang bagitau aku kat mana nak dapat percutian best camni sekarang, (Ejoy kenapa ko tak duduk Sabah hihi), sedih pulak nak tinggal kan dia masa balik tu, biasalah sedih tak tunjuk depan-depan punya malulah anak lelaki kan hehe, aku rasa kalau boleh nak duduk bujang sekali dengan dia, tapi semua dah ada haluan masing-masing.
Terima Kasih tak terhingga buat Ejoy kerana telah banyak berkorban masa,wang dan tenaga untuk Aku dan Apek, entah bila kitorang boleh balas jasa ko Ejoy, aku doakan bertambah la rezeki ko pas ni yek.
Incoming search terms:
- ana ikan bakar petai
- ana petai ikan bakar
- percutian bajet di terengganu
- diari percutian
- percutian ke kuantan
- PERCUTIAN DI KUANTAN
- medan ikan bakar masjid terapung
- Medan Ikan Bakar Kemasik
- kedai ikan bakar tersedap di kuantan
- ikan bakar masjid terapung
To Budeen… betul ke ada ikan cam ayam.. setahu aku dah lama aku dok kat kuantan ni tak pnh plak dgr ikan cam ayam… tapi rasa ikan tu cam rasa ayam ada la… biasanya orang panggil ikan tu jebong… atau lebih dikenali sebagai ayam laut..
[Reply]
diorang ada kata makan ikan bakar kat kuantan ada ikan yg macam ayam.. rupa pelik tapi isi banyak.. ikan apa tu? :???:
[Reply]
terengganu
sepuluh tahun di sana…
setelah mningglknmu 2 tahun…
aku merinduimu~
mnatang bende dok thu ak ngarot nih…
Rjuna= Geli Mat, jer gua dengar ayat jiwang lu
[Reply]
wah best gile ko gi ganu.. tak ajak pon… aku sokong pendapat ko.. mmg best gi bercuti n kua ngan kawan dari beRAMAS mesra dengan awex… dosa aje dapat.. hahahaa :razz:
[Reply]
Perghh zoom M’sia nampak??bagi aku 100000x merayau ngan member lagi besh dari sedara mara.seolah2 ada kuota.hehe :grin:
[Reply]
aku setuju statement ko yg 1st tu…
best friend jauh lebih best…
bulih sambil2 teringat nostalgik dulu2…
aku pon lame dah tak pi ganu…
geram btol…
[Reply]
peggghhhh bila aku baca cite ko mil… hampir2 nak menitiskan airmata aku… mmg sedih bila ditinggalkan sahabat cam ko dan apek… terimbas semula kenangan aritu… uhuhuhuhu :cry:
[Reply]
yoosshh.. version ko lagi best la mil.. best jer aku baca.. hehehe.. bila lagi la dpt rasa mcm ni kan..
pd Ejoy.. ko mmg best.. thanks bro.. jasa mu tetap ku kenang..
[Reply]