Home > Personal > Cek pertama dari Nuffnang

Cek pertama dari Nuffnang

Maafkan aku kerana membiarkan blog ini tak dikemaskini selama seminggu, macam-macam halangan yang datang saat aku mahu mengemaskini blog ini dan cabaran paling besar ialah mood nak update tu ada, tapi badan dan otak macam tak kasi je, malam ini aku paksa jugak sebab ada rezeki datang hehe-muqadimah.

Akhirnya keputusan beralih dari Advertlets ke Nuffnang membuahkan hasil, bayangkan blog yang jarang2 update ni pon dapat habuan, korang yang rajin menulis, takkan taknak kot, jom sertai Nuffnang, pasang iklan di blog anda dan jadilah pengguna yg setia dengan keahlian Glitterati, banyak manfaatnya.

Sayang muah muah kat semua crew Nuffnang terutama pengasas mereka Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen kerana telah menepati janji dan membalas kepercayaan semua blogger yang telah beriklan di bawah mereka, dengan pencapaian minimum RM51 ke atas, anda sudah boleh tunai-kan wang pengiklanan yang telah anda usahakan selama ini. Terima Kasih juga buat kawan-kawan pengunjung blog yang sudi baca iklan nuffnang, aku sayang kalian sampai kiamat.

Aku suka bila Nuffnang memberi tahu klien secara emel, ada pengiklan berminat meletak iklan di blog picisan seperti ku ini, aku rasa dihargai.

17 Mar 2008
Saja nak test ketelusan Nuffnang, aku ambil keputusan untuk cash out minimum payment je RM5+.++ ( RM 1.00 di caj sebagai urusan transaksi)

sila tunggu 30 hari dari dari hujung bulan anda ingin menunaikan pembayaran

30 April-1 May-2 May 2008
Masih tiada cek sampai

3 May 2008
Dapat emel dari HSBC tentang 1 Cek bakal sampai ke rumah (aku dah teruja)

8 May 2008
Cek sudah sampai taraa .Thanx Nuffnang, sayang awak rindu awak

cek nuffnang pertama

Oh ya duit ni aku akan guna untuk berjoli sakan dan berfoya-foya dengan awek Ibu terchenta wahaha, nak buat peraduan?, aku masih mamai nih, update blog pon sekerat-sekerat tak tetap, tunggu je 2nd cek Nuffnang, kita buat peraduan sikit mahu? Tunggu.

P/s= Harap-harap di masa akan datang Nuffnang akan berevolusi kearah saluran seperti Maybank2u pula, bukankah kaedah pembayaran sebegitu lebih pantas dan jimat kos.


Baca lagi topik-topik hangat
  1. May 9th, 2008 at 08:54 | #1

    wah…tahniah…tahniah…saya pon stakat ni mmg puas hati ngan nuffnang…skrg ni tgh tunggu duit cukup utk cek kedua…jadi ahli glitterati mmg besh…bulan lepas je saya dpt 2 iklan di awal n akhir bulan (walaupon blog saya x populer)…bulan ni dpt 1 :D …alhamdulillah…

    [Reply]

  2. May 9th, 2008 at 15:49 | #2

    hahaha… biarkanlah nuffnang tu. tunggu seribu ke dua ribu baru nak cashout . nak tengok depa bayar ke tidak?

    blog tak hapdate? depa tak tengok hapdate rasanya… depan nilai pengiklan yang nak buat iklan dan juga traffik yang datang… hehehhe rasanya laa.

    blog rjuna dah memang popular sakan dah…

    [Reply]

  3. May 9th, 2008 at 17:09 | #3

    firdee= blog ko popular apa firdee, Heliza AF tuh asik lawat je hari-hari jeles tau, tunjukkan kesetiaan anda pada Nuffnang dengan menyertai Glitterati, memang berbaloi hehe

    Abdfatah= aku rasa bersalah bila orang lawat blog aku, tapi aku tak update apa-apa, sebagai blogger, kami juga pembaca seperti anda.

    apa? tunggu RM seribu-dua baru cash-kan, aku tak sanggup beb hehe

    [Reply]

  4. May 9th, 2008 at 21:11 | #4

    Wow! Tahniah~ Pasni tggu dapat check kedua pula. Beli model ferarri huhuhu =P

    Darkz05′s last blog post..BidVertiser – Iklan Internet

    [Reply]

  5. May 9th, 2008 at 23:54 | #5

    tahniah diatas pendapatan yg diperolehi rjuna :)

    syamsulariff.com’s last blog post..Red Mummy Red Diva Red Lover Red Tube

    [Reply]

  6. May 10th, 2008 at 02:15 | #6

    eh? ko dapat duit? kalo mcm ni nak kena tarok balik la iklan nuffnang yang gua da buang tu. huhu

    razifmustapha’s last blog post..My First HDR

    [Reply]

  7. May 10th, 2008 at 09:47 | #7

    Wah Debab ko dapat duit.Berjoli sakan nampak.Jeles gua.Apsal tak pakai Google Adsense??Baguih ke nuffnang nie??nak cube la

    [Reply]

  8. May 10th, 2008 at 09:48 | #8

    wah duit banyak belanja orang.Ciss

    [Reply]

  9. May 12th, 2008 at 20:04 | #9

    Salam, tahniah la, aku tak pernah dapat dari nuffnang… :)

