Diari Rjuna= Cinta untuk Nabila

Sepatutnya entri ini diterbitkan awal februari lalu, sengaja aku tangguh kan, entah kenapa aku sendiri tak tau, amacam best tak tajuk dia, mengundang kontroversi dan gosip tak agak² hihi.

gua ingat nak update pasal Elizabeth Wong dan klip pekerja makmal, tapi tak sampai hati pulak nak aibkan orang (baik nya Rjuna)

1 Februari lalu merupakan hari jadi seorang gadis bernama Nabila, saban tahun tiap hari ulangtahunnya akan ku belikan sedikit hadiah, ahli keluarganya yang lain juga begitu, tapi kali ini aku ingin hadiahkan dia sesuatu diluar dari jangkauan pemikirannya, sesuatu yang istimewa, satu cinta agung, suatu yang aku idamkan, apa dia?

Seekor..Syrian Hamster, hek eleh

hamster rjuna gomok

aku lihat Nabila gembira dengan hadiah pemberianku ini, tapi ibunya pula tak suka, “dah takde kerja lain hape nak bela tikus dalam rumah ni” katanya hehe, bukan tikus la, ini Hamster, tapi suku sakat tikus la jugak, berhabis dalam RM40 gak la dengan sangkar sekali,

Nabila panggil hamster tu dengan nama Gomok sebab badan dia debab, kaki kecik.. ekor kecik, tak padan kecik pastu ada hati nak lari laju, kelakor :grin:

Suka tengok Gomok makan, makanan akan dipenuhkan dalam mulut dia terlebih dahulu (Gomok suka kuaci), pipi dia jadi montel simpan makanan, pastu nak makan dia akan berdiri then makan satu persatu yang dia kumpul dalam mulut tadi, tengok gambar tangan dia pegang jagung tu, alahai comel sangat.

Gomok skang dah kawen, dah ada bini, kawan aku cakap, bila dah beranak nanti, mak dia makan anak dia, betul ker isk kijam?

Nabila dalam cerita ini ialah adik perempuanku, kalau dia baca blog ni hari jadi aku nanti kekanda mahu PSP ya :$:

Mungkin lepas ni aku nak bela Babi Guinea pula, apeerr BABI?

29 thoughts on “Diari Rjuna= Cinta untuk Nabila

  1. hello saye ade hampster ekor Jantan:Long Hair Golden hampster 4 bulan white hampster 3 bulan..Black white long hair hampster 1 bulan. yellow white hampster 1 bulan..oi betul ker kalau bagi makan banyak kuaci boleh keguguran?

    [Reply]

  2. info: biarkan emster anda menggigit2 besi sangkar mereka kerana mereka nak tumpulkan gigi depan mereka…kalo mereka tak buat gitu gigi tu akan memanjang dan akan tembus ke bahagian bawah mulut dia…sian lak kan :razz:

    Rjuna= wah firdee byk pengalaman membela hamster ni, tunjuk ajar ku sifu :grin:

    [Reply]

  3. @an2blur, yup…cepat sampai tak sedar dia dah beranak…huhuhu :razz: …saya dulu sempay le dia branak 2 kali sebelum dia begadoh laki bini :razz: dan dedua mati :cry:

    [Reply]

  4. a’ah.. sebab anak2 depa tu kecik sgt… arap2 laa Rjuna leh jago anak2 tu… kang kene makan kang susah lak uhuu

    Rjuna= nanti aku suh adik aku tengok2 kan, mana leh abang masuk bilik adik pompuan, sumbang mahram

    [Reply]

  5. @ iEn, jgn riso…kalo rjuna ckp nak kasi tu tak lame la tu sbb emster ni bunting x lama kalo x silap la…masa saya bela dulu tak tau pon dia bunting…tau-tau bangun pagi dah ada 6 ekor dak tecit dengan ibunya =)

    [Reply]

  6. wah…chumil…dah lama tak bela emster…dulu ada bela 2 ekor (jantan & betina)…bila branak si jantan yg makan anakmya…sbb tu lepas dah branak terus asingkan si jantan…pernah skali nak test dia makan ke ta saya masukkan si jantan skali…nalik je umah tgk si betina dah berdarah2 muka dan anak2 semua dah mati kena makan ngan jantan…sian si betina nak protect anak2 dia…last2 dia pon mati gak…terus tak bela dah…

    Rjuna= Si Gomok ni nampak cam tak garang, bini dia pulak yg cam aggresif bila kita nak pegang, takpe try bela sampai beranak, kalau tak best kita stop

    [Reply]

  7. sory lm tk update sbb aku bercuti hehehe..hr ni br msk kejer blk..wah..dh ada family br nmpk nyer tu..jgn bw tidur skali dh la nnt jd mcm kes kwn aku terhempap hamster nyer semasa ketiduran hehehe.. :mrgreen: :arrow:

    Rjuna= malam dia aktif, nanti dia nyorok bawah katil jenuh plak aku

    [Reply]

  8. waduh…

    ini kah yg dikatakan tuh..

    hahaha.. mmg kiut la hamster tuh.. rasa nk picit² jer..

    ratatouille.. ma ma mia…

    Rjuna= leh la kalau nak buat pet, tapi Guinea Pig mcm lagi best je huhu

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: