Youtube | R J U N A - Part 3

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for 'Youtube'

Negarakuku

namewee
ok pasni duduk Taiwan yek

Semalam aku baru menonton muzik video kontroversi Negarakuku oleh Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, mungkin ada yang belum menonton video klip ini atau kau memandang remeh isu ini, nah youtube, kau jangan beli vcd pasar malam nanti dimarahi pak menteri.

Selepas menonton video klip ni dengan senikata bahasa melayu tiba-tiba aku jadi marah. Aku juga rasa takkan memaafkan kau Namewee, mula2 kau taknak mintak maaf, lepas dah dipujuk mahu pula.Aku tak kisah kau nak kutuk kerajaan atau fuck polis sekalipun, itu hak kau, tapi kau dah melampau bila kutuk agama kami, Islam. Aku nasihatkan kau tinggal sajalah di Taiwan tu kalau taknak kena bunuh.

Negara ini aku memang suka
pukul 5 pagi
Ada morning call akan suruh aku bangun
Kadang-kadang beberapa ‘buah’ nyanyi sama-sama
macam tengah duet lagu cinta
Suara tinggi rendah macam tengah nyanyi R&B
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka out of tune
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka pecah suara
Ada juga suara yang macam kokokan ayam tetapi dia bangun lagi awal dari ayam
Macam ini baru kite tahu masa untuk bersiap ke sekolah dan kerja

Apa perasaan korang yang beragama Islam bila soal Azan Subuh dipermainkan si Namewee ini, oh kau memang babi Namewee, kami orang2 melayu tak pernah persoal agama apa yang kau anuti, malah kami hormati semua agama di Malaysia, walaupun kau dah mintak maaf, tapi luka hati kami orang-orang Islam tetap luka berbekas.

Posted on 22 August '07 by Rjuna, under Youtube. 5 Comments.