    Bape “tahun” ko tunggu nak dapat check ni? :D

    emme’s last blog post..Susulan Kisah Adlin Aman Ramli (pengkritik AF6) dan Salib

    [Reply]

  10. May 13th, 2008 at 00:24 | #10

    Darkz05= Model Ferrari? haha cam sindir je tuh, guna untuk diri sendiri dulu

    Syam= Inspirasi dari ko jugak nih (mamat ni lagi masyuk beb)

    Razifmustpha= Berkat setia pada Nuffnang(Glitterati), lepas ni mungkin masuk Adsense pula

    Mr.Clean= Adsense akan dicuba akan datang, Nuffnang boleh dipercayai, saya mesti pilih

    Emme= kalau dari bulan januari 2008, 3 bulan jugak la nak tunggu ke minimum payment, semua bergantung pada usaha anda menarik pembaca ke blog (lagi ramai masuk lagi bagus), setia pada iklan Nuffnang sahaja (Glitterati), sabar menanti insyallah,

    [Reply]

  11. May 16th, 2008 at 19:15 | #11

    He… He… I juga dapat Nuffnang cek. :)

    Jayce @ Pretty Girl’s last blog post..gracetw

    [Reply]

  12. May 16th, 2008 at 23:34 | #12

    wahh~ tahniah! good, da ramai dah nuffnang-er nih,, hehee

    hanep’s last blog post..Keywords are not for search engine, but human

    [Reply]

  13. July 1st, 2008 at 08:43 | #13

    Nuffnang apa ya tak faham aku…ni cabang menambah pendapatan ke..?

    [Reply]

  14. July 3rd, 2008 at 09:52 | #14

    nana= Nuffnang ni syarikat iklan macam Google Adsense, kita pasang iklan kat blog, nuffnang akan bayar ikut berapa banyak trafik dan klik iklan yg kita pasang tu.

    [Reply]

  15. January 12th, 2009 at 20:46 | #15

    baru due minggu blogging
    masih RM0.00 camne ek :???:

    [Reply]

  16. January 12th, 2009 at 23:06 | #16

    TiahBaik= ok Tiah, bila saya tengok blog awak tuh, pemasangan iklan dah salah,

    patut ‘I serve Nuffnang Ads’ tuh patut di bahagian sidebar=tepi/sisi

    Iklan ni macam iklan tv jugak tiah, lagi ramai penonton/pembaca lagi banyak lah anda di bayar, lagi ramai orang yang klik iklan pon diorang bayar jugak

    cuma jangan suruh orang klik atau klik iklan sendiri ya

    [Reply]

  17. March 1st, 2009 at 03:41 | #17

    hehe..baru nk try ngn nuffnang..
    smnggu pakai nuffnang dh rm3..
    ok ka dak ni?aku pn xtau sgt..rasa mcm skit sgt smnggu rm3..hahaha..tp xpa..aku besabaq la skit.kot2 rezki lebeh pas ni.. :P

    Rjuna= saya cadangkan saudara promosi lagi blog hingga capai 500-1000 pelawat setiap hari, baru berbaloi nuffnang pandang melalui itu

    [Reply]

  18. March 2nd, 2009 at 00:22 | #18

    bro arjuna..act,average blog aku org view dlm 5-1000 camtuh la.. untk unique plak dlm 3-5 rat camtuh..leh cari mkn ke?hohoho

    Rjuna= hah ok la tuh, ko maintain dulu sebulan tgk banyak tak earning, cukup rm50 keatas ko cashout

    [Reply]

  19. April 8th, 2009 at 19:33 | #19

    thanks. Let me ask you, if I use 000web(free hosting) subdomain, will it rank as high as wordpress?

    Rjuna= i think free hosting is not the problem, if u know how to optimized the SEO, google will index your blog update daily

    [Reply]

  20. salam
  21. September 8th, 2009 at 21:40 | #21

    akhirnya jumpa jugak aku entri pasal cek nuffnang.. aku pon menunggu cek yang tak tiba…

    [Reply]

    Rjuna MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    Insyallah kalau dah cashout, sampai tu nanti, jangan salah letak alamat jer, alhamdulillah dah 5 cek berjaya di cash-kan sejak tahun 2008 ke 2009,

    menunggu cek ke-6 bulan oktober nanti hehe

    [Reply]

  22. February 12th, 2010 at 15:04 | #22

    Salam Rjuna..akak ada masuk nuffnang ni…baru 4 hari..tapi iklannya tak pernah keluar2 pun..pasal apa??

    [Reply]

    Rjuna MALAYSIA Safari Windows Reply:

    maaf izam lambat reply pertanyaan kamu, sabar izam pihak nuffnang perlu survey dulu blog anda berapa ramai user sehari, content apa yg sesuai dgn iklan mereka,

    jadi sabar ya, insyallah kalau pelawat blog anda ramai pasti akan ada iklan, try dapatkan pelawat 50 sehari, atau jam 12 malam cuba semak blog anda pasti ada iklan muncul

    Izam saya bukan orang Nuffnang ya, so harap maklum kalau ada info yg tersilap

    [Reply]

  1. May 29th, 2008 at 02:00 | #1
  2. January 1st, 2009 at 02:36 | #2
CommentLuv Enabled